Monday, August 30, 2010

He is a marine guy...


[...bahasa rojak ni...]

You can keep you're Army khaki,
You can keep your Navy blue,
I have the world's best Fighting man to introduce to you.
[world ke? gagaga]

His uniform is different,
the best you've ever seen,
He look gorgeous in it,
This is about the marine guy i want to introduce ni [huhu]

He was born at Kuantan Pahang,
the place where he start his journey,
the youngest son in the family
[anak bongsu ni],
an open minded guy n not manja2 la
not like other youngest son yang i kenal belom2 ni.

He gets up every morning,
before the rising sun
 [betul jam 5,6 pagi dah bangun]
He'll done all the tasks 
before the day is done.

*
*
*

Mesti korang semua tertanya-tanya kat mana dayun kenal mamat ni kan?Adala..mana leh gtaw...huhu :) Baru jak kenal pun. Entri ni ditulis khas untuk dia coz esok dia akan wat persembahan tuk Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-53 kat Bukit Jalil tu.




Everyday when he calling me, dia mesti cakap, "penat argh!", itu la ini la. Mana taknya pagi, petang, kadang2 malam pun diorang praktis tuk performance esok. Bulan puasa lagi ni, memang dugaan btol. Sabar yea kawan:)



Tapi yang dayun perasan dalam dia dok membebel penat, mengeluh kadang2, dia sebenarnya sedar akan tanggungjawab dia. Dia selalu cakap ayat ni, "nak wat macam mana..sedia berkorban demi negara". Semangat patriotisme tinggi ni...Dalam tempoh dayun kenal dia, dia ok je, tak banyak karenah, pendengar yang baik, n yang paling dayun suka dia tahu n faham la bahasa kelantan, so tak perlu la i berbahasa melayu standard sepanjang masa..i like!



Kata orang berkawan biar beribu kan. Seronok kawan ngan dia, tapi kadang2 rasa segan, ntahla..huhu. Apa2 je la..janji bahagia. To my marine friends: Good Luck for your performance tomorrow k..do your best la bro. :p


> ni la dak maritim tu..mR.aare <




SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-53


Wednesday, August 25, 2010

Lestari - Cinta Itu Ketawa Dan Air Mata



Ketawa dan airmata
itu sebenarnya cinta
kalau kau sedih pastiku rasa
begitu sebaliknya

Ku senang engkau cemburu
itu tanda kau sayangiku

tahu kau takut kehilanganku
begitu juga aku

Ku juga suka bila kau curiga
ia mengajarku erti setia

apapun sikap mu aku terima
asalkan ada kebaikan

Walaupun sering kau kutinggalkan
itu tiada bermakna
kau kuabaikan

memang sesekali sikapmu membuat aku jemu
hingga kau tak kupedulikan
untuk menyedarkan

Belum pernah ada cinta
di dalam kehidupan manusia
sepanjang masa bahagia
tanpa airmata (3x)




fyi: lirik yang kaler merah itu part yang dayun suka dengar..gagaga 



Thursday, August 19, 2010

Adab berbuka puasa


ADAB berbuka puasa ialah menyegerakan berbuka apabila masuk waktu. Sahl bin Sa’ad melaporkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)





Berdoa ketika berbuka

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.” (Hadis riwayat Ibn Majah). Doa daripada Rasulullah SAW ketika berbuka dan disunatkan kita membaca: “Hilanglah dahaga, basahlah peluh (hilang kekeringan) dan tetaplah pahala, insya-Allah.” (Hadis riwayat Abu Daud) 

Berdoa kepada orang yang menjamu kita berbuka

Kata Anas: “Rasulullah SAW pernah datang ke (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda makan dan berkata: Mereka yang berpuasa berbuka puasa di sisi kamu, mereka yang baik makan makanan kamu dan malaikat akan berselawat ke atas kamu.” (Hadis riwayat Abu Daud) 

Berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air

Rutab ialah buah kurma yang sudah masak sebelum menjadi tamar kering. Ia lembut dan manis, manakala tamar ialah buah kurma yang sudah kering. Anas berkata: 
“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Jika tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar dan jika tiada tamar, maka beliau minum beberapa teguk air.” (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi)


Makan dengan sederhana

Orang berpuasa digalakkan tidak makan berlebihan ketika berbuka bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.” (Surah al-A’raf, ayat 31)

Segerakan solat maghrib

Selepas berbuka dengan tamar atau air, jika makanan belum dihidangkan, umat Islam perlu segera menunaikan solat. Namun, jika makanan sudah dihidangkan, maka makruh meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. 

