Tuesday, June 28, 2016

Kuey Teow Kung Fu


Bila dah sampai akhir Ramadhan, tak boleh pusing pikiaq menu apa dah nak makan buka. Akhirnya dari berbuka semalam sampai ke sahur tadi pagi hadap Kuey Teow KungFu ni.. Sedap jugak aku masak rupanya... hehe

#jangankecamsaya :p





Bahan-Bahan (Kuey Teow)

1-Kuey Teow
2-Telur
3-serbuk lada hitam, garam


Cara penyediaan:
Campur je semua macam buat telur dadar pastu goreng je macam goreng telur dadar tu.


Bahan-Bahan (Kuah)

1-Udang/ayam
2- sayur kubis bunga/ carrot
3-sos tiram
4- serbuk lada hitam
5-bawang putih, bawang holand
6-gula, garam, stok ayam
7- tepung jagung
8- cili api sket


Cara penyediaan: 
1- Tumis bawang putih, bawang holand, cili api
2- Then,sayur kubis bunga dan carrot,udang, sos tiram, serbuk lada hitam, stok ayam dan  perasa.
3- Masukkan air beserta bancuhan tepung jagung
4- Biarkan seketika kemudian bolehlah angkat dan taruk kat atas kuey teow yang dah bersalut telur tu.


Sekian, perkongsian masak-masak malas semek!

No comments:

♫ singgah sat..