Tuesday, September 28, 2010

Labuan fieldtrip...report lagi!





semuanya akan cik dayun update next week!







bila prOposal fyp ditendang ke tepi jap..
 n jari jemari mula gatal menenyeh photoshop software,
 ginilah jadinya.



Sunday, September 26, 2010

Contest Senyuman Maneh ^_^


♫..sEnYumLah..sEnYumLah aHAi ciK mEk mOLek..


ciK daYun jOin cOntESt lagi...cOntEst ni by GadiS kAmpUnG sEpARa bANdaR
waLaupun selaLu fAiL bAb sEnYum tiMe kENa sNap
tApi i tEtAp nAk jOIn cOntESt ni...




tHE rULeS aRe:






1. mesti jadi follower
2. mesti buat entri pasal contest ni
3. pic yang dipertandingkan mestila hak milik sendiri & anda diwajibkan 
berada dalam gambar tu tau. tak kisahla gambar tu bersama kawan ataupun family.
4. hanya  satu pic saja dibenarkan untuk pertandingan.
5. Letakkan dan linkkan banner contest pada sidebar blog anda
 dan tinggalkan link anda di komen entri contest tu.
6. tag minimun dua rakan anda.
7. tarikh tutup penyertaan ni 10-10-2010
8. hadiah adalah top4 bernilai RM30. jika pemenang menggunakan
line prabayar, wang tunai akan di bank-in kan ke akaun anda



iNiLah pIc tUk cOntESt tU..jAnGaN jAtUh cInTa dGn sEnYuman 
i pULak... :)
[haha..aku tau kOrang sakit mata tengok gambar aku ni kan]


cIk daYun yAnG bErbAJu hIJaU yEa
[blogger sebelah aku tu lagi maneh senyumannya]

2 bLogGer bErtUaH yAnG ditaG:

eesyaheera [dia cumil bila senyum]
miss eYda [blogger yang dalam gambar tu]

oK..Alhamdulillah selesai sudah!

Bertudung & bersolek mana satu rampas kebebasan wanita?


Apa makna kebebasan bagi awak? Kacang je tu. Kebebasan ni ialah saya, awak dan siapa2 je bebas untuk lakukan apa saja yang kita suka, everything. Bagi saya awak SALAH! Kebebasan adalah melakukan perkara yang baik tanpa perlu bimbangkan orang lain nak kata apa...


Gelagat manusia banyak memberi kita pengajaran sebenarnya, sebab itulah bila ditanya siapakah idola saya, jawapan saya ialah mereka yang berada di sekeliling saya. Kenapa? Kerana dengan memerhatikan tabiat, gelagat, dan cara hidup mereka, saya akan lebih mudah untuk sedar kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri, maka dengan sendirinya melatih diri untuk berfikir tentang apa yang patut & tidak patut dilakukan. Bukan aib mereka yang dicari, tapi sebagai medium untuk muhasabah diri. Kerana memang fitrah manusia sentiasa lupa.

Sudah jadi tanggungjawab kita untuk memberi sokongan kepada perempuan2 yang sudah kembali bertudung. Tapi, apa yang saya perhatikan sudah jadi tabiat orang kita bila orang nak berubah bukan nak di support, diperli lagi ada la. Kalo tak dilontarkan kata2 yang berbau menyindir, mimik muka seperti tidak puas hati atas perubahan si kawan turut dipamerkan. Kalau berterusan begini la sikap orang kita, silap haribulan mereka yang nak bertudung sepenuhnya ni kembali kepada asal kerana tak tahan disindir. 

Bertudung memang sinonim dengan wanita islam. Alhamdulillah jika mereka yang sebelum ini tidak bertudung, kini sudah mula memakai tudung. Ada yang bertanya, jika mereka bertudung masih bolehkah mereka bersolek? Tak salah sebenarnya jika kita ingin bersolek tapi ada cara dan hadnya. Sudah memang fitrah semulajadi wanita tidak dapat dipisahkan dengan bersolek. Bersoleklah ala kadar dan sopan sahaja dengan niat ingin nampak kemas. Jika berlipstik, jangan terlalu terang, berbedak tidak terlalu tebal, sekadar menambah seri dan menutup kelesuan wajah. Dalam erti kata lain tidak bertabarruj (berhias berlebih-lebihan). 

