Alhamdulillah,
Semuanya berjalan dengan lancar setakat ni, dari masa nak apply melarat ke interviewn tinggal nak mula kerja je. Mekasih Mrs. Ong sebab bagi position ni kat saya. Sayang lebih.. ahahaa.
Tak lama lagi saya da tak jadi Penganggur Berjaya. Tapi saya bangga jadi seorang penganggur tuk beberapa bulan ini kerana saya bukan penganggur biasa. Saya penganggur bergaji dan berpengalaman.
Kenapa saya gelar diri saya PENGANGGUR BERJAYA?
# Sepanjang saya jadi unemployed person ni, saya dah berjaya habiskan 'Executive Developement Training' selama dua bulan. Terima kasih pada GEMS sebab da kasi up saya punya interpersonal skills, grooming, dan meng-UPkan tahap keyakinan dalam diri saya. Sampai puan yang interview pun cakap saya nampak berkeyakinan untuk dapatkan position tu..huhu.
# I am a good-lovely nanny for my baby girl. Lovely la sangat kan! Walaupun saya tak kerja, tapi saya habiskan banyak masa saya selama lebih kurang 4 bulan menjaga adiks saya. Maklumlah parent kerja, pengasuh lama da blah maka saya la yang kena sambung kontrak jaga budak2 ni. Sorang umurnya 4 tahun, sorang lagi da masuk 8 bulan. Banyak perkara saya belajar pasal baby, takde la susah untuk tak care diaorang kalo kita tau caranya. Dan saya dah berjaya... experiences yang berguna tuk masa depan. haha.. duit poket pun dapat. wink! wink!
Btw, doakan saya diberi kemudahan. Hope alam perkerjaan saya nanti takla se-SCARY yang sesetengah orang alami. Saya bakal bermula dari bawah, tapi saya yakin jika saya rajin dan berusaha untuk capai target saya, pasti saya akan lebih cemerlang suatu masa nanti biarpun saya perlu bertatih setapak demi setapak!
Yang bakal bekerja dan yang sudah pun bekerja jom kita sama-sama betulkan niat kita supaya rezeki yang kita dapat nanti diberkati oleh Allah s.w.t.... Amin!
3 comments:
Assalamualaikum. Alhamdulillah... semoga berjaya
wslam faiz... terima kasih. ko pun all da best in ur life wif more barakah from Allah s.w.t!
The quote gives a very sound advice. Indeed, imagine yourself as the person who you want to become. Own your dream.
Thanks for visiting my blog! See ya.
Post a Comment