Monday, November 8, 2010

daYun! face the books not the facebook..bW through your notes note blog!


...STICKY entry...

Maaf kalo dayun tak dapat bW ke blog korang n komen2 apa yang patut! juz for a while...

 

Wish me Luck oK! luv u alL 


Al-Kisah si Pae celebrate besday...


Al kisah, ada seorang lelaki yang diberi nama Ahamd Rifa'i tapi lebih dikenali sebagai Pae dikalangan penduduk bandar. Si lelaki ni bakal celebrate besday dia yang ke sweet-manis 21 pada 8 November. Nak di jadikan cerita, dia sangatlah sedih kerana menyangkakan tiada orang yang akan celebrate besdaynya. Means, kalau takde besday party takdela hadiahnya.


Jadi, untuk menyenangkan hatinya, dia pun berhajat nak ikut satu dinner yang diadakan di sebuah ballroom berdekatan dengan apartmen beliau. Dia dah aim awal2 yang dia mesti dapatkan title Prom King malam tu supaya dia dapat jadikan crown tu sebagai hadiah besday dia yang ke-21. So, dia get ready awal2 and buat preparation....




Maka, pada hari yang dinanti-nantikan tersebut. Si Pae ni pun bergaya sakan la ngan dressing ala2 king zaman Prince of  Persia yang baru dibeli online beberapa hari lepas. Memang berubah la wajah dia malam tu, maklumlah baru buat spa, shaving dan mandi bunga. First task..acara red carpet. Dengan bangga si Pae berjalan masuk ke ballroom tersebut.




Sepanjang majlis  tersebut, si Pae menjadi perhatian mata-mata yang berada di situ. Mungkin orang ramai yang hadir tertarik melihat pakaian yang dipakai olehnya, tak kurang juga yang mengata. Tapi bagi si Pae dia tak senang duduk  bukan disebabkan mata2 yang memandangnya, tetapi nervous menantikan keputusan siapakah yang akan jadi Prom King malam tu. Akhirnya, tibalah saat yang ditunggu-tunggu oleh si Pae...




Tersentak dengan keputusan tersebut, hatinya terasa hancur ibarat diketuk-ketuk lumat dengan lesung. Lalu dia membawa diri keluar dari ballroom tersebut sambil menangis mengenangkan nasibnya. Dalam tak sedar, sebenarnya ada seekor ibu peri sedang ikut sama berjalan dengannya...




kemudiannya...




Lalu si Rifa'i pun membaca kad besday yang tak seberapa dari cIk daYun itu




Si Pae dengan perasaan gembira berlari pulang ke rumah. Babak-babak terakhir...




Berakhirlah kisah suka duka si pae di hari lahirnya....The End!



(@_@)

(>_<)

(^_^)


P/S: Komik Tak seberapa ni aku dedicate khas buat sahabat aku, BFF Pae yang celebrate besday dia hari ni. Selamat Hari Lahir manis-21. Ni jew hadiah yang mampu aku bagi :)

tenyeh sini: [1] , [2] , [3]


Sunday, October 31, 2010

Apakah setelah kebajikan ini nanti akan ada lagi kejahatan?



Hadis riwayat Hudzaifah Al-Yamani ra., ia berkata:

 
Orang-orang banyak yang bertanya kepada Rasulullah saw. tentang kebajikan, sedangkan aku justeru bertanya kepada beliau tentang kejahatan karena takut aku terjerumus melakukannya. 


Maka aku bertanya: 
Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami pernah mengalami zaman jahiliah dan kejahatan, lalu datanglah Allah dengan membawa kebaikan ini kepada kami. Apakah setelah kebajikan ini nanti akan ada lagi kejahatan? 

Beliau menjawab: 
Ya.  


Aku bertanya lagi:
Apakah setelah kejahatan itu datang lagi kebajikan? 

Beliau menjawab: 
Ya, tetapi banyak kekurangan. 


Aku bertanya: 
Apakah kekurangannya? 

Beliau menjawab: 
Akan ada suatu kaum yang mengikuti selain sunahku serta memberikan petunjuk dengan selain petunjukku, di antara mereka ada yang kamu kenal juga ada yang tidak kamu kenal. 



