Saturday, April 30, 2011

Memang maju negara kita, sampai ada K-POP Malaysia.


K-POP Malaysia..huh, syok plak aku dok membaca bebelan cik epal pasal diaorang ni. Aku kalo nak ikutkan K-POP versi korea pun aku tak follow pun. Tak kenal pun. Sekadar tau nama-nama group je dari coursemate. Kalau suh layan cite korea tu aku leh terima lagi kot.



Memang maju negara kita, sampai ada K-POP MALAYSIA. Sikit lagi abis jahanam anak muda. Cukup-cukuplah  gejala hedonisme yang dah ada. Sibuk dok kejar popular. Identiti bangsa tergadai akhirnya.



K-POP Malaysia GULA-GULA dan 24:7
Aku tak tahu la syarikat mana atau orang perseorangan yang wujudkan group K-POP MALAYSIA ni. Bagi aku menda macam ni tak patut la. Cukup-cukuplah orang kita dok meRAJAkan geng-geng K-POP KOREA tu ni nak rosakkan anak-anak muda Malaysia ni pulak. Ceweks dan cowoks yang join GULA-GULA ngan 24:7 ni, takkan tak boleh fikir kot menda yang labih baguih, tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi sikit yang nak dibuat.


Looking at them especially the GULA-GULA girls..

owh, bakpo gitu? malu kokrang


Terus teringat isu GADIS CUCI DAMANSARA 18sx suatu ketika dulu. Maaf kalo terover judge. Terasa nak like plak statement sorang komentar di blog cik epal tadi Littlegurl. Katanya kalau dulu faizal tahir kena banned disebabkan bukak baju di khalayak ramai,artis pompuan yang macam ne nape plak tak saman lak?



Geli bak kata cik epal looking like a gay...ouch!

adik-adik lelaki ku, janganlah suatu hari nanti korang merelakan dijadikan macam ni.


Kalo ada aweks kat luar sana tu support 24:7 ni aku tak tahu nak kata apa la. Baek aku layan budak tadika perform dancing hari graduasi diaorang, takpun tengok budak sekolah PASTI nasyid.. sejuk mata memandang. Macam dah takde identiti sendiri dah. Abe wei.. malu gak sikit tayang situ-sini kat sinu..huhu



Kata-kata penutup, se gah mana pun kita, adalagi yang MAHA GAH dari kita semua. Budaya kita wajah kita.  Sekian berita dayun @dhoc!

Wednesday, April 27, 2011

♥ Industrial chemistry farewell lunch..a moment to remember ♥



monolog di sebalik exchange gift ♥


"kecik je kotak tu, apa..cincin kawin ke kat dalam tu"
"kotak je yang besar tu, kat dalam suratkhabar je bergulung banyak"

"aku nak yang tu besar tu kotak dia"
"apa kau dapat.. cepat buka nak tengok"
"yahooo..dapat hadiah.suka-suka"




***



IF WE EVER MEET AGAIN ♥
Pejam celik, pejam celik dah tiga tahun rupanya kita bersama
bergerak kerja bersama dalam pelbagai akitviti
family day-Ki nite- group esaimen yang berlambak
bertungkus lumus dengan final year project
menyiapkan lebih dari 20 lab reports
memenuhi 120 jam kredit




every moment of us here is a masterpiece
with the sporting lecturers, awesome coursemate
form different races & religions
i am Malay. owh u Iban. yes i am chinesse. me bugis bah




25 mei 2011 ♥ 
tak bermakna inilah kali terkahir kita ber-gathering begini kan?
macam bunga cakap la...
"I believe this won't be the last picture we took together. We're going to meet again, someday,right?"




 dayun got this white tiger from the exchange gift... tenkiu yan really ♥ it


 my gift for exchange. ni dayun design sendiri bacgkround  jam tu. letak pics lecturers
 KI harap sape yang dapat tu suka la yea..huhu.biarpun sy design tak cantik ♥


 with beloved supervisor for FYP Miss Rubia and group members ♥


 aummm...grrrr...hehe, wif the tiger girls. hahaha ♥


 our menu for lunch...burrpppp! alhamdulillah ♥


 with their awards ♥


 guestbook : everything u wrote there is a masterpiece for me ♥


chemist to be 


our bond are COVALENT
if we ever meet again ♥



 dayah, the best friend of mine... u know her? ngeh3 ♥




now i really proud to say that i'm an Industrial Chemistry
student of Universiti Malaysia Sabah
beneath of the wind



bebellagi: more pictures here PART1PART2

Sunday, April 24, 2011

Abah oii..nape sukar bangat mo ubah fikiranmu ini


Ayat femes abah ku sayang:

"Abg teh nanti belajar sungguh-sungguh, berjaya STPM kekgi bulih masuk U, challenge abe-abe awok yang masuk politek tuh.."

