Hye semua..
OK entri ni sebenarnya dayun gali dari entri lama dayun (Buruk baik 25.) Rasa macam nak tambah sikit dan buat penambahbaikan jugak. ..hampehh ko dayun. Yang color blue tu yang aku ada betulkan dan tambah-tambah sikit ikut keadaan aku sekarang k. Tarik nafas panjang-panjang elok standby ayaq minum ngan kopok-kopok ke sama sebelum kita mulakan misi mengenali buruk baik ak-the real semek dayah dayun :)
1- Nama dayun yang senanya Siti
Nurhidayah Binti Kasmuri. Kalau kat rumah family panggil Along, adik2
panggil Long Mek. Kawan2 panggil saya dayah dan yang rapat2 panggil
dayun. -Then a few years ago, aku dapat lagi satu nickname- SEMEK!
2- Puteri sulong kepada encik
Kasmuri dan puan Noralili, kakak sulong kepada 9 orang adik lelaki & 2 orang adik pompuan (dapat lagi satu pompuan in year 2011). Juga cucu sulong kepada Tok wan & Tok ayah.
3- Dayun suka sangat makan masak gulai tempoyak ikan keli... sebab dayun suka makanan yang rasa masam2 dan pedas2.
4- Dayun tak suka makan burger
dengan sos, lebih suka makan taruk mayonis je..kalo makan ayam KFC pun
tak suka sangat cicah dengan sos..
5- Dayun mudah marah, tapi cepat
reda. Bila dayun marah baik korang jangan cakap ngan dayun nanti tak
pasal2 kena tengking. Tapi dayun cepat rasa bersalah jadi mesti nak
minta maaf kalo marah orang. Someone ada cakap pada dayun " Orang yang
mudah marah ni tak kan berjaya dalam hidup" so dayun jadi takut dan cuba
kawal sifat marah dayun..huhu.- Review for 2015, ok sikit dari dulu tapi sangat mudah perassan tu datang..hampehh ko dayun
6- Housemate dayun cakap dayun
suka sikat rambut, kejap2 sikat rambut, kejap2 sikat rambut.. and then
baru dayun perasan tabiat dayun tu. huhu.- sekarang dah kurang sikit kot, takut rambut gugur..huhu.
7- Kurang suka pakai baju yag
terlalu ketat, singkat, senang cite baju tu atas pinggul, sebab dayun
rasa segan bila orang perhati lenggang- lenggok pinggul kita bila jalan.
Lagipun abah tak suka anak pompuan dia pakai gitu.. :p - review in 2015 tapi kadang-kadang mai jugak lagha tu terrr-jadi jugak seperti yang tak diingini, tapi kebarangkalian tu rendah la..huhu
8- Sangat suka tengok movies, tapi jarang p tengok kat panggung, sebabnya SINI. Suka adventure + fantasy + action movie yang tak berat2 sangat.
9- Dayun selalu takut nak cuba
menda baru, especially bab bergaya2 ni.. nak try pakai shawl pun berkira
lu..so last2 setia ngan tudung bawal je,tapi kadang2 bila datang angin
nak pakai tu, pakai je.huhu - masih dalam mood mencuba, bukan apa lagi satu fedup time nak belit-belit tu.
10- Tak boleh tengok drama korea
sorang2 cepat bosan, kena ajak geng, ada kawan baru leh layan, feeling
betul2. Maybe sebab tu la dayun tak addicted sangat ngan aktor2 korea
tu.. apa tu namanya, super junior?? apa2 je la..huhu. - tapi lagu-lagu diaorang dayun layan jugakla cuma xtau sapa nyanyi apa tajuk lagi, and one more thing aku dah jatuh hati dengan running man..daebak!
11- Lebih prefer dengar lagu2
rock cintan/ rock kapak_90. Kain cinta putih, adakah kau setia, bayangan
gurauan tu semua antara lagu febret dayun. Lagu2 genre sekarang pun
layan jugak.. tapi pilih2 la. huhu.
12- Da dapat dua2 lesen
keta-motor, tapi first time belajar motor ngan adik masa tu form 3
hampir masuk parit depan rumah sebab tak tahu yang kalo gear 1 takleh
terus pulas abis :p
13- Dayun rasa dayun suka warna hijau sebab kalo nak pilih apa2 barang dayun lebih prefer warna hijau dari warna lain.