Aku bertanya lagi: 
Apakah setelah kebajikan itu nanti akan ada lagi kejahatan? 

Rasulullah saw. menjawab: 
Ya. Kelak akan muncul para dai yang berada di muka pintu-pintu neraka Jahanam. Siapa yang menuruti panggilan mereka, akan mereka lemparkan ke dalamnya. 


Aku bertanya: 
Wahai Rasulullah, terangkanlah kepada kami sifat mereka itu! 

Rasulullah saw. menjawab: 
Baiklah. Mereka adalah kaum yang kulitnya sama dengan kita dan berbicara dengan bahasa kita. 


Aku bertanya: 
Wahai Rasulullah, apakah perintahmu jika aku mengalami hal itu? 

Rasulullah saw. menjawab: 
Tetap setialah kepada jemaah kaum muslimin dan pemimpin mereka. 




Aku bertanya: 
Kalau mereka tidak memiliki jemaah serta pemimpin? 

Rasulullah saw. menjawab: 
Maka jauhilah semua sekte-sekte yang ada itu meskipun kamu harus menggigit pangkal pohon sampai maut menjemputmu kamu tetap demikian 

 

Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 343
 

Sekitar Liga Malaysia 2010: Kelantan vs Negeri Sembilan (2-1)


Live dari kaca televisyen hak milik tuan rumah IP-B49-06
Alhamdulillah.penantian selama 40 tahun berakhir sudah
Tahniah The Red Warriors & semua2
penyokong Kelantan!








hanya ni je yang termampu
tak sabar nak geledah fb dan blog2 yang p tengok live
kat Stadium Nasional Bukit Jalil
mesti meriah gila tuh!!!


p/s : Kelantan cuti esok! 

Saturday, October 30, 2010

Deactivate about 2 hours lebih-lebih


kito nok gi tengok THE RED WARRIOR beraksi male nih
nak tengok takat mano sek dio gomo sek nG. 9 nih
kito paka come2 doh ni , baju pun meghoh doh
tapi gak kito tengok live depe tV jah
hahaha..meh la join!

p/s: bunyi kaba bandar Kota Bharu sunyi male ni, rakyat2 dio bermigrasi 
ke Stadium Bukit Jalil la tuh kali.
bye2

Friday, October 29, 2010

Baby & Toys Contest!


Rock a baby beyond the tip top
♫♫♫ When the wind blow the cradle be rock ♫♫♫


dayun di tag oleh miss fadilah untuk contest ni, tapi dayun takde gambar baby ngan toys sebab baby dayun ni tak suka main menda2 gitu. baby dayun ni suka main bola dan sepak je. dia akan sepak apa je yang boleh ganti bola dan dia tak suka tengok tv macam budak2 lain suka tengok kartun kan...kecuali rancangan tv tu pasal bola n movie shaolin soccer tu mesti dia dok diam depan laptop or tv..huhu




Sorry la mRs.sHaQ kalo tak menepati kriteria/ syarat2nya k. 
klik sini tuk lihat syarat2 contest

ni baby dayun..takdela baby sangat
da 2 tahun umurnya


Nama diberi oleh Imam Kampung Paloh Rawa:
Muhammad Abdul Hakim Bin Kasmuri
Lahirnya baby akem pada 11 Oktober 2008

tarikh tutup contest : 11:59 pm, 26 Nov 2010 

mereka yang di tag 
Han 

baby dayun ni ialah adik dayun yang bongsu
not my anak k..huhu  


Darah gemuruh maghi doh...


dah kuar namelist tuk VIVA
huh..dah start nervous da ni



slide tuk presentation tak pandai siap lagi
help me!!!



sempat lagi mengedit gambar
stok gambar pasport da abes
resume tuk LI nak gambar pasport
so, edit jak la gambar2 yang ada
harap2 x nampak sangat ni gambar yg diedit!


gambar serong sikit pun boleh la kan!

AIZ kaulah sumber inspirasi aku tuk terus belajar photoshop ni.. cewahh!!


Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...