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jemaah) sudah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesa.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)





Tuesday, August 17, 2010

Kerana Teh...


Suatu hari seorang ibu yang sedang sakit memberitahu anaknya yang dia mengidam nak minum teh. Alkisahnya..

Ibu : anak ibu, ibu nak minum teh nak
Si anak : Jap yea mak,saya buatkan.

Lalu si anak ni pun ke dapur la nak buatkan teh untuk ibu dia ni. Tapi takde plak stok teh kat dapur. Jadi si anak minta keluar sebentar untuk membeli serbuk teh di kedai. Sampai d kedai, anaknya terus mencari-cari serbuk teh. Selang beberapa minit je dia ternampak Serbuk teh dalam paket merah, terus disambar,dibayar dan terus pulang ke rumah. Dengan raut wajah yang gembira si anak tadi berlari pulang ke rumah. Belum masuk rumah lagi si anak ni dah menjerit,

"Mak! Mak! adik dapat beli serbuk teh mak, dapat la mak minum teh..."

Tapi, kita hanya merancang Allah yang menentukan, nyawa ibunya tidak panjang..tersentak hati anak itu melihat wajah ibunya yang terbujur kaku. Serbuk teh di tangan terlepas dari pegangan, mutiara air mata mula berguguran jatuh membasahi pipi...




*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:**.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*゚¨゚✎・ ✿.。.:**.:。


Jenazah ibu selamat dikebumikan. Anak tadi menangis teresak-esak di tepi kubur ibunya sambil mengimbau kembali kenangan bersama ibunya yang terchenta. Lalu dia teringat hajat ibunya yang tak kesampaian yang nak sangat minum teh sebelum dia meninggal. Demi menunaikan hajat si ibu, si anak membancuh satu jug air teh lalu disiram pusara ibunya. Usai satu jug air teh disiram, tetiba anak itu dikejutkan oleh satu suara yang cukup dikenalinya dan dilihatnya ibunya tersenyum gembira di depannya dan yang menambahkan lagi perasaan terkejut anak itu apabila si ibu bersuara....


-
-
-
-
-

Wow! BOH...ada ummph!
(Lafaz ibunya gembira)


p/s: Kalo la si ibu tu mengidam nak minum coke macam mana la reaksinya agaknya?
bbrrrr...(dengan gayanya sekali...huhu)

Monday, August 16, 2010

Idam nak cantik jadi gila...

sumber...Berita Harian

47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam

KUALA LUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba.

“Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.

Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.


>INFO
>Produk Disenarai Hitam Kementerian Kesihatan Malaysia


Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:



Kintop
~ Body Beaus
~ BMI-9 Xylimming Capsule
~ Sennan Plus Capsule


Produk  tidak berdaftar mengandungi sibutramine:


~ Lami


Produk Berasaskan makanan mengandungi sibutramine:


~ Obexlim
~ Slimax Coffee
~ Beaute Fit Body Contour
~ Body Trimz

Produk Tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:

~ 357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:

~ Makjun Taufiq Dua Istimewa
~ Makjun Dua Istimewa
~ Ginseng Jin Fui Wan
~ Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
~ Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
~ Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
~ Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pil
~ Makjun Syafiq 3 Istimewa
~ Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:

~ Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:

~ Eriesya Spa Beauty Cream
~ Atika Beauty Renewal Cream
~ Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
~ Ratna Sari Whitening Night Cream
~ Tia Amelia Krim Jeragat
~ Chantique Whitening Night Cream
~ RZAC White Pearl Cream
~ Nuriz Day and Night Cream
~ Elite Rias Er Cream
~ R&Z Whitening Night Cream
~ Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
~ Pigmentation Recovery Complex
~ Zara Rejuvenation Cream
~ Natasya Krim Herba Gold
~ De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada anthistamine:

~ Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar mengandungi anthistamine:

~ Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
~ Qian Tong Dan
~ Raja Ubat Resdung
~ Coral Plus UA 350MG

Saturday, August 14, 2010

malam melaram ekspress..alkisahnya


Kenapa melaram ekspress???

