Friday, December 23, 2011

Entri Minta Puji...

Bismillahhirrahmanirrahim...


Huh! Huh! Huh!
Tak boleh fikir la. Tak tahu nak mula dari mana. Padahal banyak je nak cite. Inilah padahnya kalo da berbulan tak update blog. 2,3 bulan ni aku just blogwalking je skodeng2 blog orang. Layan cite sweet sour diaorang, Blog aku plak jenguk2 skali skala je.


Ni tengah semai, baja, biar bertumbuh azam baru supaya empunya blog ni cik dayah dayun rajim sikit hupdate blog. Entri ni kira penyuntik semangat untuk aktif ber-blogging balik la ni. Tapi kan, apa yang mengherankan aku la, en. nuffnang bagi buffered earning - metered earning kt blog yang cikai ni walaupun beberapa bulan tak hupdate. Bukan satu tapi tiga. Time aku gila2 update, post entri tu ini sebab banyak sangat stori nk mori kan, takdela baik hati dia nak bagi special earning kat blog aku ni.


Btw, wateva la.. hope pasni istiqamah sikit aku update blog ni. Supaya la tak jadi cam umah terbengkalai, terbiar kekgi kan berhantu la pulak. Doa-doakanlah jugak yea hehehe. The end....


bebellagi: MINTA PUJI dalam bahasa sabah bermaksud MENGADA-NGADA

Tuesday, September 6, 2011

Salam Untuk Kekasih : Nadia





Di sebalik kalbu
Yang semakin layu
Terbenam rasa rindu
Terkunci suara hati
Tiada siapa tahu

Dimanakah kasih
Tak seperti dulu
Kata kau sayangkan ku
Benarkah itu

Walau kehadiranku hanyalah sementara
Bukan salahmu sayang kira kau jatuh cinta
Akan ku pergi jauh takkan kembali
Salam maaf permisi
Ku undur diri

Kini ku bersara
Dengan langkah baru
Menyisi luka ini
Kekasih... sekeras aku
Terhiris kerna kamu

Ku tinggalkan cinta
Kisah yang berlalu
Kisah kenangan kita
Hanya kau tahu

Walau kehadiranmu bagaikan menghiasi
Bukan caraku sayang harap engkau mengerti
Pemergianku ini tak ku relai
Salam maaf permisi
Ku undur diri




Sunday, August 28, 2011

Mood excited nak dapat duit raya hilang bila tengok hutang


Bismillahirrahmanirrahim,


Khusyuk dan tawadduk nampaknya korang ni blogwalking, sahur apa cite. Kurma 3 biji air susu segelas pun da alas perut tu. Memandangkan aku krew singgah sahur dan belanja makan semalam, pagi ni aku rembat roti gardenia je dengan coffeemix.



Tapi yang choiii-nya mood aku yang tengah baik sebab dapat duit raya semalam dah jauh terbang ke uMs pagi ni. Kawan-kawan dok sibuk announce kat fB tarikh konvo dah kuar, maka aku pun merajinkan jari tangan aku ni men-search website uMs. Plot cerita ni awal-awal bikin hati bunga-bunga...


Masa ni dah dok imagine macam mana aku nak baling topi konvo


Tengok tarikh da start bajet nak tempah flight ngan Tony Fernandez



Sekali... bila login

terpampang depan mata
Ekspresi muka terkezuttt...mula ternganga 1 inci, kening kerut2


Monolog dalaman bermula kat sini. 70 hengget?  Aku hutang apa? Yuran Letrik, da selesai semua dah. Yuran tinggal kolej masa cuti sem, awal-awal sem aku da panjat tangga canselori ala-ala tangga batu cave tu semata-mata nak selesaikan hutang piutang dalam islam ni. Jawabnya, duit raya+ elaun kerja nanti bukan takat bajet tuk yuran konvo/ tiket flight/ bajet sopping aje la ni.



Dalam kepala otak sekarang, dok fikir mana aku letak semua resit2 yuran aku. Mata aku da dah melilau pandang kotak khazanah yang aku simpan artifak2/ manuskrip lama peninggalan dayahdayun masa mengembara kat negeri bawah bayu tu. Nampaknya kena calling2 sana la jugak ni nanti baru tahu hutang apa belum selesai... macam-macam la.



Nak tak nak, pandai-pandai la kau bajet duit raya [perasan dapat duit raya banyak] ngan elaun kerja kau tu nanti dayun. Bajet lebih-lebih sikit mana tau time nak ambil jubah nanti ada lagi hutang baru keluar... wallahua'lam.



bebellagi: komfem ke kau dapat konvo tahun ni dayun??? huhu...

