Tuesday, December 15, 2015

Monday, December 14, 2015

Lazada Online Revolution #INCASEYOUMISSEDOUT




 
Bak Kata Miss Farrah MF bulan Disember ni dikategorikan sebagai bulan oniomania. Pasaipe? Pasal bulan ni la bulan paling banyak sale. Tak cukup dekat shopping2 mall kat penang ni dah buat aku rambang mata ngan Year End Sales ni ditambah lagi pulak dengan online sale yang offer discount 'pecoh palo' sangat menguji tahap oniomania aku ni. Mana taknya asal blogwakling pakat dop cite pasal online sale, check email lak berlambak masuk newsletter dari online shop yang aku follow pasal sale diaorang. Sabar je la.


Apapun jadilah pembeli bijak.. hehe. For those yang terlepas LAZADA Online Revolution bolehla usha tengok mana yang berkenan. Yang dah pun boleh sambung lagi tapi beringat ea jangan terover lak. 




Wednesday, December 9, 2015

PERSEMBAHAN KHAS "TRIBUTE TO YUS JAMBU" GANTI LAWAK UTAGHA 2



Dalam Kenangan-Al Fatihah


Ingat lagi tak entri sebelum ni meq ada promote pasal LAWAK UTAGHA 2? Nak dimaklumkan kat sini Teater tu dah ditukar jadi Teater Khas Tribute to Allahyarham Pak Yus Jambu. Baru nak update ni, masa begitu mencemburui meq...



GEORGETOWN - Teater khas tribute bagi mengenang pemergian pelawak terkenal tanah air, Yusri Edoo atau lebih dikenali sebagai Yus Jambu akan diadakan oleh aktivis seni Pulau Pinang.
Produser dan juga Pengurus Produksi Persatuan Teater Presdongs, Hasrol Hisham berkata, teater berkenaan diadakan bagi menggantikan Teater Lawak Utagha 2 yang sebelum ini dirancang untuk menampilkan arwah sebagai pelakon utama.

"Kami sendiri terkejut dengan pemergian Yus. Berikutan itu kami ambil tindakan drastik untuk membatalkan pementasan berkenaan.

"Namun untuk mengenang jasa dan menceritakan kisah perjalanan seni arwah, kami menggantikannya dengan teater tribute khas yang diberi judul Teater Satu Perjalanan Seni: A Tribute to Pak Yus yang dianjurkan oleh Persatuan Teater Resdongs dan juga Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia (USM)," katanya.


Menceritakan kenangan bersama arwah, Hasrol berkata, Yus salah seorang selebriti yang tidak pernah berkira dengan kawan-kawan mahupun mengenai pembayaran untuk persembahan.
Menurutnya, dia menjemput arwah Yus sekali lagi untuk menyertai pementasan teater Lawak Utagha 2 selepas arwah juga pernah terlibat dalam Lawak Utagha 1 yang mendapat sambutan hangat.


"Arwah begitu seronok bila saya maklumkan dia akan jadi hero untuk teater kali ini. Saya kemudiannya berterus terang mengenai isu bayaran yang mana ia akan ikut jumlah penonton. Kalau sambutan tak menggalakkan, kami akan gadai apa saja yang ada untuk diberikan asalkan arwah terima tawaran. "Namun arwah kata dia tak kisah tentang bayaran, malah sanggup ulang-alik ke Pulau Pinang untuk sertai sesi latihan dan sebagainya. Yang lebih buat saya terharu apabila arwah sungguh-sungguh bantu kami mempromosikan teater tersebut sedangkan kami bukanlah produksi yang gah dan besar," katanya. 


Teater Tribute untuk Yus Jambu akan diadakan pada 26 dan 27 Disember ini bertempat di Dewan Budaya USM bermula jam 8.30 malam. Hasrol berkata, teater khas itu juga menampilkan Seni Bayan sebagai pengarah dan penulis. "Kami juga kurangkan harga tiket dari RM35 sebelum ini kepada RM15. “Teater yang dirancang sebelum ini turut menampilkan Syuk Raja Lawak dan Imuda, namun setelah pemergian arwah, Syuk memaklumkan dia tidak mampu untuk membuat persembahan kerana terlalu sedih," katanya. 


Tambahnya, saya memaklumkan perkara sama kepada Imuda dan memberitahu pihaknya tidak mempunyai peruntukan yang banyak memandangkan harga tiket juga sudah kurang. "Imuda juga sanggup menyertai teater khas ini tanpa sebarang bayaran sekalipun,"katanya. PULAU PINANG, 2 Disember 2015 - 


Sumber: sinarharian


 


Pihak Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia (USM) dan Persatuan Teater Resdong's telah bersepakat untuk membatalkan persembahan teater 'LAWAK UTAGHA 2' berikutan dengan pemergian allahyarham Yus Jambu. Susulan itu, pihak penganjur bersepakat untuk menggantikan 'LAWAK UTAGHA 2' dengan sebuah persembahan teater khas untuk mengenang allahyarham Yus Jambu pada tarikh tersebut.


Tuan-tuan dan puan-puan yang telah membeli tiket 'LAWAK UTAGHA 2' bolehlah menghubungi 019-4587813/ 012-5618434 untuk mendapatkan pulangan wang anda. Persembahan teater khas untuk mengenang Pak Yus akan diadakan di Dewan Budaya USM pada 26 dan 27 Disember 2015, jam 8.30 malam dan tiket beharga RM15 untuk seorang.


