Sunday, January 31, 2010

taste-ku orang tua?


taste-ku orang tua? 
btul kew?
eish... 
kalo btul la, cuba bayangkan....
MyEm0.Com
"satu hari nampak dayun kuar ngn si fulan ni..si fulan ni bleh kata taraf bapak ak da. 
korang rasa apa yg orang  akan kata r? bukan orang la.. korang sendiri la.huhu..."
persoalan2 yg ak bleh bayangkn yg mungkin la:
MyEm0.Com



  1. " eish..xkan pakwe si dayun tu! "
  2. " teruk jugak taste dayun ni..biar betul? "
  3. " sapa tu..sugar daddy dia kew? "
  4. " bapak dia kot...think positive k "

huhu... mungkin ya, mungkin jugak x. tp ramai gak kawan dayun bilang dayun suka orang tua. actually, statement ni wujud bila dayun selalu gtaw diorang dayun suka tengok mamat di bawah ni.. kalo nampak kt tv kew, majalah kew mesti ekspresi dayun mula berubah r..
senyum sorang2. macam org yg excited bila jumpa selebriti kesukaan diorang, lbh kurang g2 la dayun...ngeh3
pujaan hati yg pertama..haha
> rAmLi MS <

pujaan hati yg kedua..huhu
> tAm sPidEr <

pujaan hati yg ketiga...hehe
> ahJUshi dlm saSsy giRl chOon hyAng <

wateva la.. dayun suka tengok diorang je. x mungkin la jodohku pun ngan orang tua.. haha [ kalo dapat org tua nasib ko la dayun...ngeh3 ]. tabis tu macam mana yg dayun suka sebenarnya? huhu... lu pikir la sendri!!!

" dalam berjuta bintang berkelipan kau bagaikan kejora... " 

Saturday, January 30, 2010

ak nak wish gak!


" budak kt bawah ni senyum melebar coz today is her besday "


nadia..ave...nadia
selamat hari lahir
hepi besday too you
Allah selamatkan kamu...blablabla
sweet-21 years old
kita semakin tua...ngeh3

p/s: malam ni pesta angpau. kpd sape2 yg p selamat menghiburkan diri <3

a week to remember...


Tarikh : 28 Januari 2010
Masa  : 9.00 pg - 5.00 ptg
Tempat : Dewan Canselor (DC), Universiti Malaysia Sabah.
Agenda : Proses pengundian bagi PRK 2009/10


Oleh sebab dayun ni layak mengundi, seperti yg tertera kt softboard kimia industri tu.. so dayun pn berangkat la ngn kak nuyu ke DC tuk  mengundi. masa tu da jam 4 lebih, kteorg baru abis tutorial, so kalut gak r berjalan p DC takut xsempat. dayun punya kad mtrx hilang tapi nseb baek dapat mengundi gak. tp dayun da jumpa balik kad mtrx dayun tu...pandai plak dia menyorok kt dlm beg laptop. sebab PRK kali ni guna sistem e-voting, lbh kurang dalam jam 6.00 ptg kteorg da dapat keputusan, calon mana yg menang. Alhamdulillah, dayun punya calon menang pilihanraya ni... Takziah tuk korang berdua syatirah n atul..ngeh3

MyEm0.Com

jgn marah yea kawan..huhu

Seminggu bergerak kerja as jentera PRK ni agak meletihkan la. mana x letih, gerak kerja siapkan poster wat pas jam sepuluh malam abis pn paling2 awal jam satu pg, b4 tu p ikut rapat umum lu kt kolej kediaman. Tp apa yg dayun suka, dayun rasa ukhwah antara kteorng : jentera2 ni lbh kuat la.. mcm ada nikmat kemanisan dlm bergerak kerja.
[ especially ngn muslimat ] huhu... 

...imbau kenangan PRK 2009/10...
sepanjang rapat umum



gerak kerja






tempat mengundi

~end~
<a

Friday, January 29, 2010

update, renovate in progress!



sunday, monday, tuesday, wednesday n thursday, friday and saturday... 
all the days in a week .lalalalalalala...seven days in a week [ nyanyi lu..ngeh3]


buat beberapa ketika ni dayun ngah update
renovate blog ni..
dayunni kadang2 jenis yg cepat borink ngn satu2 benda tu
kalo korang prasan... [ bg yg perasan je la ]
layout, template blog ni selalu berubah kn?
xpun asyik tukar susunannya!
xbleh r tgk menda sama lama2 jad borink
hahaha.. 
[ nseb baek ak lum borink ngan bf ak ..huhu ]
jgn marah yea mR. nUruddin...ngeh3
kla, juz seciput info buat ketika ini
bye2..
so long farewell blablabla....

