Tuesday, April 6, 2010

Si Dia Poket Kering..


> From Diari Cinta 2010 <

Tiada ribut dan angin, sikapnya tiba-tiba menjadi berubah. Daripada seorang yang periang terus jadi pendiam. Apa yang cuba dilakukannya hanya menemani kamu, mengajak menikmati makan malam di gerai murah, lebih gemar mendiamkan diri dan tidak lagi bergayut panjang melalui telefon bimbit...





Persoalannya, " Adakah si dia sudah poket kering, tetapi malu untuk memberitahu " atau " apa yang harus aku lakukan sekiranya dia langsung tidak mahu berterus terang? "


Cinta bukan melemahkan hati
bukan membawa putus asa
bukan menimbulkan tangis sedu sedan
Tetapi cinta menghidupkan penghargaan
menguatkan hati dalam perjuangan
menempuh onak
dan duri penghidupan...


Kembali kepada persoalan tadi:

Bagi lelaki, perkara paling sensitif dalam hidup mereka apabila disentuh soal kewangan. Jadi, mereka tidak akan sesekali bagitahu korang tentang masalah yg berkaitan ngan wang ringgit. so, cubalah faham situasi si dia n jangan la tambahkan lg kekusutan  difikirannya k!

tak usah sebut pasal cinta 
jika tak sebenar-benarnya amik kisah
tak usah bercakap tentang perasaan 
jika ia tidak berada di hati kalian
tak usah menunjuk ke dada 
kalo kalian berhasrat melukakan hati pasangan kalian
tak usah disebut cinta abadi 
kalo di hati ada niat tuk berpisah
tak usah pandang mata si dia 
kalo kalian berbohong kepadanya
tak usah sebut hello 
jika kelak kalian akan mengucapkan selamat tinggal
tak usah katakan dialah satu-satunya
 jika ada org laen di sisi
tak usah kunci hatinya 
jika kalian tidak ada anak kunci tuk membukanya kelak


p/s: thanks 4 everythings, sorry 4 nothings


Monday, April 5, 2010

final year project (fyp)


dayun blur2 ni
coursemate baru kol tadi 
gtaw tajuk projek kuar hari ni
i'm going to campus now...
ouchh!

to be continued...
-
-
-


dayun x jadi p kampus td
sebab x de bus...
punya lama tunggu, buat sakit hati jew
esok ler kot p tgk tajuk fyp
takut ler, ntah la kenapa
budak2 ni da ramai yg pilih tajuk suda
nampaknya dapat yg saki baki la kat dayun
ape pun esok la tgk camne
-
-
-
erm kelas bi malam ni ada test
da last class da x de da next week
test td pe2 ntah jawab
hehe..
ok la, xde ler susah sangat
reading test...read la


da xtau nak bebel pe
doakan dayun dapat tajuk yg senang ek untuk fyp
i da start gabra, nervous, butterfly in my stomach
hehe...k


fyi: dayun rindu dia tapi dia...





classical elegant, masquerade night, mix and match..apa tu?


current mode: ngantuk ni

dayun baru jew lepas blogwalking, 
tapi xsemua sempat jenguk
yg sempat jenguk pun kejap jew
klik nuff korang and blah
tp melekat lama gak kt entri yg
menarik, tertarik mmg nk baca ler..huhu

diNneR! diNnEr! dinNer!

Skrunk ni musim dinner mungkin..tgk title post ni pun mesti korang dah leh agak tentang apa kn?  apa lagi kalo bukan tema dinner. asal buka mukabuku jew, semua upload pic dinner diorang. time ni semua mula bergaya sakan, dressing bagai nk rak, touch-up ngalahkan artis leh terus wat kawin. dayun suka wei tengok gelagak budak2 ni bersiap b4 p dinner, dayun tgk jew ler sbb x pernah ikut mana2 dinner pun...bukan apa malas nk cari pakaian yg sesuai... semua menda dayun ni malas kn?

