Friday, December 31, 2010

Coretan 2010 daYah daYun...



Kita diberikan hari ini tetapi belum dijanjikan hari esok. 
" Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran "



Tinggal lagi beberapa jam nak masuk ke tahun baru 2011. Kalau ikutkan, kita yang beragama islam dah hampir sebulan menyambut tahun baru Hijrah,1432 kan. Sebagai penutup 2010, aku tinggalkan sedikit coretan 2010 suka duka aku, daYah daYun
  





November- Disember 2010

Korbankan cuti semester untuk final year project. Setakat ni baru prepare sampel. Cuci seaweed je dah separuh hari, jemur bawah matahari amik masa seminggu dua gak ngan cuaca yang kejap hujan, kejap panas. Then, disebabkan tajuk FYP yang lebih kurang sama ngan beberapa student yg lain,terpaksa tunggu turn tiap kali nak guna blender, nak guna sieve, memang menguji kesabaran la. Untuk tahun baru ni, azam aku nak belajar bersabar sikit, sebab aku ni kurang sabar, last2 hampeh..hahaha.





September- Oktober 2010

Fieldtrip at beaufort and Labuan. Boleh lihat sini. Ni kiranya lawatan sambil belajar la, tapi bagi aku ni lawatan makan angin...huhu . Tapi yang menyampahnya balik fieldtrip kena buat report. Tapi yang bestnya, aku suka dapat jalan p sana, at least sepanjang aku di sabah sampai la jugak kat Pulau Labuan tu. Yang aku paling suka dapat naik feri besar tu. Da lama tak naik feri besar weh, last aku ingat pun masa sekolah rendah p Penang :)




Ogos 2010

Buat pertam kalinya kos aku buat dinner' KI NIGHT. Sepanjang aku kat uMs ni tak pernah sekali pun aku ikut dinner. Dinner kolej ke, sekolah ke. Disebabkan aku da di tahun akhir [insyaallah], jadi bila kawan2 ajak aku ikut je la. Tu pun last minute la jugak aku setuju nak ikut. Main rembat je apa yang ada. Nak tahu cerita pasal dinner ni leh tenyeh sini. huhu





Julai 2010

Masa first year aku juz join sebagai peserta,and then bila dah masuk second and third year amik alih tugas AJK pulak. Program ni program berunsurkan islamik sebenarnya. Apa yang aku suka tentang program ni ialah setiap program atau aktiviti yang dijalankan,mesti last2 bawa kita berfikir tentang amal yg kita lakukan, muhasabah diri, dan aku rasa tenang walaupun awal2 tu ada je halangan untuk aku ikut program macam ni. 









Jun 2010

Time ni Semester Break.Ramai kawan-kawan aku yang kahwin time ni. Orang dah jemput kita p je la, amik berkat, amik berkat. hahaha... Tapi cam awal sangat la diaorang kawin, baru21, kalo aku la,erm...takyah cerita la. Apapun semoga diaorang kekal bahagia selamanya...




Mei 2010

Atas alasan final exam habis awal, dan jarak tiket flight aku yang agak lewat tuk balik klate, so aku join la program ni dengan budak2 rumah. Dapat makan free best pulak tu, dapat keluarga angkat yang baik, dan yang penting dapat jalan2 p keningau dengan mereka2 yang cun ni...hoyeaaa!




April 2010

Sempat join program Solat Hajat Perdana dan Forum Akademik yang memang mantop la. Yang ni under EKSAH dan Akademik.

"Hari ini kita selamat menyeberangi jambatan dunia kerana sempurna ciptaan manusia, Suatu
hari kita gagal menyeberangi jambatan akhirat kerana tidak meyempurnakan tuntutan dan kewajipan"


Febuari- Mac 2010

Bulan Febuari ni banyak agenda underground sikit. Meh kita skodeng satu-satu

1- Kimia Industri Family Day. 27.02.2010




2- My Kosmate and myx-chentahati celebrate besday aku yang ke_____tahun. 14.02.2010





3- Join sebagai AJK Makanan kali untuk Program Kembara Ilmiah Siri II, best owh tempat ni, sejuk coz kat kaki gunung kinabalu. Nampak tak gunung kinabalu dalam gambar tu? 12-14.02.2010





Januari 2010

Awal2 sem dah sibuk dengan pilihanraya kampus PRK. Sistem e-voting masa PRK kali ni banyak mencetuskan rasa tak puas hati kat kalangan mahasiswa. Korang baca paper tak? hehe.. Apapun walaupun penat, turun kolej tu, turun kolej ni untuk manifesto calon dan tolong meraih undi, tapi semuanya berbaloi la bagi aku sebab, most calon2 yang aku vote, dan promote menang. Alhamdulillah.. nak lagi baca sini.




"Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun, bila-bila masa ia akan pecah"






Selamat Tahun Baru 2011..
Hope azam yang 2010 dah tertunai, so jom kita sama2 tunaikan azam 2011. 

Wednesday, December 29, 2010

Monolog Cinta disebalik Indiana Jones



Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan,
Dua tangan untuk memegang,
Dua telinga untuk mendengar dan
Dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping
hati kepada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati 
pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah yang dinamakan CINTA...
Cinta bukan melemahkan hati,
Bukan membawa putus asa,
Bukan menimbulkan tangis sedu-sedan
Tetapi,
Cinta menghidupkan pernghargaan,
Menguatkan hati dalam perjuangan,
Menempuh onak dan duri penghidupan...