Tuesday, January 26, 2010

BUSRAH : ibu yang cekal dan tabah!












BUSRAH binti Shafwan bin Naufal bin Asad al-Quraisyyah al-Asadiyah adalah anak saudara Waraqah bin Naufal. Ibunya bernama Salimah binti Umayah bin Harisah al-Sulamiyah. Busrah merupakan seorang wanita yang terkenal di Mekah. Dia seorang yang pandai tentang hal ehwal wanita. Dia pernah bekerja sebagai seorang juru hias di Mekah. Busrah adalah antara wanita yang awal memeluk agama Islam. Dia adalah seorang pelapor hadis. Dia telah melaporkan sebanyak 11 buah hadis daripada Nabi Muhammad. [ Antara hadisnya yang terkenal ialah air sembahyang akan terbatal apabila menyentuh kemaluan. ]




Busrah seorang yang suka mencari ilmu pengetahuan. Dia sering ke rumah Nabi Muhammad untuk belajar ilmu agama Islam. Para sahabat juga ada melaporkan hadis daripada Busrah. Antaranya Ummu Kulsum binti Uqbah dan Abdullah bin Amru bin al-Ash. Busrah berkahwin dengan seorang lelaki bernama al-Mughirah bin Abi al-Ash. Hasil perkahwinan itu lahir dua orang anak yang bernama Muawaiyah dan Aisyah. Dia juga mempunyai saudara tiri bernama Uqbah bin Abi Muith. Uqbah adalah musuh Islam yang kuat. 


"Kita mesti hancurkan orang Islam," kata Uqbah dengan bongkaknya.
"Benar. Orang Islam telah menyusahkan kita. Mereka telah menghalang kita daripada melakukan sembahan berhala. Pelawat-pelawat yang datang ke Mekah juga sudah mula tidak percaya kepada berhala-berhala yang terdapat di sekeliling Kaabah. Kita sudah hilang punca pendapatan," kata seorang pembesar kaum Musyrikin.


Menurut sejarah Islam, Uqbah bin Muith adalah salah seorang pembesar kaum Musyrikin yang kuat pengaruhnya. Dia merupakan pembesar yang kejam dan suka menindas orang Islam terutamanya Nabi Muhammad. 

Begitu juga anaknya yang bernama Muawiyah bin al-Mughirah, suka menyeksa orang Islam. Busrah begitu kecewa dengan sikap anaknya yang kejam dan suka menzalimi orang Islam.





Perang Badar dan Perang Uhud telah menyaksikan betapa kuatnya iman Busrah. Semasa perang Badar, datang seorang lelaki memberitahunya satu peristiwa.


"Busrah, saya ingin sampaikan berita kematian Uqbah bin Abi Muith. Dia telah ditangkap oleh tentera Islam. Uqbah telah dibunuh," kata lelaki itu.
"Benarkah?" tanya Busrah.
"Ya," jawab lelaki itu.
Kelihatan Busrah tidak langsung menitiskan air matanya.
Lalu Busrah berkata, "Terima kasih ya Allah kerana Uqbah sudah tidak ada di dunia ini lagi. Dia adalah orang yang menghina Nabi Muhammad. Dia juga kejam dan sanggup membuang najis binatang ke atas belakang badan Nabi Muhammad ketika sedang sujud dalam solat di masjid."



Menurut laporan, peristiwa itu menyebabkan Nabi Muhammad tidak dapat bangun daripada sujud sehingga anaknya iaitu Fatimah datang membuang najis binatang itu. Atas tindakan Uqbah, Fatimah dan Nabi Muhammad telah mendoakan ke atas perbuatan yang dilakukan oleh Uqbah. Perang Uhud telah menyaksikan betapa teguh pendirian dan iman Busrah terhadap agama Islam. Anaknya iaitu Muawiyah telah menjadi musuh Islam dalam Perang Uhud. Walaupun tentera Islam tewas dalam perang Uhud, terdapat juga tawanan tentera musuh. Antaranya Muawiyah bin Abi Muith. Muawiyah dan beberapa orang musuh Islam telah ditawan dan dipenjarakan. Kemudian kesemua tawanan itu dibunuh. Berita kematian Muawiyah sampai ke pengetahuan ibunya.