"Anak orang lain pakat masok U blako, kito tu tak tahu mano halo"

"Tu la, main banyak, sibuk dok pacok bendera pilhanraya..kena band la tuh takleh masuk U"



Abah oh abah.. kenapa la susah nak ubah pemahaman, pandangan beliau. Sudah berapa kali aku kasi explain, fahamkan dia, beranalogi lagi, tapi semua tu cam tak bagi long-term effect kat beliau. Masih setting lama jugak. Selaku anak sulong, akulah tempat dia meluah segala-galanya. Kadang-kadang macam reporter pun ada gak. Mana taknya, aku ada adik 10 orang.. pe'el perangai sorang-sorang dia cite kat aku. Boleh kata tazkirah pendek yang patut adik-adik aku dengar, aku pun turut kena.



Aku pun tak faham kenapa bagi abah, kalo anak-anak dia dapat masuk U, itu merupakan satu kejayaan besar. dua orang adik aku sorang tahun akhir dan sorang lagi tahun dua di politek sekarang. Result U kuar, diaorang tak dapat tawaran pun. Abah bising sebab ingat tak dapat sambung belajar. Then diaorang dapat tawaran politek. yang kesiannya, selalu gak abah bebel-bebel sebab tak dapat masuk U. 


my mom on her convocation last year

Aku rasa mind abah dah ter-setting gitu kot. mungkin sebab masa zaman dia dulu susah nak masuk U dan siapa-siapa yang dapat sambung belajar kat U tu memang hebat kot. mungkin sebab tu kot dia asyik dok suruh kitaorang adik-beradik belajar sampai masuk U. hehehe...Abah oh abah. da berapa kali along cakap belajar kat mana-mana pun sama je. Asal niat kita betul dan memang kita belajar. Kalau masuk U sekalipun, tapi belajar tak jugak, sekadar pegang title budak U pun apa kejadah gak kan. Lagipun Politek ok ape, lebih teknikal, budak-budak laki lagi suka.



Buat adik-adikku sekalian, aku tahu korang baca bog ni. Pesan aku, ANGAH & UDA korang belajar molek, maintain pointer 3.00 above korang tu, tunjuk kat abah walaupun korang tak masuk U, korang still leh survive dan berjaya masa depan di politeknik tu. Yang lain-lain, try your best la supaya nanti leh dapat masuk U,abah pun gembira, kita pun takyah poning kepala ek.  


bebellagi: lagi sebulan nak check-out dr uMs =)

Saturday, April 23, 2011

Maharani review maharaja lawak


Assalamualaikum...pekabor orang kampung, pekan, bandar pun kira sekali lah.


Walaupun kat sini ada tv tanpa astro, aku masih dapat layan Maharaja Lawak ni. Walaupun aku balik rumah nanti, ada astro tanpa astro warna pakej mustika sekalipun aku masih dapat tengok Maharaja Lawak ni. Macam mana tu? Maharani kat sini sentiasa bertuah sebab ramai rakyat jelata di luar sana sangat peka dan prihatin dengan nasib orang-orang seperti Maharani ni. 

Dengan adanya mereka-mereka ni, maka khidmat Orang Kuning yang gagah perkasa amat diperlukan untuk aku muat turun sketsa Maharaja Lawak setiap minggu [DiGi broadband sila up speed ok]. Dengan adanya orang-orang seperti mereka ini juga maka aku tak terasa rugi pun kerana tak melanggan Pakej Mustika sebab aku masih tetap dapat tonton Maharaja Lawak. Arghh!!! lantaklah orang lain tengok live, dah gelak guling-guling sampai keluar anak tekak, sekarang turn aku pulak gelak...janji aku dapat tengok.



Maka sekalung penghargaan kepada MEREKA-MEREKA yang berkenaan yang baik hati sediakan link-link untuk aku muat turun sketsa Maharaja Lawak tiap-tiap minggu terutama TeaMarYzs, site aku selalu download cite gak ni. Aku tak tahu la korang dapat site income ke tak upload links kat site korang tu, apapun aku doakan korang murah rezeki selalu la...amin!



