Thursday, March 17, 2016

Teater Muzikal Hansel & Gretel Versi Bahasa Melayu | Dewan Budaya USM | 20,21&22 March 2016


Lagi-lagi update entri pasal teater?

Haha.. sejak dayun bermastautin di Pulau Mutiara ni teater ngan aku dah jadi satu macam menda yang tak boleh dipisahkan dah. Kalau masa mengizinkan lagi-lagi tertarik dengan tajuk cerita, ok Tajuk cerita pun main peranan kan.. mesti ada la muka aku masa pementasan tu.


Untuk teater kali ni first2 tu aku macam tak berapa berminat sebab ingat kan dalam versi inggeris, tapi rupanya dalam versi melayu. Tapi member aku yang kaki teater ni cakap even depa speaking english pun kau akan faham dengan senang and enjoy jugak.  Tapi tarikan utama aku nak tengok teater ni sebab ada AZHAR JALIL.


Siapa AZHAR JALIL

Hahaha.. aku tak kenal dia sangat pun tapi masa awal2 aku mula terjebak sebagai peminat teater ni, aku tertarik dengan cara dia bawakan satu watak ni. Masa tu ada Festival Teater Pulau Pinang kat JKKN, dia bawa watak MACISMO tapi kelakar gila watak tu and memang masuk dengan dia la.. sejak hari tu aku memang kenal dia dengan nama MACISMO. Kalau ada apa2 teater yang dia ada berlakon sekali, kebanyakannya aku akan attend.


"Setiap yang gelap, pasti ada putih.
Tak semua putih itu terang... "


Tarikh & Masa pementasan:

:: 20 Mac 2016 (Ahad) | 21 Mac 2016 (Isnin) | 22 Mac 2016 (Selasa)
8:30 malam

Tempat : Auditorium Dewan Budaya, USM

Tempahan Tiket : 013 9420028 (Ain)
* Harga Tiket by seat ok start from RM50, RM20 dan RM15



Dibintangi oleh :

AZHAR JALIL

 

YUSLINA YUSOF | LYZAL RIKI | AYIE AZMAN | YUSOF BAKAR | MIERA LADOLCE
ARD OMAR | AZHAR RIKI | FARA HALIM
DAN ENSEMBLE BUDAYA SARI 



Tak nak sembang banyak nanti dayun buat review teater ni kalau rajin...ahaha.

 

No comments:

Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...