Friday, May 11, 2012

Kisah Biskut



Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbanganya. Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan, dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya.


Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati, wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. "Alangkah malunya lelaki ini, dahla tak mintak dari aku, makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!!!" rungut wanita itu dalam hati.


Dalam pada itu, lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.


Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya, " Berani sungguh lelaki ini. Memang muka tak malu. Pencuri besar." Kata hatinya dengan marah. Wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri, wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.


Apabila dia sampai di tempat duduknya, dia membuka begnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka. " Jika biskut ini ada dalam beg aku, jadi bermakna biskut yang aku makan tadi..." getusnya. Ya, biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.


Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut sebenar!



bebellagi: berprasangka baiklah dengan orang kain. Keindahan hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukannya dari pandangan seseorang...



No comments:

Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...