Sementara tunggu dioarang update full link, layan dulu Maharaja Lawak kat YouTube. Ada yang pas subuh nanti baru bantai tido ni... astagfirullahalazim.



bebellagi: Jozan, Nabil, Sepah & Jambu je yang aku layan =)

Tuesday, April 12, 2011

Penenang jiwa dari teman blogger..


Ya Allah
Lenyapkanlah Dukacita Ku Hilangkanlah Kesedihanku
Sembuhkanlah Kesakitanku Dan Halaulah Keresahan Dari Jiwaku


Gantikanlah Di Tempat Keresahan Ini Dengan Kedamaian
Di Tempat Kedukaan Dengan Kegembiraan
Dan Di Tempat Ketakutan Dengan Keamanan


Sejukkanlah Gejolak Hati Ini Dengan Salji Keyakinan
Dan Padamkanlah Bara Dijiwa Dengan Air Keimanan




mood tunggang langgang
VIVA coming soon 14/04/2011

Friday, April 8, 2011

Santapan rohani pagi jumaat "Tujuh Ayat"



Sabda Rasulullah SAW: 
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini 
akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya
 walau sebanyak buih di lautan... [wallahua'lam]




1. Bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulliah: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3. Astagfirrullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4. Insyaallah: jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.
5. Lahaulawalaquataillahbillah: bila tidak dapat melakukan sesuatu yang 
agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6. Innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7. Laailaahaillallah: bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita  tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.



Wednesday, April 6, 2011

GIVEAWAY PURSE POLO by DARKBATMAN


Hadiahnya ialah PURSE POLO original ye. 
Jangan risau ini bukan Petaling Street mari. Kehkehkeh! (darkbatman, 2011)



Suka brand POLO ke darkbatman? hehe
Giveaway ni start smalam lagi 5 april sampai sabtu ni 9 april 2011
Peraturan permainan sila ikut kalo tak nak kena jual >.<

http://darkbatman.com/giveaway-2-by-darkbatman-rebut-peluang-anda-untuk-memenangi-purse-polo-2/


  • Buat entri simple yang bertajuk “GIVEAWAY PURSE POLO by DARKBATMAN
  • Letak banner giveaway di atas di dalam entry. Jangan lupa link kan ke entri giveaway tu
  • Tag 3 orang rakan untuk join contest ini (sapa – sapa pun boleh tapi mestilah blogger)
  • Tinggalkan link entri kat bawah ruangan komen entri giveaway darkbatman ni
  • Giveaway terbuka kepada semua blogger tidak kira umur dan jantina. Kehkehkeh!!
  • Giveaway bermula hari ini, dan tarikh tutup nya ialah pada 9hb April 2011, iaitu hari sabtu. Pemenang giveaway akan diumumkan pada 10hb April (Ahad).


da lama tak join giveaway, sekali tadi ternampak giveaway ni terus join
PURSE POLO tu kalo aku dapat takdenya aku guna karung merah RM 3.50
aku ni lagi...hahaha


Amboi dayun habis manis sepah dibuang haa..
Takdelah aku sayang karung merah aku ni. Tapi kalo dapat PURSE POLO
ni leh aku sumbat banyak duit sikit...erkkk!!
sejak bilo ko banyok duit ni.



Dengan kuasa veto mereka yang ingin saya tag ialah

kyoo reza
aaja tyne
mai 


Monday, April 4, 2011

Aku suka part terakhir ABPBH 2010....n cayalah zizan ♥♥♥



 "Siapa setuju saya Usop buat pengumuman bintang paling popular 
sila angkat tangan macam saya"


Aku tak nak cerita sangat pasal siapa yang menang sebab korang sendiri lagi tahu kan tapi aku nak story mory pasal part terakhir ABPBH edisi ke-24 nih. Sumpah, serius ini bukan BLOG SERIUS, aku suka part last ni.. dari part Kak Nita ngan abg superman kita Faizal Tahir tu kuar, n yang paling happening masa nak umum siapa Bintang Paling Popular ABPBH 2010 tu. Si Usop wilchaa ngan johan..  waaaa..i like x10 kuasa infiniti. hahaha...excited ngat nampak. ngeee =)


Pecah panggung B49-06 gelak tengok part last ni. mesti Mamat Khalid bangga gila..kan abang mamat khalid kan? kan? Pastu sporting sangat-sangat semua yang ada kat dewan tu kan bila si usop mintak angkat tangan macam dia, semua lambai sampai semua budak-budak umah aku pun ikut melambai sama [termasuk aku sekali...ngeh3]. 