Sila hubungi talian 019-4587813/ 012-5618434 untuk maklumat lanjut berkaitan perkara ini.


Sumber: usm.news
 
 

Thursday, November 26, 2015

Teater Lawak Utagha 2 #26 & 27 Disember 2015 Auditorium Dewan Budaya USM



Assalamualaikum semua..


Selaku peminat setia teater pulau pinang.. nak promote sikit ni. Cehh setia sangat, tak layak dipanggil setia lagi tapi kat mana ada teater kat situ biasanya ada la ceq ngan kawan ceq sorang ni cik Jue Jelita. Dari teater kecil-kecil sampaila teater yang pakai budget lebih sikit, insyaAllah ada rezeki tiada kekangan lain sampaila kami berdua kat dewan teater tu... huhu.


Oklah ni dayun nak cite ni, Teater Lawak Utagha 2 kali ni adalah kesinambungan dari Teater Lawak Utagha the Musical tahun lepas. Teater kali ni masih mengekalkan hampir separuh dari pelakon-pelakon teater dalam lawak utagha yang sebelum ni. Kalo tak silap la teater kali ni pun ada musical je 'rock jiwang' kot..huhu.


Kalau angpa semua berminat nak menonton teater ni bolehla direct contact nombor fon dalam poster tu ea.  Yang dealer2 tiket ni semua sempoi-sempoi.


k, bye..

Saturday, November 14, 2015

Tuan Anas Mikael #Kalau awak jaga saya elok2 saya akan jaga awak elok2 juga!


Kenapalah saya pun tersayang tuan jugak.. hehe.


credit to Google


Rumah sewa kami takde Astro, tak leh layan Tuan Anas Mikael kat screen yang besaq kan. Nak harap tonton online kat laptop, sampai sekarang belum ada pengganti bagi laptop meq yang dah kena cilok dengan budak pecah mana ntah. Mesti muka pecah jugak kan yang mencuri tu.. hehe. So meq leh harapkan handphone Huawei G5110 meq je tuk layan cerita ni. Berguna jugak ko ea phone, yea Huaewi Bestwei! dan dan kan..


Dengan skrin bersaiz hampir 5 inci, maka saya gagahkan diri melayan cerita Tuan Anas Mikael ni online. Nak kata tersangat best jalan ceritanya taklah jugak, tapi sebab ada unsur komedi kan lagi-lagi ngan pelakon Zara Zya dan Aaron Aziz yang bawa watak pelakon utama memang layan r. Dok dalam bilik gelak sorang-sorang. Ayu Maisarah oo Ayu Maisarah kau suka sangat guna perkataan kekwat tu kan. Lawak la kau Ayu.


Kalau awak jaga saya elok2 saya akan jaga awak elok2 juga... new password ;)

Setakat ni meq dok layan online drama ni dari website myflm4u.pw. Terima kasih yea empunya website. Katanya drama ni ada 15 episod. Baru tayang 4 episod, harap-harap data meq cukuplah sampai next renew. Layan Tuan Anas Mikael lagi best dari layan drama Hello Mr.Perfect kat slot akasia TV3 tu.. ntah apa2. hehe.


Tak sabar tunggu next episod.. semek pun layan ok!


Saturday, November 7, 2015

Let Me Introduce my sweetie SIL-sisters in law


Assalamualaikum wbt...

There has been around 9 months my superb gorgeous brothers has become a married man. Yang lebih awesome, aku dapat dua orang adik ipar terus..  Ngah n Da, uolz langkah bendul so where is my hadiah? Masih tak puas hati tak dapat hadiah sebab depa lelaki 'not written' syarat-syarat langkah bendul kena bagi hadiah katanya.. whatevaa la, adat je pun kan.


Ma dan Abah la orang yang paling happy kot dapat first menantu la katakan. Sekali dapat lak dua orang terus. Pastu yang ni lagi increse depa punya graph of happiness kot, this year dua-dua menantu ni bakal menyumbang (errkk..mcm kasar je) dua orang cucu lak.. super duper gembira la ma dan abah aku.


Perkenalkan SIL aku yang pertama Puan Yushasjulykha atau lebih mersa dengan panggilan Ieka. Perwatakannya agak manja tapi sometime agak tegas. Ni isteri adik aku yang kedua Abang Ngah. Umur dia orang pun sama 25 tahun.


Abang Ngah dan Ieka

SIL aku yang kedua ialah Puan Nurhidayah but friendly call norniey among us. Actually dia masih belajar dalam tahun kedua Course Law di Uitm Shah Alam. Yang ni beza ngan adik aku setahun dia 23 tahun adik aku 24 tahun. Ni isteri adik aku yang ketiga Abe Da aka Abe Ji. Otak dia agak gila-gila, funky girl and bila kami mula chitchat gosip mak jemah memang tak pandai habis.. hehe.


Abe Da aka Abe Ji ngn cikyah.. hehe ngan noorniey

So Far, aku boleh adapt dengan kedua-dua pattern SIL aku ni. Mungkin jarak umur kami pun tak banyak beza, lagi-lagi Gen-Y kan, kepala otak lebih kurang la. InsyaAllah pertengahan bulan disember nanti ak akan dapat anak saudara..hoyeaaa. Alhamdulillah. Makin bertambah kaum kerabat Pakdo Kasmuri and Cg Lili.


Family photo, rembat dari adik aku siap edit bagai dah dia.

Cerita pasal SIL yang kau bila pulak.. huhu senyum kelat tapi gedik!


Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...