Thursday, October 28, 2010

Power of human mind




.:Firman Allah:.

“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak Adam, Kami angkat mereka di daratan dan di lautan. Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan. 
Al-Israk: 70 


Kesan zikir kepada otak manusia [klik sini] 
Misteri otak manusia yang belum dipecahkan [klik sini] 


Wednesday, October 27, 2010

Calon pengadil next Piala FA


On the list : diz November 2010


Jeng! Jeng! Jeng!

Muhammad Hafizi Bin Kasmuri [FB]
pG, abe da
19 Tahun
pendiam tapi tegas 
Kejuruteraan Awam, Politeknik Kota Bharu


guy dalam gambar ni adik dayun,my second brother
pertengahan November ni, dia akan ikut ujian kecergasan tuk
jadi calon pengadil under FAM 
 [Persatuan Bola Sepak Malaysia] Harap-harap lulus lah.  
 dari dia sekolah rendah sampai la sekarang  memang suka main bola sepak

Adik2 dayun semuanya lelaki ada la sorang pompuan
so, semua kaki bola.. time ada game kat tv, suara dia la yang paling
jelas di dengar kat rumah tu...gaya mengalahkan cam tengok
live kat stadium!

Special sikit tentang abg da ni [nick name dalam family]
dia sekarang da jadi pengadil bola sepak yang diiktiraf oleh KAFA
[Persatuan Bola Sepak Kelantan] 

dayun ingat lagi masa tu dia Form 5, jurulatih dia masukkan nama dia
dalam senarai peserta yang akan ikut kursus pengadil bola sepak
Alhamdulillah, setelah lalui kursus & ujian kecergasan dia lulus!
  abah dayun dulu pun pengadil bola sepak jugak
ikut gen abah kot..hahaha



Awal2 dia diiktiraf jadi pengadil tu, selalu la kena join game.
Biasanya game antara sekolah, antara daerah macam tu la
satu game biasa dia akan dapat RM40 la basic.
Tapi dalam 2 tahun ni, dia banyak handle game peringkat negeri
yang biasanya anjuran kerajaan negeri lebih kurang camtu la
bayaran pun bertambah la kan
satu game  da leh dapat around RM100, see beza kan kalo ikut game yg kecil2



Banyak kali da kalo ada game yang dia jadi pengadil, aku akan p tengok la
smart tengok dia pakai pakaian pengadil tu, serba hitam
takde pula gambar aku nak letak kat sini..huhu
biasa2 kalau ada game, pengadil2 yang kat tengah padang tu
semuanya dah separuh umur, dia je yang paling muda

Pernah sekali masa tu kalau tak silap aku musim Piala Kijang Muda
dia jadi pengadil masa tu 
aku p la tengok kat Stadium Kota Bharu tu..
Ada la cik abe klate 2,3 orang ni cakap sama diaorang:

" Acu mg tengok linesman tuh, sdak budok tu jadi pengadil, calon pengadil
Piala FA aku bunyi kaba ore dok gege"

Dan aku hanya tersenyum, bangga gak samah duo..haha
walaupun yang dipuji tu bukan aku, tapi itu adik aku..huhu 
[kecek klate sikit, faham gak kan] 


Dia pernah cakap, dia punya otai pesan:

"Nanti kalau dah jadi pengadil untuk game2 besar, grand, cam Piala FA, Liga Malaysia,
jangan pulak jadi sombong, taknak dah terima game2 yang kecil ni. tu satu sikap
yang buruk bagi seorang pengadil bola sepak yang bagus!"

  lebih kurang gitu la bunyinya



Apa yang dayun bangga dengan dia
Duit yang dia dapat dari game2 yang dia ikut tu mampu tuk dia buat
belanja sepanjang dia belajar, da dapat beli motorsikal sebijik dah
pakai duit sendiri, cash dowh!
dan aku, selaku kakak yang jauh diseberang laut ni
selalu la jugak jadikan dia BANK aku time hujung2 sem
biasanya tuk beli tiket flight la..haha, tak cukup bajet beb.
Tapi aku ganti balik la..pinjam jak!

gUdLuck abE dA..aloNg always wish u da bEst!

