Saturday, March 19, 2011

Mari belajar bahasa sabah...



Jangan salah anggap yang bahasa sabah  ni sama ngan bahasa indonesia. Dialek diaorang ni kekadang bunyi cam bahasa baku. Jangan main hentam jugak letak 'bah' sesuka hati jak bila bercakap. Nanti diketawakan pulak..hehe. Sebenarnya, kalau korang dah lama berada dalam kalangan masyarakat sabah ni, bercakap dengan diaorang dengan sendirinya perkataan 'bah' tu akan terkeluar dan memang kena pada tempatnya la..


Kalau perkataan 'anu' biasanya untuk menunjukkan kata ganti untuk sesuatu, orang ataupun nak nyatakan sesuatu perbuatan. Macam mana r nak bagi contoh,erm.. lebih kurang gini la "anu..dengan si anu bah,eish lupa suda". ngeh3... sabahan kalo saya salah sila betulkan yea =)

Tapi kan dayun suka dengar sabahan speaking. Macam best je bunyi diaorang cakap omputih. Macam mana bunyinya? Segera la mendapatkan sabahan yang berdekatan untuk dengar diaorang speaking..hehe. Okla tuk entri kali ni sebenarnya dayun nak kongsi beberapa perkataan dalam bahasa sabah, yang merangkumi beberapa etnik jugak la. Jom kita ke kelas bahasa sabah..wink!wink!


Bahasa Sabah ----------> Bahasa Malaysia

Bidak = buruk/jelik
Mengolok = memperli
Tapuk = sorok
Mulau = gila
Kapayas = buah betik
Piasau = buah kelapa
Patak = kongsi
Miring = senget/sereng
Rombengan = lambak/ 
Bambongan = orang yang menganggur
Bilang = cakap/ beritahu
Paloi = lebih kurang bodoh la
Kontena = bekas [cam tupperware]
Piring = pinggan
Cewek = perempuan
Tsumandak = gadis sunti sabah
Ndak = tidak
Ping = minuman berais/sejuk [ contoh milo ais=milo ping]
Limpas = melintas/menyeberang
Syiok/siok = macam syok, seronok la


Sampai sini jak kelas bahasa kita kali ni
Tunggu cikgu belajar dulu nanti kita belajar 
lagi yea. Bersurai... jom ke surau >.<

21 comments:

J said...

sya pun org sabah~~~ hehe

Blog Aku ..::jacKsky.reaCHing da' sKy wITh tSuBasA::..

::FAIZ:: said...

wah pandai bah kau cakap sabah bah...

miejigsaw said...

Aku mau tahu maksud;

Pilak:
Om:
Pistak:
Kompek:
Beskom:
Kicai:
Ambal:
Karang:

Fizfai said...

blaja la lps ni, he3

aku adalah aku... said...

bgus dayah nie huhhu...leh belajar byk bhasa kikiki...gud luck t ajar dyla bhasa sarawak lakk eh..

Unknown said...

@jackieKOH oo...yea kew? salam kenal jackie. sabah, da great place..huhu

Unknown said...

@::FAIZ FARISH:: bah, sikit-sikitbolehla. ko la ajar aku..hehe

Unknown said...

@ miejigsaw Kicai ngan pilak tu dayun pernah dengar kwn cakap. huhu..nnt dayun belajar nnt dayun inform k.. btw, dr mana dengar semua perkataan ni?

Unknown said...

@ Penggali (OM) jom kita belajar sama2.from da basic =)

Unknown said...

@ct noradila lenggokbahasa diaorang best, sarawak pun..tp dayun tak berapa reti cakap sarawak.tp kalo diaorang cakap blehla tangkap maksudnya. ngeh3

miejigsaw said...

ha3...saya orang Sabah proud to be.
pilak tu mostly sabahan bagi gelaran kepada pilipin yang illegal. kicai tu minuman la kicai. Ko minta la kicai ping kat kl garuk kepala berabis tu dia orang. Mau ko cakap jus limau + asam(amoi).

WanFadhilah said...

hehehe.. konpem tukar ngan orang sabah jap g.

♥ Cik Puan Pinky ♥ said...

wahaha.
susahnye bahasa sabah!
tak sma langsung dgn pkataan sebenar. huhuu

puteraduyong said...

syiok...jom pitak...hehe :)

Unknown said...

@♥GAdiSMeRaHJaMbU♥ takde susah la..diaorang cakap cam kita gak, kecuali la diaoarg ckap bhsa suku kaum masing2 cam kadazan, bugis..baru la dayun pun ternganga gak..huhu

Unknown said...

@puteraduyong haha..PD da pandai cakap suda, tp pitak tu apa? hehe

Anonymous said...

orang sabah tidak menggunakan perkataan cewek,mereka yang menggunakan perkataan ''cewek'' itu hanya sekadar suka2 sahaja.
saya orang sabah,jadi saya taulah.bah,jangan marah saya tulis begini,sabab saya mau kasitau saja itu,cewek bukan perkataan sabah,tapi perkataan indon sahaja.kami hanya menyebut perkataan ''tondu'' ''perempuan'' ''sumandak'' bagi perempuan.salam daripada sabah.

Anonymous said...

perkataan sabah:''kamu bilang mo balik bisuk,tembirang betul''
(kamu kata hendak balik esok,menipu(membohong)).
''kenapa ko suka minta puji,biasa2 saja bah,macam kami''(kenapa awak suka gedik,ikut macam kite orang je,biase2 aje.))

Unknown said...

Kekasih hati?

Unknown said...

Kekasih hati?

N n said...
This comment has been removed by the author.

Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...