Cakap pasal dinner ni, ada sedikit komentar yg dayun nak lontarkan kat sini... first, dayun nak bagi taw x salah pun kita join dinner, lagi pun leh mengeratkan lagi hubungan ngan kengkawan kn cuma dayun kurang selesa bila dengar cakap2 orang yg kurang sedap di dengar di telinga dayun ni. kesahnya begini...

suasana : gege-riuh tunggu lecturer datang
location: lecture room
kawan 1( non-muslim) : gambar dinner ya tengok!
kawan 2( muslim ) : tengokla
kawan 1 : eh, betul kew ni si R, freehair ni?
kawan 2 : yup, dia la tu, dia buat persembahan masa tu..
kawan1 : ooo..jadi kalo p dinner semua buka ler, kalo datang kelas tutup la? begitu ka?

Dari jauh terdengar perbualan tu buat dayun rasa malu.. bukan apa, walaupun menda tu ditujukan kepada si R, tapi ak sebagai rakan seagama dengan dia mcm rasa tempias la jugak dari apa yg kawan 1 cakap tu, da ler yg bagitau tu non kan. dayun tertanya2 samada si R x kan x fikir dulu b4 dia  mem'buka' apa yg x patut di buka, berdressing begitu, berbeza dengan perwatakannya yg biasa dayun tengok di kampus. dayun fes tengok pic tu pun terkezut la gak!

Dayun x pasti ler sama ada memang di luar kampus si R ni begitu gak.. apa yg dayun cuba nak lontarkan kt cni ialah berdinner2 jugak, berdressing2 jugak, tapi pandai ler jaga apa yang patut, cover apa yg perlu supaya nanti org x judge kita yg bukan2...bukan niat untuk mengaibkan sesiapa, dayun pun bukan ler baik perfect sangat, juz sebagai pengajaran dan peringatan kpd diri dayun sendiri terutamanya n anda semua. apa yg dayun bebelkan ni kalo yg baik amik la, yg buruk buang l jauh2 k..

b4 end diz entri dayun letak beberapa pic dinner kat kampus dayun..wallahua'lam!


Dinner MAGRA theme: CLASSICAL ELEGANT


Dinner a COURSE theme: MASQUERADE NIGHT


Dinner COLLEGE theme: MIX AND MATCH

sudah! sudah! the end...


Sunday, April 4, 2010

@@April_giveaway@@ by zie fauzi




http://emo.huhiho.com
April giveaway by zie fauzi

dayun join ni sebab dipelawa oleh cik zai kulim. kiranya cik zai ni ler dayun punya referrer k

Giveaway yg dibuat oleh cik zie fauzi ni bermula dari 1 April-30 April 2010 ni. cara memilih pemenang mcm contest2 yg biasa ler baby, tapi ada ler syarat2 sampingan gak. hadiah untuk 2 org yang bertuah n seorang referrer terbanyak. so, kalo korang berminat  nak join menda ni, nak memeriahkan giveaway by cik zie fauzi ni sila baca di bawah:

1. Sila follow blog cik zie fauzi kalo nak dapatkan sebarang update terbaru tentang  giveaway ni.

2.  Buat entri paling simple pasal giveaway ni, pastu state kan dr mana korang tau pasal giveaway ni means referrernya siapa ler [ kalo korang baca kt cni, dayun ler referrernya]

3.  Last sekali tinggalkan:
(a) jejak korang ----> url korang
(b) nama follower korang sbb kata cik zie nama follower ngn komen korang maybe berbeza
(c) email tuk info kalo menang ler
p/s: semua2 ni kena korang kena tempek kt komen di entri APRIL GIVEAWAY by ZIE FAUZI je, len tempat xdilayan..
ok..gUdLuck :) http://emo.huhiho.com

Saturday, April 3, 2010

3 APRIL dalam sejarah Malaysia...



Pada tahun 1971, Universiti Pertanian Malaysia telah ditubuhkan. Penubuhan tersebut adalah berasaskan penggabungan Kolej Pertanian Malaya dan Fakulti Pertanian Malaysia yang ketika itu di bawah kelolaan Universiti Malaysia. Tujuan penubuhannya adalah untuk memaju dan mengembangkan pelajaran tinggi dalam lapangan Pertanian, Perhutanan, Teknologi, Sains Kemasyarakatan, Bidang kemanusiaan dan pendidikan serta mengadakan penyelidikan untuk penyebaran pengetahuan. Kampus Universiti Pertanian Malaysia terletak di Serdang berhampiran lebuhraya Kuala Lumpur-seremban dengan keluasan 3,000 ekar. 