Krew singgah sahur


Alhamdulillah,
Krew singgah sahur dah pun selesai bersahur. Walaupun bukan makanan berat sangat tapi rezeki orang bagi kita harus terima ngan tangan terbuka kan. Tapi aku memang kenyang la, dah la 2 cups air aku bedal, sebelum tu dah minum koktail dah. Bayangkan lepas tu kena habiskan makanan lagi. Apapun, terima kasih kepada Encik Kasmuri yang sudi sponsor makanan malam ni...sambil gosok2 perut.



perut da kenyang, tapi orang da belikan makan je la..alhamdulillah


Nampak biasa je mushroom soup ni, tp rasa dia superb tak banyak b..hehe


Terima kasih jugak kepada  sponsor seterusnya ni, Puan Noralili sebab malam ni dengan seikhlas hatinya dia bagi aku duit raya. Jangan jeles i dapat duit raya before raya. Mana tau raya tak jadi taun ni untungnya aku jugak dapat duit raya awal...haha (terpengaruh ngan filem yang nak kuar nanti...hehe)




Sesungguhnya, aku ingin mendedikasikan ucapan terima kasih yang tak terhingga atas kesudian myABAH selaku penaja singgah sahur kali ni, belanja fried chicken/ kentang goreng/ mushroom soup malam ni, kira sahur la tu kan biarpun cam moreh je. myMAMA, nampaknya sebulan aku dok bertekak/ berdrama bagai dengan adik aku tu bukan sia-sia, as a nanny, i got my allowance RM_____.00. Suka sangat-sangat



Krew singgah sahur berehat seketika.. kembali lagi bila nak sahur. wassalam :)

Thursday, August 25, 2011

Filem raya wajib tonton


Filem raya wajib tonton..wajib bagi aku la. Tengok trailer cam best. Aku kalau filem tu ada je pelakon komedi especially geng2 raja lawak ni, komfem tak lepas peluang menonton filem ke, drama diaorang. Tapi memandangkan raya taun ni di Kelantan dan memang akan bermastautin di sini sementara ni, nampaknya takleh la serbu panggung.








Filem RAYA TAK JADI ni kan, kalau geng bujang sepah si lalitamplom ikut berlakon mesti lagi best. Rasanya sepah lum ada berlakon filem lagi kan? Ke ada? Layan drama diaorang kat AstrOPrima tu pun best. Superbbbbb r sepah.





Oleh kerana aku tak dapat tonton kat panggung, maka dengan ini aku memohon kepada taiko2 link drama/ filem sila segerakan upload link tuk 2 filem ni yea nanti. Korang kena la kesian kat aku, korang je tempat aku bergantung harap. Buat ayat kesian...




bebellagi: mood nak tengok drama/telemovie raya lagi tinggi dari nak p beraya. Apapun habiskan puasa dulu dayun... heee

Monday, August 22, 2011

Tanya sama hati


"Rasakan Allah dalam hatimu, yakinlah Allah bersamamu, kau pasti tersenyum dan tenang berjalan mengharungi pohon-pohon berduri yang menjalar-jalar di kakimu..."




.:Bila hati tak tenang, jiwa tiada tenteram:.


Ustazah kata ambillah wudhuk dan bersolat, insyaalah hati akan menjadi tenang.
Kawan-kawan cakap hiburkanlah diri dengan sesuatu yang mencuit hati, funny 
Saran ma abah, asingkan diri seketika dan muhasabahlah diri sendiri





Kata aku... SENYUM tak perlu kata apa-apa. mana boleh macam ni. huh! stop
Wordless before wednesday

Saturday, August 20, 2011

Kerja oh kerja


Salam readers...

Erm..lagi dua jam nak sahur. Al-maklumlah duk kat Kelantan kat umah, waktu subuh tak macam kat sabah. Kalau kat sana dah boleh get ready nak sahur lagi sejam. Sekarang pun boleh kalau nak. hehe. Tinggal lagi beberapa hari lagu tuk kita berpuasa. Alhamdulillah setakat ni puasa saya masih penuh...hoorayyy!


Sebut pasal kerja, ingatkan lepas raya ni nak try apply kerja kat mana-mana dulu sementara tunggu konvo nanti. Walaupun jadi suri rumah berjaya semenjak habis praktikal ni, tapi bosan la asyik buat menda sama. kan aku jadi nanny sepenuh masa adik kecil aku tu kan, takde kerja pulak makcik aku merangkap nanny sah sehingga budak tu cukup umur untuk melangkah ke sekolah. Lagipun kalau kerja ada gak income kan, boleh buat duit belanja. Boleh jumpa ramai orang, takdelah aku terperap kat dalam rumah  je.


