Monday, April 4, 2011

Aku suka part terakhir ABPBH 2010....n cayalah zizan ♥♥♥



 "Siapa setuju saya Usop buat pengumuman bintang paling popular 
sila angkat tangan macam saya"


Aku tak nak cerita sangat pasal siapa yang menang sebab korang sendiri lagi tahu kan tapi aku nak story mory pasal part terakhir ABPBH edisi ke-24 nih. Sumpah, serius ini bukan BLOG SERIUS, aku suka part last ni.. dari part Kak Nita ngan abg superman kita Faizal Tahir tu kuar, n yang paling happening masa nak umum siapa Bintang Paling Popular ABPBH 2010 tu. Si Usop wilchaa ngan johan..  waaaa..i like x10 kuasa infiniti. hahaha...excited ngat nampak. ngeee =)


Pecah panggung B49-06 gelak tengok part last ni. mesti Mamat Khalid bangga gila..kan abang mamat khalid kan? kan? Pastu sporting sangat-sangat semua yang ada kat dewan tu kan bila si usop mintak angkat tangan macam dia, semua lambai sampai semua budak-budak umah aku pun ikut melambai sama [termasuk aku sekali...ngeh3]. 


Pastu yang part Shaheizy Sam berlari tu kan..aku ingat kan dia nak p mana rupanya nak p amik mak dia, nak peluk ketat2. Aku bila tengok dia peluk mak dia, cium mak dia terus aku rasa sebak...sebak aku teringat umah. hahaha..takdelah sebab aku terfikir jap, susah bha sekarang nak tengok anak-anak yang sayang , hormat mak dia lagu tu. Bukan sekali, dua dia peluk cium mak dia, berkali-kali tu. congrats sam, u paling popular malam ni!


with a great big hug n a kiss from me to u



wondergirls..wonderdatuksiti. hehe..cumil diaorang menari. Pastu korang perasan tak masa Datuk Siti nyanyi perform lagu kedua tu ada penari keluar bawa gendang semua la. kalo korang perasan gendang tu tong sampah rupanya, simba nya pulak tudung tong sampah =) Tapi kejap je datuk siti nyanyi.. aku rasa persembahan penutup yang lepass punya lagi lama.


Tapi ni part paling penting..my ♥zizan menang artis komedi lelaki popular. Ingat tak entri sebelum SINI ni aku cakap biasanya yang jadi pengacara ni susah nak menang, tapi si dia telah membuktikan teori aku salah. apa lagi pompuan ini terus bangun dari beanseatnya dan melompat lebih tinggi. tahniah zizan.


if u happy n u know u clap ur hands





Sebagai selingan... adik aku perasan muka dia cam Syahir.Terus mesej aku habaq dia menang artis baru paling popular. Koya tak abis, srupo tang mano tau... nih aku tempek gambo adik aku  tuh.. ada iras ke??? 







Angah..mg toksoh koya lebih la deh..sedetik lebih takpo. huhu =)


bebellagi: nak baiki printer aku ni jap, buat hal la pulak...hujung minggu ni kerja aku baik printer orang je. tukar profesyen la lepas ni takyah jd chemist jd technician! ngeee

4 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

muka adik kau malaysian sgt... shahir mcm mix sikit... hehehehe

499 said...

waaa....excitednye dayun tgk ABP!!!!huhuh

da[Y]un said...

@::FAIZ FARISH:: aa kan..shahir cam mix.fm..hahaha

da[Y]un said...

@499
huhu..terlebih excited.. ntahla, mungkin sbb suka pengacaranya kot.hehehe