Sunday, June 24, 2012

Misi 1# Rapid Penang Routes Travel & Schedule... Done!



Dengan lafaz bismillah dan berakhir dengan alhamdulillah, akhirnya selesai misi pertama saya. Akhirnya, saya dapat kenal pasti Rapid Penang yang mana aku sapu esok untuk ke Queensbay. Naik bas aje kiah oii... maklumlah mykancilbesi yang eksiden hari tu da kena jual, x sempat dia nak merasa bumi penang ni. So, terpaksalah mek kelate ni belajaq2 naik bas kan sementara dapat myfutureELITE. 



Perjalanan aku esok...


Terima kasih kepada MrGoogle dan rapidpg.com sebab beri informasi yang agak membantu kepada saya. Tinggal misi seterusnya je iaitu misi menaiki bas rapid penang 307  ke Queensbay Mall. Cuba korang bayangkan, alih2 bila aku nak naik bas esok, bas 307 ni, uncle driver bas cakap aku salah pilih bas. Aduss.. mean aku kena la interbiu pakcik tu untuk mendapatkan no. bus yang betul untuk aku naik kan.



Harap2 misi esok berjaya. Yang aku runsingkan, kot2 tetiba je pagi esok aku malas nak bangun siap-siap kuar jalan kaki p bus stop depan tu tuk tunggu bas. Kalau cegini jadinya mean tak berjaya la misi aku esok. So, sama-samalah korang doakan aku dapat selesaikan misi ini esok yea.



Boleh buat drama baru ni.. BILA CIK YUN JALAN DI PENANG! Ahaha...

Wednesday, June 20, 2012

Story di sebalik gambarsss... from Myanmar wif luv!


Inilah profail picture aku kat facebook & blog. Balik2 letak gambaq ni. Tukar je gambar lain mesti xsampai 5 minit aku tukar balik pakai yang ni jugak. da jadi cam gambar rasmi da...ntah kenapa tak syok taruk gamba lain. Maybe sebab ada baik punya story disebalik gambar ni kan dayah kan...




Tadaaa...gambar kat atas ni asalnya macam ni.




Dan gambar ini telah di zoom in dan asalnya dari gambaq kat bawah ni. Sila klik tuk tumbesaran dan kejelasan berganda>.<




From KL to Cameron Highland tu aku tak nak story. Taknak bedah lukisan yang tu sebab tu kawan aku punya cerita. Sekarang cuma nak gali-gali story di sebalik lukisan FROM MYANMAR WITH LOVE...ahaha



*FROM MYANMAR WITH LOVE*


Lukisan tu dilukis oleh supervisor aku masa praktikal. Hari sebelumnya tu aku ngan kawan2 praktikal beserta beberapa staff kat loji tu conteng-conteng whiteboard kat bilik meeting ni. Disebabkan SPV aku ni masih solo lagi kitaorang selalu la sakat dia. Jadi kami conteng la kat whiteboard tu sumting yang selalu kami ngan staff2 lain kacau dia. Nak tau pasai apa? Hantaran kahwin...


Aku ngan staff2 kat situ selalu la jugak gosip SPV aku ni ngan sorang member praktikal kami. Jadi kami senaraikan la semua hantaran yang mungkin SPV aku ni bagi kat member aku dan apa pulak yang member aku balas balik. Senarai hantaran yang kami letak memang gila2 la. Salah satu hantarannya ialah kek berbentuk aerator..


gini ler rupa aerator yea pembaca2 sekalian :)


Sengaja kami tak padam semua yang kami conteng tu sebab kami tau malam nanti shift SPV aku lak. Sengaja nak bagi kena dia...ahaha. Tapi kan nak tau apa yang berlaku keesokan hari tu? Nak! Nak! Nak!



Bila masuk je bilik meeting esok pagi tu, dan bila aku tengok lukisan kat whiteboard seperti dalam gambar ketiga kat atas, aku terus ketawa, gelak sakan ni. Mana taknya, dahla lukisan tu memang shoot kat aku ngan kawan aku then da captions semuanya memang kena atas muka la. Aku tau sapa punya kerja, SPV kesayangan kami tu la.



En. SPV, balas balik nampak!


Kalau korang zoom-in gambar ketiga tu, under drawing FROM MYANMAR WITH LOVE tu, korang akan nampak lukisan sorang jejaka pakai apron sandar kat bawah pokok then ada keretaapi. Pastu ada caption pasai roti canai. Lukisan tu sebenarnya shoot kat aku. Diringkaskan cerita, aku suka sangat makan roti canai kat satu kedai ni, dan uncle yang tebar roti canai tu berasal dari myanmar. Asal staff2 loji ajak kuar minum pagi mesti aku ajak diaorang p kedai tu sebab nak makan roti canai tu.



Biasalah, semuanya geng menyakat. So, semua kat loji tu dok cakap aku bukan suka roti canai tapi suka ngan mamat yang tebar rotui canai tu. Ada kew lagu tus.. tak pasal-pasal lahirlah lukisan bertajuk FROM MYANMAR WITH LOVE ni.  siauuu jugak!



Inilah SPV kesayangan tu kununya, en dhauz. Anyone nak kenal dia, dia masih mencari..ahaha. Pandangan sisi je boleh la kan? wink! wink!




* * *


Aku suka sangat lukisan tu bukan sebab cerita di sebalik terhasilnya lukisan tu, tapi sebab aku rasa lukisan tu nampak cantik dan macam ada makna tersirat. Aku sengaja p taruk gambar aku yang nak2 nampak je tu. Berangan la kononnya lelaki dalam lukisan tu ialah my future awesome one yang sedang teringat2 kat aku. Pakai apron tak bermakna  si dia kerja tukang masak, tapi my awesome one kalau boleh mestilah yang suka menolong di dapur dan pandai masak! 



Dayun feeling in LOVE kejap..huhu.




Bebellagi: ntah bila gambar lain pulak yang akan amik alih profail picture tu. gambar mana pulak yang mungkin bertuah tu?


Thursday, June 14, 2012

Players # bollywood action ala hollywood!


Syok owh tonton movie ni. Aksi-strategi-sound video fuhhh!! memang ala-ala hollywood punya action movie la. Lagi syok owh tengok movie ni pakai tv LED yang besoq tu, dahla sound speaker pun gempak, lagi la layan aku nengok cite ni. Kalau korang-korang yang belum lagi tengok cite ni, silalah segera menonton. Tak rugi kalo korang tengok movie ni.








Hero ngan heroin dia pun okehhh la. Tapi tak syok sangat tengok si Sonam Kapoor berlakon. Yang lain no problem. Cerita ni pasal rompakan. ko cilok aku aku cilok kau. lebih kureng macam tu la. Tak nak story panjang korang tengok la sendiri. baru tau syok tak syok movie nie..huhu


Assalamualaikum :)

Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...