Abah baru je balik kerja, biasalah dekat-dekat raya ni banyak la operasi, ronda-ronda situ-sini. Katanya ada kerja kosong kalau aku nak kerja, tapi dah kena mula minggu ni jugak. Esok malam p jumpa Incik yang baik hati nak bagu aku kerja tu. Kerja apa? Mana leh tau nanti tak suprise..hehe. Aku tak kisah kerja apa pun, janji halal, aku enjoy, dan gaji berbaloi dengan kerja yag dibuat.Eish... teruknya kau dayun, lum dapat kerja da cakap pasal gaji. adoiiiyaa.


agenda lepas berbuka


Lastly, siapa-siapa yang belum rasa nak tidur or tak dapat tidur, eloklah kalau berwudhuk dan bersolat dua rakaat [solat sunat la, Qiam terus]. Later...assalamualaikum :)

Thursday, August 18, 2011

7 types of girls




Adoiiyya... bosannya gue. sejak abes praktikal ni dok menternak lemak je kat umah, tp tak bertambah2 pun. Update blog pun tak sangat, ni la padahnya kalau jarang-jarang update, lama2 malas terus. Kalo ada yang perasan, header, template blog ni asyik bertukar je kan. Bosan punya pasal, abes blog aku ni aku kerjakan..tp makin teruk je aku tengok... dushhh!!!


Btw, semalam usha2 fb, ada kawan post pasal 7 types of girls, cam cumil je aku share kat sini la. Taraaa...



There are

basically 7 TYPES OF GIRLS!

1. HARD DISK Girls:
Remember everything forever.

2. RAM Girls:
Forgets about you the moment
you go away from her.

3. SCREENSAVER Girls:
Just for looking.

4. INTERNET Girls:
Difficult to access.

5. SERVER Girls:
Always busy when needed.

6. MULTIMEDIA Girls:
Makes horrible things looks
beautiful.

7. VIRUS girls:
These type of girls are
normally called 'WIFE'
once enters in your system don't
leave even after format ;)


Rasanya anda gegurl2 kat luar sana tu, yang tengah baca entri ni.. type mana satu la korang. hehe... Selamat mengimarahkan Ramadhan.


Tuesday, July 19, 2011

3 tahun bersama...Indahnya hidup ditarbiyyah



"Jangan pernah rasa diri kita suci dari dosa walaupun selepas istighfar dan solat taubat. Tidak rugi jika merasa diri tetap berdosa kerana itu menambahkan lagi rasa kehambaan dan rasa kebergantungan kita mengharap keampunan dariNya.. Allahu ta'ala a'lam (Allah yg paling dan maha mengetahui)".




Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, setelah 2 bulan meninggalkan kampus, masih diberi nikmat iman dan islam, nikmat untuk terus hidup sehingga ke saat ini, nikmat sihat dan lapang dan nikmat peluang untuk menjalinkan silaturrahim sesama manusia. Dalam kelegaan dan rasa syukur atas nikmat2 yang Allah kurniakan, jauh di dalam hati merindui sahabat2 yang dulunya sama2 bergerakkerja, sahabat2 yang sering menegur anda diri mula lagha, merindui saat2 diri ditarbiyyah agar tak terleka.



Rindu...
Adalah anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu



Indahnya hidup ditarbiyyah...
Erm... kalaulah diberi peluang untuk kembali ke kampus saat ni, dayun takkan lepaskan peluang tu. Kadang-kadang bila hati terasa kosong, mati, di saat itu mulalah teringat akan pesanan2 terakhir sahabat2 di malam liqo’ widaq. Ada yang cakap,



“Hargailah peluang diri ditarbiyyah sepanjang berada di kampus ni, sebab mungkin di luar nanti, di kampung halaman peluang seperti ini sukar untuk  terus diperolehi kerana mungkin banyak kekangan yang bakal hadir untuk tidak membenarkan kita menjalani proses pentarbiyyahan seperti ketika berada di kampus”



Yes, memang dayun akui, di rumah dayun terikat dengan banyak menda yang menghalang diri dari ditarbiyyah secara berterusan. Tapi dayun masih bersyukur kerana masih ada adik2 yang sentiasa menegur bila kakaknya mula lagha. Ada ma dan abah yang sentiasa memerhati tingkahlaku agar tak terover. Tapi kemanisan ditarbiyyah, dididik, di brainwash tu tak sama dengan yang sahabat2 lakukan, cam ada sumting yang kureng... wallahua’lam


Monday, July 4, 2011

Macam ni baru best

Assalamualaikum..
huh! da sebulan lebih tak update blog. banyak menda nak dicerita sebenarnya. tapi maklumlah sejak putus dengan monster kuning, balik kampung dah susah nak online. kadang-kadang rindu jugak dengan monster kuning, tapi nak buat macam mana DIGI kat kelantan ni hampeh..GPRS jew..adoiiiyaaa..


