Sunday, June 24, 2012

Misi 1# Rapid Penang Routes Travel & Schedule... Done!



Dengan lafaz bismillah dan berakhir dengan alhamdulillah, akhirnya selesai misi pertama saya. Akhirnya, saya dapat kenal pasti Rapid Penang yang mana aku sapu esok untuk ke Queensbay. Naik bas aje kiah oii... maklumlah mykancilbesi yang eksiden hari tu da kena jual, x sempat dia nak merasa bumi penang ni. So, terpaksalah mek kelate ni belajaq2 naik bas kan sementara dapat myfutureELITE. 



Perjalanan aku esok...


Terima kasih kepada MrGoogle dan rapidpg.com sebab beri informasi yang agak membantu kepada saya. Tinggal misi seterusnya je iaitu misi menaiki bas rapid penang 307  ke Queensbay Mall. Cuba korang bayangkan, alih2 bila aku nak naik bas esok, bas 307 ni, uncle driver bas cakap aku salah pilih bas. Aduss.. mean aku kena la interbiu pakcik tu untuk mendapatkan no. bus yang betul untuk aku naik kan.



Harap2 misi esok berjaya. Yang aku runsingkan, kot2 tetiba je pagi esok aku malas nak bangun siap-siap kuar jalan kaki p bus stop depan tu tuk tunggu bas. Kalau cegini jadinya mean tak berjaya la misi aku esok. So, sama-samalah korang doakan aku dapat selesaikan misi ini esok yea.



Boleh buat drama baru ni.. BILA CIK YUN JALAN DI PENANG! Ahaha...

No comments:

Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...