Friday, April 15, 2016

#DIY Clear Sticker Label

Assalamualaikum... salam jumaat :)

Semalam dayun p Mydin. Kalau p Mydin tak sah kalau tak p usha barang-barang kat line barang-barang rumah. Sekali tangkap satu mug ni macam comel je. Ada tiga warna pink, hijau ngan clear dayun rembat yang clear.


Sebab rasa mug ni macam kosong sangat maka terfikir nak tampal clear sticker. Google2 jumpa la a few blog yang buat tutorial DIY clear sticker label ni. Kebanyakannya guna clear plastic sticker yang boleh dapat kat kedai stationary tapi dayun pakai packing tape je. Hasilnya macam kat bawah ni la.




Dayun saje nak try jadi ke tak so masa buat nak tape-kan tu masuk angin jadi tak elok. Pastu pompuan ni malas pulak nak buat yang baru maka gunalah je yang tu jugak. Nampak kan macam putih-putih gelembung udara timbul tu kan. Kalau QC check ni dah reject ooo... Nantilah senang- senang dayun buat baru. :)


Korang boleh visit link-link website kat bawah ni untuk tutorial. Kat you tube pun ada banyak video tutorial. Pinterest semestinya la jadi website pencarian pertama dayun. 





Do It Yourself
... semek pun boleh, korang mesti lagi bolehlaaa!

No comments:

Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...