Sekarang dayun ngah praktikal sebenarnya. belum lagi cite pasal praktikal..yang tu kita KIV dulu k. Ni nak cite pengalaman dok kampung yang best. especially bila kenduri kendara. minggu lepas dayun ada p majlis tahlil. yang bestnya makanan yang dihidang semuanya memang ala kampung la. dayun LIKE.hehe. part paling suka kalo kenduri ke majlis2 macam ni ialah cuci pinggan gelas, periuk tolak tepi k..takmoo..huhu.


Jom kita skodeng2-tilik menilik gambar kat  bawah ni.









senyum..tak perlu kata apa-apa..hehe



kla..lain kali dayun story lagi k..bye2 :)

Saturday, May 7, 2011

Chemist to be: bila kelas amali jadi kelas seni


belek-belek folder album
terjumpa 'diaorang' ni
mula la dok flashback kisah hidup kat sini
malas nak story,tapi yang pasti mula berat hati nak tinggalkan
negeri ini, tempat ini, especially kawan2 yang bila ntah nak jumpa lagi



macam pengakap pulak pakai tudung ce gitu



tingginya tocang!!!


dekat lab ada baby? siapa babysitter ni


lab assistant pun kena skali


perasan cikgu..tp memang layak pun


kena sumpah mungkin



paling cumil



miss fyda shawl lilit2





ribbit...ribbit


kelas amali tamat...objektif tidak tercapai. tiada kesimpulan




bebellagi: lakaran hasil dan ilham dan copy 'diaorang' yang namanya terpampang seperti dalam I/C, eh lukisan tu sendiri.

Monday, May 2, 2011

Segmen : Penulis Senja Cari Blog Blue and Pink


Dari blog Mashuhey - FynnJamal - PuteraDuyong
semalam dayun jumpa lagi satu blog yang pemiliknya pandai, 
suka tulis puisi-puisi  yang best. Kerabat A.Samad Said seterusnya ini ialah 




Blog pink? ada la jugak sikit..biru ada la sepuloh sen 2 kat blog si greenlover ni



Kenapa suka piNk?

Aku suka pink
Tapi ku bukan pink lover
Aku suka pink
Tapi bukan untuk diperaga sebagai 
aksesori mahupun pakaian semata
Aku suka pink
Kerna fitrah manusia sukakan warna
Aku suka pink
Kerna kelebihannya masuk je ngan pelbagai kaler
Suka pink tak semestinya kerana ku gegurl
Aku suka pink 
Kerna tampak indah, lembut  pada pandangan mata
dan pada si pengguna




Kenapa suka biRu?

Biru
Biru lembut, biru gelap semua aku sapu
Kalau dulu la baju kurung mostly warna biru
Sebab utama nak sesuaikan dengan warna kulit aku
yeala kulit hitam manis macam aku takkan nak pakai
kaler terang-terang sangat kan. Nanti kontra tertukar plak ngan  
minachi kat jalan masjid india tu. Sebab tu la aku suka kaler biru
Tapi tak banyak kan warna ni kat blog aku? huhu




Kutuk blog? 
tak layak aku nak kutuk blog PS
Tapi sebagai orang yang suka baca puisi, ibarat dalam hati ada taman
la kan..huhu. Memandangkan PS bukan publish puisi je dalam blog PS tu, 
aku nak cadangkan supaya PS kumpulkan semua puisi yang PS tulis tu bawah satu label,
 tak pun buat page khas cam pages album-profile-award  tu kan. Supaya senang la 
nanti kalo ada orang yang cam dayun  ni nak datang baca  koleksi puisi je kan, 
leh search dalam satu page je. Kalo nak selongkar kat ruang Sejarah Penulis Senja 
tu cam banyak sangat, dan dah bercampur ngan entries bukan puisi...huhu.




