Tuesday, April 20, 2010

Beribadatlah seolah-olah kamu akan mati esok hari...:p



Dalam sebuah riwayat yang menceritakan tentang 3 orang sahabat Nabi S.A.W, yang berjumpa dengan Ummu al Mukminin Aisyah R.A dan bertanya padanya tentang amalan-amalan Nabi S.A.W. Setelah diceritakan kepada mereka tentang amalan baginda S.A.W maka mereka seolah-olah menganggap bahawa amalan-amalan tersebut sedikit. 3 orang sahabat tersebut lantas berazam untuk melampau dalam melakukan ibadah seraya berkata salah seorang daripada mereka,

"Aku akan bangun beribadah pada malam hari dan tidak akan tidur!"
seorang lagi berkata,
"Aku akan berpuasa sepanjang masa dan tidak berbuka"
dan yang ketiga berkata,
"Aku tidak akan mengahwini mana-mana perempuan!"

Maka apabila perkara ini sampai kepada pengetahuan Nabi S.A.W maka baginda yang sentiasa mendidik umatnya berjumpa dengan 3 sahabat tersebut dan bertanya 

"Apakah kamu semua yang mengatakan perkara tersebut?"
maka jawab mereka  "Ya wahai Rasulallah"

maka Nabi Muhammad S.A.W menerangkan kepada mereka dalam sebuah makna hadith 

"Sesungguhnya akulah orang yang paling takutkan Allah S.W.T diantara kamu, sesungguhnya aku berpuasa dan berbuka, aku bangun beribadah dan aku juga tidur serta aku mengahwini perempuan!."


2 comments:

Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...