Tersebutlah kisah pada 7 Ogos 2010 i ikut la dinner kitaorang punya kos Kimia Industri kat Promenade Hotel. Al kisahnya yang i nak kisahkan kat sini, tak prepare ngat pun nak p dinner ni. padahal dari sem lepas lagi di bagitahu ada dinner kos kitaorang buat pertama kalinya dlm sejarah..haha. Tapi tut!tut! seminggu before dinner ni gedikz i datang nak join dinner ni,ditambah termakan pujuk rayu kawan2. Ok, theme Red Carpet..baju belum ada, xtau nak pkai apa sebab memang nawaitu awal2 tu tak nak p..

3 tahun beb jadi budak U tapi sekali pun i tak pernah ikut dinner, tak kirala dinner kolej, fakulti ke. So,tanpa pengalaman berdinner and masa seminggu yang ada, cara pintas, cepat yang i ambil ialah daparkan bantuan dari my mom.. i pinjam baju dia la. save bajet tak yah sibuk2 p 1Borneo ke CP ke nak cari dress. Kenapa melaram ekspress? sebabnya nanti i cerita...nak tayang lu pic gambaq yg i snap ni


Semuanya dari atas ke bawah rembat orang punya..itula i bilang malam melaram ekspress! Apa yang paling i gembira,i dapat save bajet. Sila keluarkan kalkulator tuk wat calculation skrunk k. Dress da free just bayar postage fee RM5+ dinner fee RM45. See,i just bazirkan RM50 je...hahaha. i like. len kali wat gini lagi la (statement tanpa rasa malu :p)

Ni nak bagi korang cuci2 mata sikit. ^^


ni dayun ngn miss eyda


0014 - tak bertuah lansung no ni..hehe





 jadi model tangga bah..


separuh dari kosmate i

nak lagi [ klik sini ]

Kepada yang berpuasa selamat berbuka.. <3

Friday, August 13, 2010

Kes buang bayi disiasat mengikut Kanun Keseksaan: Shahrizat




KUALA LUMPUR: Kabinet bersetuju kes pembuangan bayi tidak lagi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak, sebaliknya mengikut Seksyen 302 dan 304, Kanun Keseksaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata perkara itu diputuskan mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam.


Sementara itu, dalam satu kenyataan kementerian berkenaan, kerajaan mengarahkan polis menyiasat kes pembuangan bayi sebagai kes percubaan membunuh atau sekiranya dengan niat sebagai kes bunuh yang boleh dijatuhi hukuman gantung.





"Jemaah Menteri telah bersetuju bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi membendung penularan kes berkenaan kerana kejadian pembuangan bayi masih berleluasa walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menanganinya," katanya.

Sehubungan itu, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diminta untuk menyiasat kes itu sebagai kes percubaan membunuh dan kes bunuh.

"Kerajaan tiada pilihan lain berhubung perkara ini memandangkan kes-kes pembuangan bayi sesungguhnya adalah kes pembunuhan bayi," katanya.


Sebagai tindakan susulan, pihak PDRM juga diminta untuk menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti ibu dan bapa kepada bayi yang tidak berdosa itu.



p/s: ibarat kembali ke zaman jahiliah, bayi diperlakukan sebegini...

Thursday, August 12, 2010

ramadhan datang lagi...



Sempena Ramadhan ni,moleklah kiranya 
Jika kita sama2 menjadikan bulan yang penuh barakah ini
Sebagai Madrasah untuk kita beramal ibadat
-
-
-
-
Jangan lupa servis hati kita
-
-
Upgrade iman kita
-
-
delete dosa dan update doa
dengan bersolat terawih
-
-
Renew lesen mulut dan 
Kawal pencemaran mata dan telinga
dengan membaca Al-Quran
-
-
Dan berzikirlah jika berkelapangan
-
-
Semoga kita sama2 dapat redeem pahala
Dan mendapat ibrah di bula yang mulia ini
Serta menyambut Syawal yang bakal tiba dengan gembira
-

Kepada semua rakan blogger yang beragama Islam dayun ucapkan Selamat Berpuasa...:)


p/s: tQ buat Qaseh untuk hadiah follower ke-100 tu

Wednesday, August 4, 2010

Rasa macam nak wat business..boleh ke dayun?


