Sunday, July 11, 2010

Buatmu Hawa : Hak-hak umum wanita islam...


Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah & Maha Penyayang... 
Alhamdulillah masih diberi kemudahan & kesempatan dari-Nya untukmenulis lagi...

Wanita pada zahirya memiliki hak-hak umum sebenarnya dalam islam. Sebenarnya kan, terutama kawan-kawan yang sejantina dengan saya, kalau kita ketahui dan akui hak-hak kita ni insyaallah apabila kita menuntut hak kita nanti kita akan mendapatnya secara sempurna. Jika kita tengok secara kasar la, hak-hak umum wanita ni boleh dibahagikan kepada beberapa part :


Hak wasiat :

Wanita juga berhak untuk mewasiatkan hartanya pada waktu hidupnya dan melaksanakannya setelah kematiannya, tiada yang boleh menghalanginya kerana wasiat merupakan hak peribadi. Sebagaimana lelaki memiliki hak dalam berwasiat, begitu gak ngan wanita mereka juga punya hak yang sama. Namun demikian hak wanita tidak boleh melebihi satu pertiga. [ klik sini ]

“...Dan untuk dua orang ibu-bapa, bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu-bapanya (saja), maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat seperenam ...” [ An-Nisa:11 ]

Hak makan & minum :

Wanita dibolehkan menikmati makanan dan minuman yang enak dan lazat. Tidak ada perbezaan antara makanan wanita dan lelaki. Makan & minum yang dihalalkan bagi lelaki dihalalkan juga oleh wanita, dan apa yang diharamkan oleh lelaki maka wanita juga sama. 

" Makan dan minumlah, dan jangan berlebih-lebihan..." [Al-A'raf :31]

Hak berkahwin :

Hak memilih calon suami dan hak khulu' (meminta cerai dari suami) jika dia benar-benar memerlukannya.

Hak pemilikan :

Wanita baik sebagai isteri, ibu dan anak atau saudara berhak atas pemilikan terhadap barang yang dia suka seperti rumah, perkakas, rumah tangga, kebun, emas, perak dan seumpamanya.

Hak berhias untuk suaminya :

Antara contohnya ialah dengan memakai celak di mata, memberikan warna merah pada pipi, memakai lipstick di bibir jika dia mahu dan memakai perhiasan yang paling indah, kecuali memakai pakaian yang biasa dipakai oleh bukan perempuan islam atau wanita yang buruk perangainya,maka tidak dibolehkan memakai pakaian tersebut  untuk mengelakkan kecurigaan.

Hak menuntut ilmu :

Sepertimana yang wajib, mengenai Allah, mengetahui cara beribadah kepada-Nya, mngetahui apa-apa yang menjadi haknya keatas orang lain, mengatahui etika yang harus dia lakukan dan mengetahui akhlak baik yang harus menjadi perhiasan dirinya. Semua ini menjadi kewajipan wanita untuk mengetahuinya. Perintah Allah dalam firmannya bermaksud :

" Maka ketahuilah bahawa tidak ada Ilah yang haq melainkan Allah..." [Muhammad :19 ]

Hak berpakaian :

Wanita berhak memakai pakaian apapun yang dia suka seperti sutera dan emas yang diharamkan kepada lelaki. Namun dia dilarang melepaskan pakaian dan hanya memakai setengah atau seperempat pakaian. Atau tidak menutup kepalanya, membuka leher, dan dadanya, kecuali dihadapan orang yang dibolehkan melakukan hal tersebut. Dengan kata mudah, dia hendaklah berpakaian menutup aurat.

" Wahai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin, 'Handaklah mereka menutupkan jilbabnya, keseluruh tubuh mereka .." [ Al-Ahzab:59 ]

Hak mencintai dan membenci :

Dia mencintai wanita-wanita solehah, mengunjungi mereka dengan izin suaminya jika telah bersuami, memberi hadiah untuk mereka,saling berkirim surat, bertanya khabar tentang keadaan mereka dan saling menenangkan ketika menghadapi musibah. Dia juga berhak menbenci wanita-wanita yang tidak baik dan menjauhi mereka kerana Allah.


Berpesan-pesan kepada kebaikan. WALLAHUA'LAM...

No comments:

Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...