"Makcik tidak sedihkah dengan berita kematian anak makcik? Muawiyah sanggup mempertahankan nyawanya demi agama nenek moyangnya," kata seorang pemuda.
"Adalah lebih baik Muawiyah mati daripada dia terus-menerus menzalimi orang Islam. Semoga Allah menyelamatkan orang Islam," kata Busrah selepas mendengar berita kematian anaknya.


Pemuda itu kagum dengan iman yang terdapat pada diri Busrah. Sumbangan yang diberikan oleh Busrah kepada agama Islam sangat berharga. Busrah suka mencari ilmu agama Islam daripada Nabi Muhammad. Dia sering ke rumah Nabi Muhammad dan menghadiri majlis-majlis ilmu yang disampaikan oleh Nabi Muhammad. 


Antara para sahabat yang melaporkan hadis daripada Busrah ialah Ummu Kulsum binti Uqbah dan Abdullah bin Amru. Manakala para tabiin ialah seperti Urwan bin az-Zubair, Saad bin Musayyab, Marwan bin al-Hakan dan ramai lagi. Busrah sempat hidup pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufyan.


Sunday, January 24, 2010

coretan PRK 23.01.2010



Ura-ura mengatakan MPP dan kepimpinan mahasiswa kampus akan dibubarkan pada penghujung tahun lepas akhirnya terjawab dgn bermulanya penamaan calon pada 22 Januari 2010. Lapan calon umum akan bertanding untuk merebut tujuh kerusi bagi MPP Sesi 2009/10 dan sebuah kolej sahaja yg akan melalui pilihanraya untuk memilih Jawatankuasa Mahasiswa Kolej [ JAKMAS ] iaitu Kolej Kediaman E. Bahang PIilihan Raya  Kampus (PRK) mula terasa bermula dengan sesi pengenalan calon MPP Sesi 2009/10 semalam. 
MyEm0.Com 
Sesi pertama yg diadakan di Kolej Kediaman Indah Permai (KKIP) mendapat sambutan yg agak baik dari mahasiswa2  Kolej IP. [ agak skema ayatku ni.. xspt entri2 sbm ni, huhu ]

Sesi Pengenalan Calon [ Rapat Umum ]
Bermula semalam la di Kolej IP dan sampai rabu ni, rapat umum dijalankan. Actually, masa sesi rapat umum ni la calon2 ni diberi peluang utk bentang manifesto masing2, menyuarakan ideologi dan pandangan, dan perancangan yg akan diorang buat kalo da menang pertandingan ni nnt. So, semalam mcm2 la perancangan, janji2 yg kluar dari mulut calon2 ni. Lapan calon umum, ada 5 lelaki dan 3 calon pompuan semua dilihat hebat2 belaka. Tapi dayun xdapat catch up sgt apa yg diorang bentangkan smalam coz keadaan agak bising ngn suara2 penyokong calon2 ni. Yang dayun perasan, calon no.05 [ satu2nya calon dr KKIP ] dan calon no.04 [ dgr khabar bakal calon presiden..ntahla ] cam dapat lebih perhatian la dr mahasiswa2 Kolej IP ni.  
[ dayun terlupa nk amik pic diorang smalam...len entri la ya, huhu ]

                           
Tak banyak yg dapat dayun ulas pasal rapat umum smalam.. Maybe suasana dan tempat pelaksanaan rapat umum tu x berapa sesuai, jd dayun xdapat bg tumpuan sangat masa calon2 ni bentang manifesto diorang. Insyaalah, nnt kita sambung dlm entri seterusnya bg rapat umum di kolej kediaman lain... Senario pilihanraya kampus dilihat penuh dgn percaturan dan kalo diperhatikan macam ada pertembungan dua kelompok mahasiswa yg berlainan perspepsi seakan2 pro-Aspirasi dan  pro-Mahasiswa [ suka bg kenyataan sndri..ngeh3 ]. Tapi, bila dayun tengok gelagat2 mahasiswa yg bertungkus lumus tampal poster, ikut calon2 p kempen dan promote diorang punya calon, terasa cam wujud satu ikatan yg kuat antara diorang ni..huhu. 


..sambung  lg nnt..
p/s: ak tolong promote..nnt undi ek! ngeh3


Saturday, January 23, 2010

PRK uMs...




jom p tgk, dengar manifesto bakal2 MPP kita..
nntkan ulasan frOm daYun k.. berangan nk jd reporter sbnarnya ]


Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...