Orang berniaga, aku pun nak gak. tengok orang berniaga cam bes je. sebuk je kau dayun, mo berniaga jugak! hehe..macam-macam aku tengok orang berniaga online ni. tapi boleh ke ak jadi businesswoman yang tak bertauliah? haha.. pengalaman berniaga tu adala gak sikit, tapi buat bisness biasa2 je, bukan kow2 punya. huhu.



>Ni time kami berniaga during APK...subjek wajib sem 3<


Berbusiness era sekolah rendah
Uinaa...ni zaman budak2 lagi. time pakai tudung pun senget sebelah.huu.. masa tu aku dalam darjah 4 ke 5. Subjek kajian tempatan cikgu bagi tulis pakai pen. So, apa lagi ambil kesempatan jual pen warna-warni yang brand stabilo tu. Bila tiba time kena wat scrapbook, kami suka bertanding sape punya cover yang paling cantik. Aku amik kesempatan lagi dengan menjual cover2 scrapbook yang menarik. beli satu paket dalam RM 2 for 10 sheets, then jual 40 sen 50 sen satu..tak ke untung tu..huhu. Tu belum kira jual pemadam yang ada macam2 pic atas dia.. suka aku time tu. Dapat duit beli gula2, junkfood dan masuk tabung. Masa tu mana ada fikir nak beli kasut, baju...nafsu ke arah tu xde lagi..gagaga. Kanak2 ribena la katakan :)

Berbusinesss era sekolah menengah
Time ni da pandai cket handle duit la. aku form 2 masa tu, dok kat asrama MRSM Kuala Krai. Kat sana kami ada homeroom macam mentor-menti la. Untuk jana pendapatan homeroom selain yuran bulanan kita orang kutip, so kami buat business kerepek. Beli borong setiap jenis kerepek tu yang besar dalam RM8-9 untuk satu  plastik besar. Then kita orang kasi pack kecil2 jual dalam 50 sen satu bungkus. Seronok, berniaga masa tu.. tebalkan muka p bilik ke bilik. Pastu siap jerit2 lagi, " Kerepek! Kerepek...siapa nak beli leh datang bilik rehat aras 2." Bergema satu blok hostel pompuan tu..ngeh3

Berbusiness era matrix
Time ni bersara jap...takde masa nak kecoh2 buat business. tutt!

Berbusiness era universiti (sekarang la)
Sekarang ni da jadi student U...budak2 U ni banyak betul business diorang. Ada yang jual baju, perfume, barangan kesihatan la sekarang pulak time gila jual shawls..huhu. Tapi aku tetap dengan business yang biasa jak. Aku wat business print2, scan, photostat gitu jak. Ambil kesempatan dari esaimen2 student yang berlambak kan, dengan lab report semua2 tu yang memerlukan khidmat print. Tapi aku takla serius sangat berniaga. Tapi ada la 4,5 orang pelanggan tetap..haha. Sem lepas aku dapat untung dalam RM50 lebih tu pun lepas tolak ink ngan paper la. Sekarang aku masih teruskan business ni la.


Itu la kisah aku berniaga... walaupun aku tak dapat untung yang agak lumayan, tapi aku gembira buat semua2 ni. Berniaga bukan menda senang gak, kadang2 kena sanggup ambil risiko, bertolak ansur ngan pelanggan mcm2 la. Pembeli/ pengguna ibarat raja, jadi kita kena la layan sebaiknya, hormati pandangan mereka. Tapi tipulah kalau aku cakap aku tak ingin dapatkan untung yang lebih lagi dari aku dapat sekarang. Nak juga merasa kan. Masalahnya tak tahu nak business apa..huhu. Korang rasa business apa ya???


Monday, August 2, 2010

20 amalan murah rezeki...


jenguk2 la kalau rajin :)

"Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Diantaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-ra'd: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab )


Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)


Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...