Wednesday, July 21, 2010

uniknya dabawallas dan bisness mereka


DABAWALLAS


Korang boleh jumpa dabawallas ni kat bandar dalam pic kat atas. mana tu ek? ramai je penduduk kan? Actually this is Mumbai, India. So.this is a chronicle story of Mumbai's overlanders..hahaha.

Dabawalla ni sebenarnya gelaran yang diberi kat orang yang bekerja hantar makanan tengahari kat pelanggan2 mereka yang majoritinya kerja kat pejabat. Diaorang akan pakai topi kat atas kepala diaorang tapi i lupa apa nama topi tu dan ini membuatkan mereka lebih dikenali. Istimewanya makanan yang dihantar ni dimasak oleh isteri atau ahli keluarga pelanggan2 abang dabawalla ni la. Around 9 a.m, dabawallas ni akan pergi ambil makanan yang sedia pack dalam tiffin-box atau tempat kita biasa panggil mangkuk bertingkat. Lepas amik semua lunch box ni dari pelanggan, dabawallas ni akan berkumpul kat satu tempat, biasanya kat stesyen keretaapi. Kenapa kat situ plak?

Ingat lagi tak masa belajar geografi PMR dulu2, keretaapi adalah pengangkutan utama negara India. So, keretaapi adalah medium pengangkutan semua bekalan makanan tengahari ni. Memandangkan jadual keretaapi yang bergerak setiap 4 minit, jadi takde masalah untuk diorang sampai ke lokasi setiap pelanggan diorang. kat stesyen ni gak dabawallas ni akan susun semua bekalan makanan tu ikut lokasi makanan tu patut dihantar. Setiap bekas makanan tu akan ditanda lokasi yang patut dihantar, dan semua-semua ni dibuat mengikut sistem yang diorang dah reka beberapa abad yang lalu lagi

nampak tak tulisan yang warna merah, kuning atas mangkuk tingkat tu, itulah cara dabawallasni tanda lokasi penghantaran makanan ni...

Bukan setakat hantar, diorang akan pungut balik semua lunch-box pelanggan2 diaiorang dan hantar balik kat rumah pelanggan. Kebanyakan yang jadi pelanggan dabawallas ni berpuas hati dengan sistem ni sebab diaorang dapat makan makanan yang dapat dimasak dari rumah walaupun berada di pejabat. Makanan yang dihantar juga tidak sejuk kerana semua lunch box tu dibalut dengan kain yang dapat mengelakkan kehilangan haba dengan cepat. Makanan yang dihantar tepat pada masanya juga menjadikan pelanggan setia dengan sistem ini dan ia terus digunakan secara meluas di sekitar bandar Mumbai.

Abang2 dabawalla ni memang rajin bekerja kan...








apa..nak tengok lagi pic abang2 ni??? search la kt pakcik google.banyak tu. huhu. chow lu, i nak p kuliah...



fyi:// entri ni di post sbb i terbaca pasal artikel ni dalam magazine kat dalam flight airasia. and i think it was an interesting article.

2 comments:

::FAIZ:: said...

Ustazah... Apa Khabar? lama tak singgah sini... Maaf ustazah... agak BZ.....keje... balik rumah terus tido.....masa cuti je ada masa layan blog....

Unknown said...

beres faiz..
xpe2 ustazah x berkira..hahaha
mengaku ustazah plak!

Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...