PANDANGAN ULAMA

Pada dasarnya perhiasan dalam erti kata mempercantik diri dan selain diri agar orang lain merasa senang memandang adalah diharuskan. Perhiasan itu selama mana ianya tidak bertentangan dan berlawanan dengan syara‘ adalah sangat digalakkan dan dituntut dalam Islam. Sebagai contoh, Allah memerintahkan agar manusia memakai perhiasan pada setiap kali pergi ke masjid, firmanNya:

Tafsirnya: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” (Surah al-‘Araf, ayat 31)







Sedikit ringkasan dari pemerhatian dan kalau nak tambah dipersilakan:

1. Ada yang kata leceh pakai tudung take time,nak kena betul sini betul sana. Dayun said: tak pakai tudung pun sama gak, nak kena betul-betulkan rambut, set rambut supaya tak nampak kusut masai. take time jugak.

2. Ada yang kata kalau nak bertudung banyak wang kena habiskan tuk beli tudung yang sesuai dengan pakaian. Dayun said: Samala kalau tak pakai tudung pun, duit akan habis jugak tuk beli aksesori rambut, buat rawatan rambut di salon dan blablabla.

3. Ada yang kata bila bertudung mereka tak boleh nak bersolek. Dayun said: bukannya tidak boleh bersolek langsung, cuma ada la caranya tak perlu terlalu bewarna-warni sampai hilang seri asli wajah dan menimbulkan fitnah.

4. Ada yang kata kalau bertudung susah untuk mereka berfesyen kalo free hair macam2 gaya mereka boleh stylekan. Dayun said: perempuan bertudung pun boleh berfesyen mengikut perkembangan zaman. Lagipun sekarang banyak fesyen2 muslimah diperkenalkan, cuma kita sebagai wanita islam pandai2 la memilih fesyen terkini,tetapi tidak terpesong jauh dari cara berfesyen/ berhias seperti yang dilandaskan syariat.

5. Nak lagi..Allah lebih mengetahui...wallahu'alam!




endnote: maaf andai entri ini mengguris hati mana2 pihak kerana tiada niat di hati tuk berbuat demikian. sekadar perkongsian untuk memperingatkan diri sendiri sebenarnya disamping berkongsi.



Thursday, September 23, 2010

episod cakap siang pandang-pandang



Kelihatan sorang gegurl duduk sorang-sorang sambil tersengih, tergelak sendiri. Pandangannya tertumpu kepada sekumpulan boboy2 PGA. Gegurl yang diberi nama cik dayun itu tidak sedar yang rupanya gelagatnya  yang tersengih sorang-sorang itu sedang diperhatikan oleh sorang che awe yg diberi nama mr.Flinston (samaran jah). Lalu bermulalah episod cakap siang pandang-pandang cakap malam korang fikir la sendiri....

mr.Flinston : macam pernah jumpa la awak
cik dayun : [hati kecil cik dayun berbisik: modal lama betul mamat ni apply kat sini] kalau nak duduk sini duduk je la... 

mr.Flinston : betul boleh duduk tak ganggu ke?
cik dayun : lor, bukan ke awak dah duduk pun kan tu..

mr.Flinston duduk di depan cik dayun dan mula menikmati breakfast beliau. cik dayun pula kembali mengskodeng  boboy2 PGA tadi dan tersengih balik, tapi misi tersebut tergendala dek pertanyaan mr.Flinston

mr.Flinston : nak tanya sikit, boleh?
cik dayun : apa dia, tanya je la..
mr.Flinston : dari tadi masa saya kat kaunter nak bayar makanan saya perhati awak ni dok tersengih, tersenyum sorang-sorang. saya ingat awak ngah cakap telefon pakai handsfree sebab nampak anset kat atas meja .tapi bila sampai dekat bukan rupanya. 

