Wednesday, August 19, 2015

Teater RESDONG's Mai Lagi: Teater Pocong Kampung Melayu


Haa.. 
Ni nak ajak pakat-pakat buat ramai ni
Sejak dok Penang pulau mutiara ni cik dayun dah terjebak ngan aktiviti teater pulak. Tapi aku jadi penonton je la.. penonton dan peminat setia pementasan teater dari geng Resdong's: Persatuan Teater Pulau Pinang. Teater diaorang ni setakat yang aku tengok semuanya genre komedi. Even dulu sekali dia buat teater ala bangsawan tapi tetap dalam genre komedi.


So, siapa2 yang dalam Penang yang dok luar Penang pun boooleh jom la pakat mai ramai-ramai memeriahkan teater Pocong Kampung Melayu ni. Setakat aku dok follow teater depa ni aku tak pernah kecewa lagi la sampai setengah teater yang diaorang pentaskan tu 'Nora rasa.. Nora nak bagi 4 bintang' erkkk... satu bintang kena simpan. huhu. 


Tarikh: 28 & 29 Ogos 2015 (boleh pilih la hari apa korang free)
Tempat: Dewan Budaya USM
Masa: 830 malam
Harga Tiket: RM15.00 


Korang bolehla contact kawan dayun sorang ni brother Acan untuk beli tiket
Acan Resdong's : 017-477 0730

or korang boleh view blog/ fb geng resdong ni untuk lebih info:

13 Ogos 2015 Teater Pentaskan Kisah Sebenar Pocong Kampung Melayu S.Harian

Tuesday, August 18, 2015

Ala-ala comeback gitu :)

hye.. assalamualaikum

My last post was in January 2014, and it has been a year lebih-lebih dayun tak update blog ni.
Hope dayun boleh continue update blog ni balik, blogwalking and sharing banyak menda kat sini.
I miss my old time during university...ouchhh ;p





Walaupun kita pura-pura kuat Allah tahu kemampuan kita.
Allah tahu bila masa kita lemah dan Allah tahu bila masa kita rapuh...


Will be continued.. hehe 


Monday, January 13, 2014

Lawak Utagha The Musical




Jom pakat buat ramai...
 barisan pelakon merupakan Pelawak dari Utara....
sebarang pertanyaan mengenai tiket boleh hubungi di talian bebas GST
0174571837 mantaro.

(aku tolong promote jew..ayat pun copypaste..ahaha)



LAGU MANA PUN UNTUK HANGPA.

Saturday, August 25, 2012

Yes, I'm Still Alive!




Assalamualaikum and epy saturday...
So long not update this blog.
Bukannya hilang idea, takde cerita yang nak di story mory,
Tapi...


mY laptop da kena curi...waaa not too sdey but
feel sumting like kehilangan jugak ler.
Udahla itu laptop my mom.


For a while no more blogging
no more blogwalking,
no more fb & chatting.


Ini pun curi2 pkai ofis punya (kantoi kan, takpela da lepas ofis hour pun)
To all my follower or anyone yang selalu jenguk2 blog ni
Itupun kalo ada la kan..


Just to inform you all
mY blog & i still alive..
Bilakah agaknya dapat blogging macam dulu lagi
Missing everything about blog and each one dat connect with this blog.


sEkian.
sElamat hAri rAya :).

Sunday, June 24, 2012

Misi 1# Rapid Penang Routes Travel & Schedule... Done!



Dengan lafaz bismillah dan berakhir dengan alhamdulillah, akhirnya selesai misi pertama saya. Akhirnya, saya dapat kenal pasti Rapid Penang yang mana aku sapu esok untuk ke Queensbay. Naik bas aje kiah oii... maklumlah mykancilbesi yang eksiden hari tu da kena jual, x sempat dia nak merasa bumi penang ni. So, terpaksalah mek kelate ni belajaq2 naik bas kan sementara dapat myfutureELITE. 



Perjalanan aku esok...


Terima kasih kepada MrGoogle dan rapidpg.com sebab beri informasi yang agak membantu kepada saya. Tinggal misi seterusnya je iaitu misi menaiki bas rapid penang 307  ke Queensbay Mall. Cuba korang bayangkan, alih2 bila aku nak naik bas esok, bas 307 ni, uncle driver bas cakap aku salah pilih bas. Aduss.. mean aku kena la interbiu pakcik tu untuk mendapatkan no. bus yang betul untuk aku naik kan.



Harap2 misi esok berjaya. Yang aku runsingkan, kot2 tetiba je pagi esok aku malas nak bangun siap-siap kuar jalan kaki p bus stop depan tu tuk tunggu bas. Kalau cegini jadinya mean tak berjaya la misi aku esok. So, sama-samalah korang doakan aku dapat selesaikan misi ini esok yea.



Boleh buat drama baru ni.. BILA CIK YUN JALAN DI PENANG! Ahaha...

Wednesday, June 20, 2012

Story di sebalik gambarsss... from Myanmar wif luv!


