> Every Child is Born with Rights <
Perhatikan gambar di atas...senyuman yang mereka pamerkan amat berharga sebenarnya buat kita. Bagi saya kanak-kanak lah yang mewarnai hari-hari yang suram, membuatkan kita tersenyum sendirian di kala teringat telatah mereka yang melucukan, dan kadang kala menjadi sumber kekuatan untuk meneruskan hidup. Tapi , sejauh mana kita mampu pertahankan senyuman mereka ini...
Andai suatu hari mereka dipukul, dirotan, didera secara mental dan fizikal... andai suatu hari nanti mereka ditendang disepak tanpa rasa belas kasihan...andai mereka dibiarkan begitu tanpa pembelaan, pasti tidak akan ada lagi senyuman yang bisa mereka pamerkan, tiada lagi gelak tawa yang mewarnai kehidupan. Dan seandainya 'mereka' itu adalah darah daging kita, mungkin kita juga tidak mampu tersenyum seperti biasa.
Tak payah kita nak tunggu orang yang terdekat dengan kita menjadi mangsa baru kita nak bertindak. Seharusnya kita mulakannnya sekarang. Sebenarnya sangat mudah. Take our action today, everything depends on us!
Jom sama-sama kita sertai Kempen Get on Board by UNICEF dan mendaftar sekarang di > register < Kempen selama 2 bulan ini bertujuan menyediakan ruang untuk mendapat pengetahuan yang lebih mendalam dan menghentikan penderaan terhadap kanak-kanak di negara kita. Kempen ini juga bertujuan memantapkan kefahaman orang ramai mengenai penderaan dan pengabaian kanak-kanak dengan menyediakan pelbagai bentuk maklumat tentang penderaan kanak-kanak.
Saya sudah..anda bila pula? Take your time..and support this campaign
Contest end 10 Dec 2010
My T-shirt choice : Women (Baby-T) - Size L
More information about contest seacrh this link MOMBLOGGERSPLANET.COM
" Because every child in the world has one thing in common Their Rights "
1 comment:
takdenya aku nak puji senyuman ko hari ni.. rasa cute la tu..huhu :p
Post a Comment