Universiti ini mempunyai 8 fakulti seperti Fakulti Pertanian, Fakulti Kejuruteraan Pertanian,  Pengajian Pendidikan, Perhutanan, Perikanan dan Sains Samudera, Ekonomi Sumber dan Perniagaan Tani, Sains dan Pengajian Alam Sekitar serta Kedoktoran Veterinar, dan Sains Penternakan beserta sebuah Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan. UPM  telah  mengeluarkan graduan pertamanya pada Majlis Konvokesyen yang telah berlangsung pada 30 Julai 1977. Berikutan dengan perkembangannya pada 3 April 1997, Universiti Pertanian Malaysia telah diberi nama baru iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk  Seri  Dr. Mahathir  Mohammad.




Friday, April 2, 2010

kisah pohon ep@l..





Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yangamat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari.Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut. Masa berlalu... anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon apel tersebut dengan wajah yang sedih.

“ Marilah bermain-mainlah di sekitarku,”ajak pohon epal itu.
“ Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab remaja itu.” Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah remaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pohon epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.”

Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lag iselepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu, suatu hari remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pohon epal itu merasa gembira.

“Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.
“Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya anak itu.”
“Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pohon epal itu memberikan cadangan.

 Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon epal itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana remaja itu tidak kembali lagi selepas itu. Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon epal itu. Dia sebenarnya adalah anak lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

“Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu.
" Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” Tanya lelaki itu. “Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," kata pohon epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon epal itu. Dia adalahanak lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon epal itu.

“ Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati”, kata pohon apel itu dengan nada pilu.
“ Aku tidak mahu apelmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku tidak  berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirahat,” jawab lelaki tua itu. “ Jika begitu, istirahatlah di perduku”, kata pohonapel itu. Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu. Mereka berdua menangis kegembiraan.

 Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan di dalam cerita ini adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka .Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka, dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup. Kita maybe terfikir bahawa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa celebrate hari ibu dan hari bapa every year...

fyi: i  miss my family sooo...much!

Wednesday, March 31, 2010

Ole-ole dari Jakarta Oleh Yuka-Luv

test!...test!
ok..diz entry is a STICKY MODE ENTRY, sila skroll ke bawah tuk entry2 seterusnya k!.hehe


actually dayun ada baca pasal ole2 dari yuka-luv ni belum2 ni di blognya tapi xde ler terdetik nak ikut contest ni. tapi after baca entry ni di blog cik bunga rasa cam nak ikut je contest ni.hehe..ngada2 dayun! ok, contest ni cik yuka-luv buat becoz sila baca di bawah:

"...sempena program jalan-jalan cari makan yuka ke Jakarta/Bandung pada 12-16 Mac 2010 ini, yuka berhasrat untuk membeli cenderamata untuk diberikan kepada pengunjung blog yuka-luv ni...namun demikian tak dapat la yuka nak bagi kepada semua....( biasalakan masalah bajet pastu masalah nak bawak banyak2)..untuk berlaku adil...pemberian akan dibuat melalui cabutan bertuah..."

kalo nak join contest ni.. follow the steps below k:

1. buat satu sticky mode entry guna tajuk ole-ole dari jakarta oleh yuka-luv sampai tarikh tutup contest ni-
30  mac 2010.
2.  tinggalkan link anda di commentbox entry ni di blog cik yuka
3. then, sila nyatakan referrer anda tuk contest ni [ cik yuka luv sendiri ]
4. terbuka to all rakyat malaysia la...not PATI k..hehe
5. due date 31 mAc 2010

tuk lebih jelas lagi, korang bleh jenguk sendiri blog cik yuka-luv k.hehe gudLuck!

Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...