Thursday, October 14, 2010

buka dan menang

1- Apa benda yang paling penting dalam hidup korang.
    Tak mahu jawab boleh..semua benda macam penting..huhu

2- Benda terakhir yang korang beli guna duit sendiri.



3- Di manakah korang akan melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang.
     Location : umah mak bapak i la..


4- Adakah korang bercinta sekarang.

> my answer <

5- Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang.
    * tanya sama hati...

6- Novel/ buku/ majalah terakhir yang korang beli.



7- Apa nama penuh korang


    ismi SITI NURHIDAYAH BINTI KASMURI


8- Antara mak ngan ayah yang mana korang lebih mesra


9- Adakah korang basuh baju sendiri
    semalas-malas aku aku basuh baju sendiri k! dari F1 till now dok asrama. menda wajib.
    lainla kalo ada mesin..bagi mesin yang basuh,

10- Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas.



11- 3 perkara tentang orang yang tag anda
       * jangan bising kalo dia tidur
       * pandai men bola tampar
       * student unimap

12- 5 blogger yang korang nak tag
      Sesiapa yang rasa nak wat tag ni... tafaddal!

Monday, October 11, 2010

Asal give away, contest mesti kena jd follower...


Kalo korang baca tajuk entri ni korang rasa aku suka ke tak sebenarnya dengan rule tu? suka tak suka. Aku memang suka join contest/give away sebenarnya, tapi ikhlas aku cakap aku sebenarnya tak berapa suka kalo join contest/give away kalau antara rules nya aku kena jadi follower blog tu. penekanan di sini tak berapa = kurang suka je bukan tak suka langsung.

Bukan aku nak mempertikaikan cara atau syarat2 yang penganjur2 contest/ give away ni buat. Aku sedar penganjur2 tu ada hak tuk buat begitu. Yeala contest/ give away tu buat kat blog sendiri, bagi hadiah kuar bajet sendiri, tapi mesti ke rule kena jadi follower blog diaorang tu mesti dijadikan antara syarat2 utama. [ Ok dayun, nanti  tak pasal2 semua penganjur2 contest/ give away block ko dari join contest/give away diaorang ].




Kenapa mesti jadi follower???

1. Nanti peserta2 ni akan sentiasa dapat update tentang info2 terbaru pasal contest/give away yang diaorang sertai tu. [ ni alasan yang biasa aku dengar la ]

2.Maybe sebagai penghargaan kepada tuan blog sebab anjurkan contest/ give away.[ erm..betul gak ]

3. Saja2 je.. nak bagi up followers blog. [ apa kes???  maybe boleh jadi blog popular kot huhu ]


Aku sebenarnya tak berapa suka main follow blog sesuka hati. Kalau aku follow mana2 blog pun bukan atas niat supaya blog aku di follow balik. tapi  Tapi kalau korang follow aku balik pun aku tak larang...Alhamdulillah dan terima kasih. 


Biasanya bila aku jadi followers mana2 blog sebab aku suka dengan entry2 yang tuan blog tu  tulis. Takpun sebab aku suka cara tuan blog tu susun, arrange widgets dalam blog diaorang. Dan kebiasaannya aku akan follow balik blogger2 yang follow blog ak la sebagai ucapan terima kasih.. lebih kurang begitu la. Aku bukanlah seorang blogger yang bagus, entries pun lebih kepada merapu kisah hidup aku yang biasa2 jak. Jadi aku tak kisah la kalau bilangan follower aku tu tak bertambah.


Bagi aku tak semestinya kalo kita jadi follower baru leh bW ke blog2 diaorang.. ada masa, tak kira la ada entri best ke tak aku akan cuba jenguk2, tinggal jejak kat blog2 mereka. Selalunya geng blooger lah jadi medium untuk aku menerjah, berblogwalking membaca entri2... kalau bukan bw di blog yang baru first time aku terjah, balik2 kat situ la jugak nanti aku akan jenguk balik blog2 yang pernah aku singgah sebelum2 ni. 


Makin banyak aku tulis, macam makin jauh dari tajuk entri..huhu. Sebagai penutup bagi karangan tak berformat ni, dayun cuma berharap kalu boleh rule supaya menjadi follower blog korang untuk sesebuah contest/ giveaway tak payah la dijadikan syarat2 dalam contest/give away yang korang anjurkan... tapi kalo ada jugak, nak wat macam mana kan. nak join contest/ give away punya pasal..terpaksa tolak tepi la walaupun dalam hati kurang suka..huhu


Korang rasa macam mana dayun rasa ke???_______


Sekian..terima kasih
WabillahitaufiQ wal hidayah
Jangan makan pil. jangan buat jenayah!

Saturday, October 9, 2010

Papan iklan unik di London


DUA pejalan kaki melihat tiga wanita yang menyamar sebagai patung di papan iklan Johnson & Johnson di pusat beli-belah Westfield, London baru-baru ini.

LONDON - Para pengunjung sebuah pusat beli-belah di Britain kelmarin terkejut apabila melihat beberapa wanita menjadi model hidup di sebuah papan iklan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebuah akhbar melaporkan, papan iklan berkonsepkan seni timbul di pusat beli-belah Westfield, di sini menampilkan tiga model seksi yang menyamar menjadi patung, baru-baru ini. Seorang model berambut perang duduk dalam keadaan separuh bogel di belakang segumpal awan dengan model kedua bergaya di belakang sebatang pokok.
Model ketiga yang berpakaian singkat duduk di atas buaian di tengah papan iklan tersebut. Mereka akan mengejutkan orang ramai dengan menggerakkan jari-jari kaki. Trio berkenaan membantu kempen promosi losyen pelembap 24 jam Johnson & Johnson. - Agensi

sumber: kosmo online

Ilusi dari tangan ke jari jemari


you can try this by your own
tapi kalo jadi apa2 dayun tak tanggung..huhu

menarik.cantik.unik
lihat.perhati.dan perhalusi sendiri


mata i menggoda tak???

berapa lama lagi nak kena pose ni...gua lapar ni!

korang dok diam2, aku ngah searching mangsa ni


hidung gua panjang bukan gua suka menipu k. gua budak baik  tau


tolong! tolong! ak tesekat ni...


ok semua..ramli ms tak dapat datang uncle yang conduct hari ni k!


eish..tepi2, bola aku nak masuk gol dah tu


big mama memang selalu berkayak solo ni


ahaa..semua da pegang2 tangan
kepal2 jari
mo try???