Pastu yang part Shaheizy Sam berlari tu kan..aku ingat kan dia nak p mana rupanya nak p amik mak dia, nak peluk ketat2. Aku bila tengok dia peluk mak dia, cium mak dia terus aku rasa sebak...sebak aku teringat umah. hahaha..takdelah sebab aku terfikir jap, susah bha sekarang nak tengok anak-anak yang sayang , hormat mak dia lagu tu. Bukan sekali, dua dia peluk cium mak dia, berkali-kali tu. congrats sam, u paling popular malam ni!


with a great big hug n a kiss from me to u



wondergirls..wonderdatuksiti. hehe..cumil diaorang menari. Pastu korang perasan tak masa Datuk Siti nyanyi perform lagu kedua tu ada penari keluar bawa gendang semua la. kalo korang perasan gendang tu tong sampah rupanya, simba nya pulak tudung tong sampah =) Tapi kejap je datuk siti nyanyi.. aku rasa persembahan penutup yang lepass punya lagi lama.


Tapi ni part paling penting..my ♥zizan menang artis komedi lelaki popular. Ingat tak entri sebelum SINI ni aku cakap biasanya yang jadi pengacara ni susah nak menang, tapi si dia telah membuktikan teori aku salah. apa lagi pompuan ini terus bangun dari beanseatnya dan melompat lebih tinggi. tahniah zizan.


if u happy n u know u clap ur hands





Sebagai selingan... adik aku perasan muka dia cam Syahir.Terus mesej aku habaq dia menang artis baru paling popular. Koya tak abis, srupo tang mano tau... nih aku tempek gambo adik aku  tuh.. ada iras ke??? 







Angah..mg toksoh koya lebih la deh..sedetik lebih takpo. huhu =)


bebellagi: nak baiki printer aku ni jap, buat hal la pulak...hujung minggu ni kerja aku baik printer orang je. tukar profesyen la lepas ni takyah jd chemist jd technician! ngeee

Saturday, April 2, 2011

ABPBH 2010- moden klasik bersama ♥ Raja Azura ♥ Sharifah Shahira ♥ Zizan♥



Salam hujung minggu semua... dalam dok sibuk-sibuk siapkan final year project sempat lagi aku tulis entri ni. hahaha..bukan apa pompuan ini sangat teruja bila dia dapat tahu Zizan raja lawak akan digandingkan dengan Raja Azura dan Sharifah Shahira  sebagai pengacara ABPBH untuk edisi ke-24 ni. omg! i   zizan. 

Apa? Tak dengar? aku lembab? ketingggalan? korang dah tahu? owh..takpela. dats mean korang sentiasa update ngan isu semasa, aku terlepas  maybe sebab berukband korang laju kot...cepat je google situ sini. ngeh3..

Erm..kalau ikut sejarah ABPBH sebelum-sebelum ni, stakat yang aku tengok la, kalau dah jadi pengacara untuk malam kemuncak ABPBH ni biasanya diaorang ni takde menang apa-apa anugerah pun. just tersenarai top 5 je. Kalau aku salah betulkan ek! Tapi mana boleh zizan tak menang..aku dah undi dia untuk menang kategori Artis Komedi Lelaki Popular...erkk.. kantoi!


 i  zizan
sumber pakcik gOogle


sumber makcik gOogle
habislah kau zizan kena bantai ngan 2 orang akak tiri ko ni...hehe



Sedikit info tentang ABPBH 2011 yang aku TERperasan la..

  1. Penaja utama kali ni bukan HAABIBBBBB lagi tetapi syarikat telekomunikasi gergasi Celcom Axiata Berhad.
  2. Barangan kemas pun bukan habib jugak yang taja tapi ditaja oleh Rafflesia
  3. Pengacara kali ni 3 orang
  4. Pemenang bintang paling popular akan membawa pulang kereta Nissan Teana 2.0 dan aksesori mutiara putih koleksi Primadona Klasik daripada Rafflesia/Mandalay
  5. Segmen persembahan akan diserikan oleh Alyah, Anuar Zain, Datuk Siti Nuhaliza, Hujan, Ella, Ning Baizura, Yuna dan Azlan and The Typewriter

Haha..tak sabar nak tunggu malam esok. aku da tempah seat first class kat umah sebelah dua bulan lepas lagi. amboi dayun excited semacam..projek kau tu belum siap.sudah! sudah! da banyak da aku merapu... lastly aku nak jerit 

.: ♥  zizan :.


bebellagi: bukannya aku memuja si dia..sekadar meminati lawak yang di bawanya hasil seni anak watan..hahaha.

Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...