 Uinaa.. panjang jugak komen aku. Harap komen diterima
Sekian 

Saturday, April 30, 2011

Memang maju negara kita, sampai ada K-POP Malaysia.


K-POP Malaysia..huh, syok plak aku dok membaca bebelan cik epal pasal diaorang ni. Aku kalo nak ikutkan K-POP versi korea pun aku tak follow pun. Tak kenal pun. Sekadar tau nama-nama group je dari coursemate. Kalau suh layan cite korea tu aku leh terima lagi kot.



Memang maju negara kita, sampai ada K-POP MALAYSIA. Sikit lagi abis jahanam anak muda. Cukup-cukuplah  gejala hedonisme yang dah ada. Sibuk dok kejar popular. Identiti bangsa tergadai akhirnya.



K-POP Malaysia GULA-GULA dan 24:7
Aku tak tahu la syarikat mana atau orang perseorangan yang wujudkan group K-POP MALAYSIA ni. Bagi aku menda macam ni tak patut la. Cukup-cukuplah orang kita dok meRAJAkan geng-geng K-POP KOREA tu ni nak rosakkan anak-anak muda Malaysia ni pulak. Ceweks dan cowoks yang join GULA-GULA ngan 24:7 ni, takkan tak boleh fikir kot menda yang labih baguih, tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi sikit yang nak dibuat.


Looking at them especially the GULA-GULA girls..

owh, bakpo gitu? malu kokrang


Terus teringat isu GADIS CUCI DAMANSARA 18sx suatu ketika dulu. Maaf kalo terover judge. Terasa nak like plak statement sorang komentar di blog cik epal tadi Littlegurl. Katanya kalau dulu faizal tahir kena banned disebabkan bukak baju di khalayak ramai,artis pompuan yang macam ne nape plak tak saman lak?



Geli bak kata cik epal looking like a gay...ouch!

adik-adik lelaki ku, janganlah suatu hari nanti korang merelakan dijadikan macam ni.


Kalo ada aweks kat luar sana tu support 24:7 ni aku tak tahu nak kata apa la. Baek aku layan budak tadika perform dancing hari graduasi diaorang, takpun tengok budak sekolah PASTI nasyid.. sejuk mata memandang. Macam dah takde identiti sendiri dah. Abe wei.. malu gak sikit tayang situ-sini kat sinu..huhu



Kata-kata penutup, se gah mana pun kita, adalagi yang MAHA GAH dari kita semua. Budaya kita wajah kita.  Sekian berita dayun @dhoc!

Wednesday, April 27, 2011

♥ Industrial chemistry farewell lunch..a moment to remember ♥



monolog di sebalik exchange gift ♥


"kecik je kotak tu, apa..cincin kawin ke kat dalam tu"
"kotak je yang besar tu, kat dalam suratkhabar je bergulung banyak"

"aku nak yang tu besar tu kotak dia"
"apa kau dapat.. cepat buka nak tengok"
"yahooo..dapat hadiah.suka-suka"




***



IF WE EVER MEET AGAIN ♥
Pejam celik, pejam celik dah tiga tahun rupanya kita bersama
bergerak kerja bersama dalam pelbagai akitviti
family day-Ki nite- group esaimen yang berlambak
bertungkus lumus dengan final year project
menyiapkan lebih dari 20 lab reports
memenuhi 120 jam kredit




every moment of us here is a masterpiece
with the sporting lecturers, awesome coursemate
form different races & religions
i am Malay. owh u Iban. yes i am chinesse. me bugis bah




25 mei 2011 ♥ 
tak bermakna inilah kali terkahir kita ber-gathering begini kan?
macam bunga cakap la...
"I believe this won't be the last picture we took together. We're going to meet again, someday,right?"




 dayun got this white tiger from the exchange gift... tenkiu yan really ♥ it


 my gift for exchange. ni dayun design sendiri bacgkround  jam tu. letak pics lecturers
 KI harap sape yang dapat tu suka la yea..huhu.biarpun sy design tak cantik ♥


 with beloved supervisor for FYP Miss Rubia and group members ♥


 aummm...grrrr...hehe, wif the tiger girls. hahaha ♥


 our menu for lunch...burrpppp! alhamdulillah ♥


 with their awards ♥


 guestbook : everything u wrote there is a masterpiece for me ♥


chemist to be 


our bond are COVALENT
if we ever meet again ♥



 dayah, the best friend of mine... u know her? ngeh3 ♥




now i really proud to say that i'm an Industrial Chemistry
student of Universiti Malaysia Sabah
beneath of the wind



bebellagi: more pictures here PART1PART2

Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...