14- Tak suka makan coklat macam cadbury tu, lebih suka makan coklat yang disalut menda lain cam crispy
15- Menda alah yang gegurl suka
sangat ni, Teddy Bear@ bear2.. dayun tak minat, tapi kalo dapat tu amik
je la. Lebih prefer dolls2 yang lain cam froggie(cumil), patrick, orang
utan, penyu nak senang cite selain teddy bear la.
16- Mengemas, membersih,
mencuci ---> 3M. Menda ni dengan sendirinya akan saya rajin buat
tanpa perlu disuruh kalau saya tensiooooonnn! Saya akan sapu je apa yang
leh disapu, kemas apa yang leh dikemas, cuci apa yang boleh dicuci.
Ingat lagi masa dok asrama dulu, kalo saya tension mesti saya p cuci
bilik air kat hostel sampai bersih.
17- Dari form 1 sampai sekarang
jarang dok kat rumah sebab tinggal di hostel. F1 sampai F3 dapat masuk
MRSM kat kelantan, then sambung kat Kuala Terengganu, pastu masuk matrix
Pahang, sekarang selepas round satu pantai timur berhijrah pulak ke uMs
Sabah.- Now I in Penang baq ang..working here hampir 3 tahun sudah
18- Sangat suka minum coffe mix, tapi orang cakap tak elok selalu minum sebab bahaya caffeine tu..erm
19- Dayun tak pernah beli
handset dengan duit sendiri. First time pakai handset pun abah yang bagi
masa form 5, then handset yang guna sekarang pun abah yang belikan.- First handset aku beli sendiri dengan duit bonus tu pun teragak-agak nak beli Nokia Asha 202, then last year Nokia tu arwah kat dalam lubang toilet office, replace dengan Huawei G510
20- Suka tidur meniarap macam baby tu, kadang2 suka selimut satu badan dari kepala sampai kaki.
21- Pernah kapel sekali tapi tak lama setahun je..kenapa jap je??? erm..maybe saya gf yang tak bagus kot :p - second time a few months ago but not sure la yang ni kapel ke tak tapi gaya macam yea about 7 month, and he really a cool and fun guy walaupun kadang-kadang so annoying. CIKONET.. nickname dia panggil aku...paisehhh la.
22- Kawan2 cakap taste dayun orang tua, sebabnya SINI. Tapi dayun sebenarnya suka tengok 'mat terak'.
Orang kelantan mesti tahu mat terak ni apa. Mat terak ni jejaka2 yang
pakai uniform, cam askar, budak laut cam maritim dan seangkatan
dengannya la but dayun tak suka ngan abang polis. Jangan tanya kenapa.
23- Tak suka kumpul sandal, kasut, handbag banyak2.. lebih selesa
besederhana dengan apa yang ada. Selalu ingat pesan sorang kawan kat
dayun,"kita ni jangan ikut2 orang sangat, kalau kita ni mampu belanja
rm1 je jangan kita p belanja rm2 sebab taknak orang nampak kekurangan
kita. Tapi kalau ada rezeki lebih tu xsalah la". Korang fikirla sendiri
maksudnya- keinginan tu ada la tapi tak jalan pun lagi, maklumlah dah pegang duit sendiri.
24- Dayun ni kadang2 lembab, betul sangat, sound trouble pun banyak
jugak..huhu, sampai kadang2 percaya membabi buta je apa orang cakap.
Kawan2 cakap takboleh macam tu, nanti mudah kena tipu.. so, beware of
that!- my bestie juju cakap dayun tak pandai menipu and sometime i can be a really mulut puaka girl...omg!
25- And the last walaupun ada banyak lagi kot tapi tak larat nak gali
da.. dayun sorang yang susah nak buat keputusan sendiri, lebih suka ikut
orang je. Sebab takut nanti orang tak suka ngan keputusan kita, Tak
baguskan sebenarnya perangai macam ni kan. Tapi nak wat camne. Tapi kalo
da decide satu keputusan tu pulak, nak wat apa yang kita decide je,
xnak dengar orang dah. Conclusionnya, ada pro and kontranya jugak la :)
wallahua'lam...