cik dayun : jadi..awak senanya nak tau kenapa saya tersengih sorang2 la ni? gitu?
mr.Flinston: yaa..itu dia yang saya tunggu2 jawapannya..ngeh3

cik dayun : takdela saya tengok mamat2 PGA tu
mr.Flinston : apa yang menarik,lucu sangat pasal diaorang yang leh tersengih memanjang dari td?

cik dayun : saya memang suka tengok mamat2 tentera dan senagkatan dengannya. cuba awak perhati geng2 diorang ni ka MASA MUDA BADAN TEGAP, TUFF, SABUN 6 BUKU KAT PERUT TU, SEKALI BILA TUA PERUT DA BOROI, HILANG SEMUA SABUN BUKU DA JADI BUIH SABUN MENGEMBANG.. [dan cik dayun gelak sorang]
mr.Flinston : laa...tu je mendanya.

cik dayun : yeala..saya terimagin yang mamat PGA tu ngan perut boroi, buncit. tu yang saya tersengih memanjang je. sayang, muda2 punya la sedap mata memandang, skali tua nanti...hahaha. erm.
mr.Flinston : mengata orang rupanya...

cik dayun : ni nak p mana senanya?
mr.Flinston : saya nak balik sarawak, flight jam 3.

cik dayun : oo...kerja ke kat sana? kerja apa?
mr.Flinston : aa kerja.. TENTERA, SAYA ASKAR PANGKAT KPA.

cik dayun agak terkejut bila tau yang che awe depan dia tu rupanya anak beranak TENTERA. awat tak terkejutnya, tadi kat sebakul dok mengata, perli diorang bakal bertukar dari jejaka yang tuff kepada pakcik berperut boroi buntal..siap gelak2 lagi sekali yang diperli ada kat depan mata, yang tukang dengor.. dan untuk cover line cik dayun dengan muka tesenyum dibuat2 kasi satu quote kat mr.Flinston.

cik dayun : oo..huhu..askar rupanya awk ni.erm... nanti tua jaga badan, jaga perut jangan kasi boroi, membuntal ek!

mr.Flinston hanya ketawa kecil, geleng2 kepala sikit sambil sambung habiskan berakfastnya..^_^ dan cik dayun buat muka selamba dan dalam hati dok kutuk diri sendiri:

" Itula ko dayun, cakap men suka hati je.. kenapa la awal2 ko tak boleh perasaan yang dia tu askar. style  rambut pun da tau la. tak pasal2 ko kena bang! bang! boOm! hari ni... mulut tu celupar sangat. kan da malu! "


moralvalue: ________________________

Wednesday, September 15, 2010

Contest baju raya by itikkejam.blogspot


Tempoh peraduan sepanjang 1 SEPT hingga 17 SEPT 2010. 2 pemenang dengan gambar paling kreatif akan diumumkan pada 19 SEPT 2010.


syarat2 penyertaan, klik sini [ itikkejam.blogspot ]
-
-
-
-
-




dayun di tag oleh cik wan tuk contest ni
sebenarnya dayun da perasan contest ni belum2 ni
tapi niat hati nak join terbatas disebabkan line ternet yang
agak slow siput-siput + takde gambo raya senanya
lagi2 kalo gambo yang snap sorang2
gambo yang taruk kat sini ni pun gambo yang di snap 
ala-ala syok sendiri, SS..huhu
so, nak tak nak sebab da ditag
dayun join diz contest!

last skali dayun kena tag 3 kawan blogger yang lain.. mereka yang bertuah


Sunday, September 12, 2010

gathering raya bukan blogger, terjah rumah bukan blog!


Aloha...salam lebaran blogger and readers...
Hari ni da masuk raya yang ketiga dan hari ni baru berkesempatan nak kuar beraya kat umah kawan2. Seperti raya2 yang belum2 ni aku ngan kawan aku aini akan bertandang kat rumah member aku lagi sorang leen harith. Rumah si leen ni memang selalu jadi port tempat kitaorang lepak, berkumpul time raya. Tapi kan, berkumpulnya kitaorang kali ni kali ni lagi meriah..Kenapa plak?

