Monday, January 3, 2011

Utusan buat mama...hati mama mungkin terluka kerana aku...


Tiada niat pun aku nak kecilkan hati mama, secara sengaja ataupun tidak.
Tapi aku tahu apa yang aku suarakan tu memang akan buat hati seorang ibu tersentuh.
Tersentuh bukan kerana terharu dengan kejayaan yang aku capai,
Tapi, tersentuh kecewa dengan apa yang aku luahkan,
Terguris luka dengan kenyataan yang aku lemparkan,
Betullah perumpamaan tu:
"Lidah yang mengeluarkan kata-kata itu lebih tajam dari sebilah pisau"


Aku seperti keliru, hatiku resah,
Kenapa kali ni terasa begitu berat untuk menerima orang baru dalam hidupku,
Kehadirannya seperti tidak memberi apa-apa makna kepadaku,
Terasa seperti aku menerima hadiah yang tidak berkenan  di hati,
Tapi aku tak boleh begini, pilihan mama pasti benar,
Lagipun itulah yang mama impikan dalam diam selama ini,
Cuma aku risau akan orang baru yang bakal hadir dalam hidup aku nanti,
Adakah seperti yang diharapkan oleh mama atau sebaliknya.


Hidayah!
Kau perlu redha dengan ketentuan Tuhan,
Terima dengan seadanya dan dengan hati yang terbuka,
Kau bukannya tak suka sebenarnya, mungkin kerana kau tak sangka,
Iyalah... benda berlaku dengan tiba-tiba,
Kau mungkin tak harapkannya, tapi mama pasti gembira,
Dan...kau pun harus turut berkongsi kegembiraan itu dengannya.


huuuh!!!
Astagfirullahalazim...
Bismillahirrahmanirrahim...


Buat mama, 
Walaupun along tak menyatakan ini semua secara lisan di depan mama,
Tapi along pasti jika mama tahu akan apa yang along fikir tentang kehadiran
orang baru ni dalam hidup kita pasti mama akan berkecil hati,
Tapi percayalah mama, along tak berniat nak mengguris hati mama,
Along akan cuba memujuk hati menyediakan diri menerima dia,
Along yakin bukan along tak suka tapi...
Mungkin kerana tidak menyangka akan kehadirannya di saat sebegini
Dalam lingkungan umur mama yang sudah meninggi.


Along sedar, walaupun mama tak tahu apa yang along rasa 
Tentang kehadiran dia dalam kehidupan kita,
Tapi along rasa bersalah,along mohon maaf seadanya,
Kerana along sedar, seandainya mama tahu pasti hati mama akan terluka.
Dan sesungguhnya, berdosa seorang anak itu andai mengguris perasaan ibunya,
Samaada dalam keadaan sedaratau tidak,
Along cuma mampu doakan orang baru itu seperti yang mama impikan,

-
-
-
-
-
-
-
-
-

Semoga dia adalah puteri, seperti yang mama inginkan.
Semoga kehadiran dia membawa lebih kebahagiaan kepada kita sekeluarga,
Dan semoga kehadiran dia akan menjadikan kita lebih bersyukur kepada-Nya
Amin!!!



Salam sayang dari along buat mama dan dia, my adik to be...:)


6 comments:

biey said...

x po la syg...doh ma pilih g2 gak...bykkan berdoala...semoga both of them selamat...dilindungi Allah...sokmo...okies...

Unknown said...

huhu..mekasih biey. sy pun tgh cuba menerima, sbb tau2la sy xdop perasaan pun nak adik lg, rasa akim tu adik paling bongsu dh.
~ma sy nak lawe awok kot, ado 4 ore pompue..huhu

Nayang Ahmad said...

rezeki cik da[Y]un..kte xtau..huhu
may u have a big happy family.. ^_^

lini hasnan said...

sabar ea kak dayun ;)

psst : anda ditag~

Unknown said...

@miszblackrose
i hope so..:)

Unknown said...

@lini hasnan mekasih as

Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...