Friday, October 8, 2010

STINGS - Adakah kau setia



Sejak aku mengenali dirimu
Bermacam dugaan yang ku hadapi
Adakala tersentuh rasa hati
Adakala cemburu melukai
Namun aku tempuhi dengan sabar

Sejak aku jatuh cinta padamu
Perasaan aku sering terganggu
Adakala aku rasa curiga
Adakala semacam tak percaya
Adakah kau setia kepadaku


*Oleh kerana hatiku setia
Sebab itulah teguh cintaku
Oleh kerana hati sudah terpikat
Sebab itu aku sayang

Dari hari ke hari aku terus merindui
Dan aku dapat rasakan betapa hatiku sukar
Nak melepaskanmu

Biar terpaksa susah payah
Namun kurelakan
Asalkan kita terus dapat Oh bersama selamanya

(ulang *)

Sejak aku jatuh cinta padamu
Perasaan aku sering terganggu
Adakala aku rasa curiga
Adakala semacam tak percaya
Adakah kau setia kepadaku


Thursday, October 7, 2010

faiz farish kata nak ikut p labuan..


Last week p Labuan. p fieldtrip sebenarnya.report pun belum2 buat lagi ni. bagi orang yang first time p Labuan cam dayun ni, agak teruja la jugak. takdenya dayun nak p jalan2, makan angin around sabah ni kalo bukan p atas sebab program. bukan malas nak kuar bajet sendiri, planning ngan kengkawan tapi belum ada masa yang terluang. Tu la faiz farish ko tak nak pulak ajak aku jalan 2 tunjuk tanah tumpah darah kau yang terchenta ni...


1. First day : 29 September 2010 : Rabu

Punya la tunggu bas jam 5.30 am lagi, sekali dekat2 jam tujuh baru datang. breakfest dalam bus. Lokasi fieldtrip pertama kami ialah Beaufort iaitu kat Kilang kelapa sawit and then petangnya kat kilang proses getah.




Then,kitaorng bertolak ke Jeti Menumbuk,  naik feri besar aku p Labuan ni...





2. Day 2 : 30 September 2010 : Khamis

Da nama p fieldtrip kan our next kilang yang kitaorang serbu ialah Petronas Methanol Labuan. Punyala besar kan tempat tu. Ada 2 plant. tapi  sepanjang lawatan tu tak terdetik sikit pun kat hati aku nak kerja ke praktikal ke kat petronas. takde menda yang besh dan menarik minat aku pun.


Then petangnya kitaorang pakat ramai2 ke Antara Steel Labuan. Kilang ni buat intermediate product of steel. aku suka ngan pegawai yang bagi penerangan tu...lawak. sesuai jadi lecturer kt uMs ni. huhu




Malamnya kami ber BBQ...bersemangat ak tolong bakar2 ayam ngan budak2 ni. banyak betul aku makan. makan asap pun banyak. rasa makin rapat ngan kosmate aku masa BBQ ni..ehemm.




Day 3 : 1 Oktober 2010 : Jumaat

Last day bha di Labuan. last kilang yang kitaorg p ialah Labuan Supply Base (Shell). kat sini pun tak menarik sangat,tapi kawalan dia sangat ketat.siap ada polis jaga. pihak syarikat sediakan minum pagi makan mee ngan ayam goreng. boleh2 pulak budak2 ni dok punggah ayam goreng sampai 2, 3 ketul sorang, katanya ayam tu sedap. apa2je la...aku tak makan pun. apa yang menarik bagi aku kat sini ialah tongkang2 yang wat angkut produk2 diorang ni..yang len membosankan. memang takleh jadi chemist ak ni

Petangnya pas check out dari Beta Apartment (UK) yang memang best punya tempat. kitaorang jalan2 di Labuan, p uMs-KAL, Pantai pancur hitamand then p beli2 coklat la..benda wajib di Labuan. Tapi tak banyak pun aku beli sebab kebanyakan coklat tu takde tanda halal. i konfius la..hehe.


Jam 7 kami naik  feri tuk pulang ke Kota Kinabalu, balik kolej la senang  cerita. dan muka faiz farish  tetap tak nampak2. katanya nak ikut p Labuan. oh! ko da balik kL kan menuntut kat akademi airasia tu sebab tu ko tak ikut kan? kan?.


Erm..fieldtrip ni memang best.lecturers yang ikut pun semua sporting.hehe bye2 Labuan. bye2 feri menumbok. Now,uMs busy ngan Pesta Konvo Tamu Gadang ke-12. jomla pakat datang ramai2.

the end for today :) 

MENUMBOK!

DAYUN SANGAT PENAT
REPORT BELUM BUAT
ESAIMEN TAK DE PROGRESS PUN
FYP LUM SIAP DIEDIT
OTAKKU PENAT! PENAT!
HARUSKAH KU TUMBUK KEPALAKU INI???
TERTEKAN...
FULLSTOP.


Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...