Inilah profail picture aku kat facebook & blog. Balik2 letak gambaq ni. Tukar je gambar lain mesti xsampai 5 minit aku tukar balik pakai yang ni jugak. da jadi cam gambar rasmi da...ntah kenapa tak syok taruk gamba lain. Maybe sebab ada baik punya story disebalik gambar ni kan dayah kan...




Tadaaa...gambar kat atas ni asalnya macam ni.




Dan gambar ini telah di zoom in dan asalnya dari gambaq kat bawah ni. Sila klik tuk tumbesaran dan kejelasan berganda>.<




From KL to Cameron Highland tu aku tak nak story. Taknak bedah lukisan yang tu sebab tu kawan aku punya cerita. Sekarang cuma nak gali-gali story di sebalik lukisan FROM MYANMAR WITH LOVE...ahaha



*FROM MYANMAR WITH LOVE*


Lukisan tu dilukis oleh supervisor aku masa praktikal. Hari sebelumnya tu aku ngan kawan2 praktikal beserta beberapa staff kat loji tu conteng-conteng whiteboard kat bilik meeting ni. Disebabkan SPV aku ni masih solo lagi kitaorang selalu la sakat dia. Jadi kami conteng la kat whiteboard tu sumting yang selalu kami ngan staff2 lain kacau dia. Nak tau pasai apa? Hantaran kahwin...


Aku ngan staff2 kat situ selalu la jugak gosip SPV aku ni ngan sorang member praktikal kami. Jadi kami senaraikan la semua hantaran yang mungkin SPV aku ni bagi kat member aku dan apa pulak yang member aku balas balik. Senarai hantaran yang kami letak memang gila2 la. Salah satu hantarannya ialah kek berbentuk aerator..


gini ler rupa aerator yea pembaca2 sekalian :)


Sengaja kami tak padam semua yang kami conteng tu sebab kami tau malam nanti shift SPV aku lak. Sengaja nak bagi kena dia...ahaha. Tapi kan nak tau apa yang berlaku keesokan hari tu? Nak! Nak! Nak!



Bila masuk je bilik meeting esok pagi tu, dan bila aku tengok lukisan kat whiteboard seperti dalam gambar ketiga kat atas, aku terus ketawa, gelak sakan ni. Mana taknya, dahla lukisan tu memang shoot kat aku ngan kawan aku then da captions semuanya memang kena atas muka la. Aku tau sapa punya kerja, SPV kesayangan kami tu la.



En. SPV, balas balik nampak!


Kalau korang zoom-in gambar ketiga tu, under drawing FROM MYANMAR WITH LOVE tu, korang akan nampak lukisan sorang jejaka pakai apron sandar kat bawah pokok then ada keretaapi. Pastu ada caption pasai roti canai. Lukisan tu sebenarnya shoot kat aku. Diringkaskan cerita, aku suka sangat makan roti canai kat satu kedai ni, dan uncle yang tebar roti canai tu berasal dari myanmar. Asal staff2 loji ajak kuar minum pagi mesti aku ajak diaorang p kedai tu sebab nak makan roti canai tu.



Biasalah, semuanya geng menyakat. So, semua kat loji tu dok cakap aku bukan suka roti canai tapi suka ngan mamat yang tebar rotui canai tu. Ada kew lagu tus.. tak pasal-pasal lahirlah lukisan bertajuk FROM MYANMAR WITH LOVE ni.  siauuu jugak!



Inilah SPV kesayangan tu kununya, en dhauz. Anyone nak kenal dia, dia masih mencari..ahaha. Pandangan sisi je boleh la kan? wink! wink!




* * *


Aku suka sangat lukisan tu bukan sebab cerita di sebalik terhasilnya lukisan tu, tapi sebab aku rasa lukisan tu nampak cantik dan macam ada makna tersirat. Aku sengaja p taruk gambar aku yang nak2 nampak je tu. Berangan la kononnya lelaki dalam lukisan tu ialah my future awesome one yang sedang teringat2 kat aku. Pakai apron tak bermakna  si dia kerja tukang masak, tapi my awesome one kalau boleh mestilah yang suka menolong di dapur dan pandai masak! 



Dayun feeling in LOVE kejap..huhu.




Bebellagi: ntah bila gambar lain pulak yang akan amik alih profail picture tu. gambar mana pulak yang mungkin bertuah tu?


Thursday, June 14, 2012

Players # bollywood action ala hollywood!


Syok owh tonton movie ni. Aksi-strategi-sound video fuhhh!! memang ala-ala hollywood punya action movie la. Lagi syok owh tengok movie ni pakai tv LED yang besoq tu, dahla sound speaker pun gempak, lagi la layan aku nengok cite ni. Kalau korang-korang yang belum lagi tengok cite ni, silalah segera menonton. Tak rugi kalo korang tengok movie ni.








Hero ngan heroin dia pun okehhh la. Tapi tak syok sangat tengok si Sonam Kapoor berlakon. Yang lain no problem. Cerita ni pasal rompakan. ko cilok aku aku cilok kau. lebih kureng macam tu la. Tak nak story panjang korang tengok la sendiri. baru tau syok tak syok movie nie..huhu


Assalamualaikum :)

Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...