Monday, January 18, 2016

Nye Mari Terliur Kuih Muih Makanan Kelate..


Assalamualaikum w.b.t

Dikir dulu serangkap.. hehehe
sebut kato negeri kelate,
tanah serendoh sekebun bungo..
tempat molek sereto come
penuh dengan seni budayo


Sebenarnya sehari dua ni teringin nak makan kuih muih, makanan kelantan. Nampaknya mood balik kampung mai lagi. Kalau diikutkan no IC sah-sahla aku bukan anak jati kelate tapi Pahang.  Disebabkan aku membesar kat kelate abah ma pun orang kelate maka aku anggap aku dah jadi anak kelate. Tapi bila tiba musim bola sepak Malaysia Pahang ke Kelantan ke dua-dua aku support... This is Pantai Timur! Oppss.. bukan nak pacok bendera ke gapo ni deh..

#jangankecamsaya :)


Oklah, berbalik kepada kuih muih makana kelantan tadi, semek dok beraso nak makan mugo barey makanan bawah ni loni. Maafla entri ni bahasa capur aduk kalau tak berapa faham boleh google translate ea..huhu. Semua gambar di bawah ni I'm credit to MrGoogle and Insta 'I Love Kelantan'.



 1-Lompat Tikam 
So colorful right? Masa kecil dulu aku dok dengan tok kat kelate,parents semua dok Pahang. Dulu ada pakcik bawa motor jual kuih ni,tokwan aku mesti beli kat aku.




 2-Kuih Akok
Akok ni ore kata kalau banyak telur lagi sedap. Rasa macam lama dah tak makan




3-Tepung pelita
Lapisan atas sekali santan biasanya rasa masin yang bawah manis. Bungkus lak dalam daun pandan..perghhh wangi dan sedap.



4-Pulut Nyiur Ikan Kukus Goreng
Ni masa zaman kecil dulu mama selalu buat jugak la buat makan pagi hari minggu. Sekarang sejak anak-anak dah besar kalau minta ma buat boleh-boleh je dia p pasar borong belikan kat aku dua tiga bungkus... orang nak yang dia buat dia p beli yang dah siap. mama o mama!




Setakat ini itu sahaja yang aku terasa terliur nak make loni.. sekian. Cepatla bulan dua nak kelik kapung ni :)

No comments:

Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...