Tuesday, October 26, 2010

Alhamdulillah...rezeki di hujung sem.


Sebagai tanda sokongan terhadap kempen BULAN BAHASA KEBANGSAAN, dayun cuba menggunakan bahasa melayu yang betul..tapi kalau ada terojak jugatu maaflah ya.huhu


Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda : Sembilan per sepuluh punca rezeki itu adalah dalam perniagaan.


Alhamdulillah, dekat hujung-hujung semester ni dengan duit poket pun tak berapa nak ada, Allah murahkan rezeki dayun melalui perniagaan kecil-kecilan yang dayun buat. Sekurang-kurangmya adalah juga income lebih sikit untuk bulan ini. Walaupun bukanlah satu nilai yang besar, tapi sudah cukup buat dayun rasa gembira, lega, dan yang pastinya bersyukur. Mesti anda semua tertanya-tanya kan apakah business yang dayun buat kan?

Dayun kan masih belajar, jadi business yang paling senang dan sesuai dengan waqi' sekarang ialah perkhidmatan print dan fotokopi.  Al-maklumlah pelajar-pelajar universiti ni kan suka buat kerja last minute, jadi tengah-tengah malam, awal-awal pagi mulalah datang mengetuk pintu rumah dayun untuk print. Nasib baik la dayun ni jenis yang suka berjaga malam.huhu..


Kalau nuffnang selalu bagi BE, dayun pulak dapat BE dari business print untuk item-item seperti yang disenaraikan ni:


1- Proposal Projek Akhir Tahun (FYP).

Kalau seorang kena hantar 2-3 copy proposal kan, bayangkan income yang dayun dapat. Pelajar tahun akhir bukan seorang, yang dapatkan khidmat print dayun pun bukan sorang dua. BE di situ..huhu. Kredit kepada housemate dayun yang tolong promosi business ni. 


2- Assingments dan Lab Reports.

Biasala lecturers kat sini, hujung-hujung sem ni rajin pula mereka nak bagi assingments yang berlambak-lambak, tambah pula dengan lab reports. Kesian kat students, tapi dayun gembira hahaha... Time-time begini la rasa amat bergunanya dayun beli printer dulu, walaupun pada awalnya berfikir terlebih masak nak beli ke tak. 


3-Fotokopi.

Terima kasih kepada yang datang photostat dokumen-dokumen, IC la , lesen la tuk sewa kereta kan. Sesungguhnya anda telah membantu dayun mendapatkan BE pada bulan ini. huhu


Saya sayang printer saya........


Printer Canon Inkjet MS140 Series - model lama, scanner dia rosak belum baiki lagi. huhu...

Monday, October 18, 2010

Surat cinta buat hati yang lesu.


Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta saudara-saudaraku yang Insya Allah tetap mencintai Allah swt dan Rasul-Nya di atas segala-galanya. Kerana hanya cinta itulah yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandang yang berbeza, lebih bermakna dan indah.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa saudara-saudaraku yang mulai lelah menapaki jalan-Nya, ketika seringkali mengeluh, merasa terbebani bahkan terpaksa untuk menjalankan amanah dakwah yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan, serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah swt akan mengampuni dosa-dosanya dan memberinya ganjaran dengan sebaik-baik ganjaran.


Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati saudara-saudaraku yang kerap kali terisi oleh cinta selain-Nya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan kerana-Nya. Lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang lain, entah dimana keikhlasan. Maka saat ini kurasakan kekecewaan dan kelelahan kerana kulakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia hanya akan melihat kesungguhan dalam berproses dan dalam berusaha.

Surat ini kutujukan untuk ruh-ku dan ruh saudara-saudaraku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang membiarkannya untuk dinikmati. Lalu dimanakah kejujuran diletakkan ? , dan kini terabaikan sudah secara nurani yang bersih, saat ibadah hanya rutin semata, saat fizikal dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang tepu. Cubalah sejenak luangkan waktu untuk melihat hatimu menangis, tertawa, atau merana.

Surat ini kutujukan untuk diriku dan saudara-saudaraku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri, sungguh tiada satupun yang membuat kita lelah di hadapan-Nya, selain ketaqwaan. Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati namun kita masih leka dengan kefanaan.


Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati saudara-saudaraku yang mulai mati, saat tiada getar penyesalan ketika kebaikan terlewat begitu saja, saat tiada rasa berdosa ketika menzalimi diri dan saudaranya.

Akhirnya, surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, cubalah kau jaga agar cahaya itu tidak padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekelilingnya, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya. Hanya dengan kekuatan dari-Nya. Ya Allah saksikanlah, sesungguhnya aku telah menyampaikan. Wallahu ’alam bish-shawab.

Semoga tetap istiqamah di jalan-Nya. Sungguh, syurga takkan pernah pantas ditukar dengan lalai dan kemalasan.
Dari Saudaramu yang mencintaimu kerana Allah ...



Pesanan dari sahabiah yang disayangi: Fatwa Mohd Ali



Saturday, October 16, 2010

Satu labah-labah cuba panjat laptopku...


Banyak kerja yang belum selesai, tapi aku selalu lengah-lengahkan
kerja. Tabiat yang tidak baik bagi seorang student dan juga seorang muslim.


PROPOSAL FYP DAH KIRA SIAP LA
TINGGAL NAK SUSUN REFERENCES
AND BUAT SLIDE TUK PRESENTATION
HAMPIR SELESAI SATU TANGGUNGJAWAB



ASSINGMENTS2 NI SEMUA
MINGGU DEPAN NAK KENA HANTAR
AK NGAH MENCARI MOOD
TUK SIAPKAN KERJA2 NI
TAPI BW TETAP JALAN CUMA KURANG SIKIT LA
NTAHLA TAK BOLEH TINGGALKAN..huhu



NOVEMBER BAKAL TIBA
OKTOBER BAKAL MELABUHKAN TIRAINYA
LEPAS NI SIBUK NGAN FINAL EXAM PLAK
POINTER SEM LEPAS JATUH 
SO PERLU CARI TEKNIK YG SMART
N LEBIH BAIK UNTUK UP CGPA SEM NI...
goodLuck daYun!



HABIS FINAL EXAM NANTI
TAK BERMAKNA AKU FREE SEPENUHNYA LAGI
NAK KENA MASUK LAB
TUK BERESKAN PROJECT II 
FINAL YEAR PROJECT
BERKAMPUNG DI LAB LA AKU NANTI
TAK BALIK KAMPUNG LA AKU HUJUNG SEM NI
tak bolehlah main air banjir kat kelate nanti...ishk3!

p/s: ada labah-labah, badannya halus cuba panjat laptop ni masa entri ini ditulis!


Salahkah saya

Salahkah saya
kerana dulu melepaskan si dia
padahal pernah dipinta olehnya
supaya ikatan yang terlerai disimpul semula

Salahkan saya
kalau masih sayangkan dia
padahal belum tentu dia masih punya feeling yang sama

Salahkah saya
kalau tiba-tiba saya bermasam muka
kerana angin cemburu buta
bila melihat si dia dengan yang lain

Salahkah saya
bila terasa saya dan dia semakin jauh
saya berharap kami seperti dulu
bisa berborak bersenda tawa
bila-bila kami suka

Salahkah saya
kerana masih mengharapkan ini semua
dari si dia yang bukan lagi milik saya
salahkah saya???











soMAD///dayun...

damn! why i really miss him
I hate diz feeling!!!

Thursday, October 14, 2010

Saya nak beg itu~ giveaway!




Saya nak beg tu
Kalau boleh nak yang first line, nombor tiga dari kiri
Takpun yang stripes2 tu..
Memilih nampak...haha. ntah dapat ntah tidak kan


btw..giveway ni SUPERHERO MAMA yang buat.
ada giveaway mesti ada rulesnya kan...


1. Mesti jadi followers blog sUpErhErO mAma & MZ cOLlectIoNs
2. Copy & paste banner kat entri n sidebar, linkkan.
3. Tajuk entri : Saya Nak Beg Itu ~ Giveaway!
4. Linkkan entry ni ke entri giveaway di blog mama.
4. due date 03/11/2010
5. Untuk 3 yang bertuah je


Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...