Ok..kalo biasa2 ada kami 3 orang n sorang member laki, si amirul karipap. Tapi kali ni tambah lagi sorang si Hazwan a.k.a pokwe. Memang kecoh r diaorang ni semua. Bila da berkumpul dok flashback hal time sekolah rendah. Sampai aku pun terkena. Masalahnya kebanyakan yang diorang dok cite especially part aku, aku memang tak ingat langsung, short-term memory.huhu :)

Aku suka gathering raya kali ni lagi sebabnya ( boleh ke guna gathering? huhu ) kami berlima ni p beraya sama2. kitaorang p umah member2 sekolah rendah dulu la, pastu p umah cikgu BM kesayangan Cikgu Johari. Idea nak p terjah rumah budak2 ni pun tetiba je kuar. Kononnya cari kelainan dari biasa. Kancil cik leen jadi limo kitaorang hari ni. 

Masa g umah mekna, member skolah lu tengahari dah, kat2 jam 12 dah..da la panas, p umah dia lak kipas umah tu macam segan je nak berputar, pastu minum plak ait teh  panas. Ya Allah...sabar je la. Bila naik keta terus si amirul buka air-cond tu full! maaf la mekna ngumpat cket. hahaha...tadi da mintak maaf kan!  Then, terjah plak umah Cikgu Jo, yang bestnya kitaorang dapat duit raya dari cikgu. Si amirul tak puas hati sebab leen dapat 2 sampul raya, leen pun pelik gak, maybe sampul tu terlekat cikgu Jo tak perasan,huhu.

Memang enjoy la tadi walau pun sempat beraya 2 buah rumah je. Terima kasih kepada pokwe as driver kami hari ni. Happy dapat jumpa lg sorang kawan, kamaruzzaman hatta walaupun jap je di rumah cikgu jo. Tapi, sesi terjah raya kami tak berakhir kat rumah cikgu Jo je, lusa kitaorang sambung lagi menjenguk member2 lama yang lain...

Tak sempat amik gambar tadi, next entry la ya..:)

Thursday, September 2, 2010

created and edited by miss dayah dayun


Selepas berpenat lelah hampir 3 jam
inilah hasilnya..
kad raya created and edited by miss dayun
on 2-09-2010..huhu

[ni bahagian depan kad raya]

Dayun edit pakai photoshop + photoscape
inilah hasilnya..hasil tangan
  orang yang tak pandai nak guna photoshop
tapi buat2 pandai..hehe


Kalo korang buat mesti lagi cantik kan. ni dayun just edit pic yang da ada. bagi letak muka je.. edit2 tulisan. edit kaler..ikut suka janji siap! Brother dalam gambar tu bestfrenz dayun. kami kawan rapat dari form 3 lagi. kad raya ni dibuat pun sebab dia la. bising nak kad raya... katanya,

"hang da lama tak bagi aku kad raya...".

Abes tu ko ada bagi aku? ko ada? maklumlah sekarang zaman dah maju. bila raya hantar je sms raya.. jimat setem 30 sen & save duit dari beli kad raya.

Rindu pulak nak dapat kad raya. kalo dulu mesti bangga kalo dapat kad raya banyak2. siap bertanding ngan kengkawan. tapi aku tak pernah la tulis kad raya hantar kat diri sendiri, macam brother Joe pernah wat. gagaga.. brother joe jgn marah yea kurus puasa :p

Kad raya ni ingatkan nak bagi je kat budak ni pakai email. Tapi bila fikir2 balik, dayun rasa nak pos la kad raya ni.. apa salahnya dayun kasi tambah lagi kerja pakcik posmen tu kan? tak gitu. btw dapat la jugak merasa balik suasana dulu2, time raya sibuk pos kad raya :)


p/s: Ahmad Rifa'i, ko tunggula kad raya ko ni sampai... nanti sila bagitahu aku ko terharu yea dapat kad raya ni..hahaha. Pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas...opps!



Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...