[Diari Cinta 2010]








Cinta adalah suatu keajaiban,
Ia mampu membawa manusia ke alam bahagia,
Mampu juga membawa episod derita,
Cinta adalah suatu pengertian,
Dengannya manusia mampu meninggalkan segalanya,
Dengannya manusia sanggup mengejar segalanya,
Cinta adalah anugerah,
Cinta adalah fitrah,
Cinta manusia tiada kekalnya,
Cinta kepada-Nya selamanya... Insyaallah!


[Nukilan penuh makna dari ukhti hidayah]




Cinta kepada Allah dengan ketaatan,
Cinta kepada Rasul dengan keperibadian mulia,
Cinta kepada jihad dengan perjuangan,
Cinta kepada makhluk denganmentaati Allah,
mencontohi rasul dalam berperibadi dan
Sentiasa hidup dengan perjuangan
yang pastinya menagih pengorbanan...




fyi: Indiana Jones hanya menjadi teman cIk dayun ketika menulis monolog cinta ini..hehe

Tuesday, December 28, 2010

New Year at Iban's Long House Sarawak




First of all, sila abaikan grammar error dan bahasa rojak dalam entri ini
 ^_____^




I was lucky to study in Sabah. Although at first somewhat reluctant to come here, but now it becomes common and i am enjoying myself leaving here. Since being here, I learned a lot of things that did not matter in term of foods, languanges, way of life and and other kinda of things. I found a lot of interesting stuff and unique things in this land of Borneo Island.


In this post, I want to share about the uniqueness of the community of Iban ethnic in the Sg. Strass Longhouse celebrate the new years. Here, i share with all of u some pictures that I got from my coursemate miss Janet Nicole Handcock.


Enjoy the beauty of these pictures...


Cuba teka Ikan apa ni.. aku teka ikan keli





Inilah rumah panjang tu..




Ikan ni bertelur ek?






Telur ikan beribu-ribu lemaon






Miss Janet cakap ini ikan tapah..jadi tekaan saya salah



Monday, December 27, 2010

Kenapa Ultraman? Tak boleh ke kamen rider/ power rangers ke?




Aku tertarik ngan satu gambar kat fb ni. Sebab pic tu terus mengingatkan aku pasal tragedi Stadium Terengganu yang runtuh dulu tu. Bila tengok gambar tu terus aku amik handset Nokia 2600 classic aku dan mula tekan2 keypad go to gallery --> graphics. Then, alhamdulillah pencarianku berhasil gambar tu masih aku simpan. 


Apa? Nak tengok jugak? Eish..sebuk je.. Tok soh dok ngaju, nak merajuk ke pe, meh kita tengok sama-sama yea.



1-Bising pasal laser-melaser masa final piala AFF Suzuki semalam




2- Stadium Sultan Mizan Terengganu Runtuh



Dah dapat cari persamaan dari dua gambar kat atas? Gambar kedua tu abah aku yang bagi masa tu dia kerja kat ganu. Biasalah nak kasi sedap cerita nampak menarik, kononnya stadium tu runtuh sebab ultraman ngan raksaksa syok bergaduh kat situ. Huh..memang cerita sensasi hiburan terkini argh. Leh ganti lawak kat Sembang Kosong tak rasanya? Tapi SK the best..huhu.


Gambar yang first tu pun ultraman tidak ketinggalan sekali lagi membantu menjadikan isu laser semalam jadi lebih menarik. Kalo ikut teori jOegrimjOw, laser tu adalah dari pihak suzuki sendiri dengan tujuan untuk menjadikan perlawanan nampak lagi menarik. Kalau ikut teori aku, dlmmasa sama menyokong teori bro Joe suzuki bayar ultraman la tuk provide laser tu kan... Teori diterima, gerenti, belum pasti, hahaha.


Walawe..tak perlu susah2 promote diri, memang ramai orang nak tolong ko jadi famous hemes encIk ultraman... Teringat kat buyi pulak, asal remote dapat kat dia, ultraman kat Astro Ceria mesti tak lepas punya. huhu...



fyi: Segala nukilan teori tanpa inferens dan data-data yang tidak banyak membantu adalah bertujuan menghiburkan hati, tiada kena mengena dengan sesiapa melainkan mereka yang terkena :P


Sunday, December 26, 2010

Satu bacin satu pahit. Jom tolong saya selamatkan kedua-duanya...


Jom Masak-Memasak  ^___^


Hai semua...lama tak mengarut kan sini kan. Bukan sebab homesick aku yg belum2 habis tapi sebab aku dah kekeringan idea untuk menulis entri. Faham2lah kalau lama dah tak menulis, takde idea nak menulis ditambah dengan mood yang asyik berubah-ubah. 


Samalah macam mengaji Al-Quran, kalau dah lama tak mengaji, nanti susah nak sebut ayat-ayat quran dengan betul, pelat, keras lidahla.. jadi rajin-rajinkanlah baca Al-Quran walaupun sepotong ayat. Dan kalau dianalogikan dalam dunia blogging ni, rajin-rajinkanlah update blog selalu barulah tak jadi penyakit kering idea macam aku nih. 


Sudah! Sudah! 


Ni ha nak habaq mai ni. Semalam kosmate aku bagi la aku sayur-sayuran fresh dari Ranau. Masalahnya ada dua jenis sayur ni memang aku tak pernah makan. My mama and my abah pun tak pernah masak sayur ni. Korang tahu tak macam mana nak masak 2 jenis sayur ni. Maksud aku cara masakan yang sesuai dan simple la. Sebab setipa satu sayur ni ada sifat buruk yang aku kerang suka.


1- Radish a.k.a Lobak Putih



Kawan aku cakap radish ni bacin dan rasa dia pahit sikit pastu berangin la dia cakap. Jadi kalau tak tahu cara masak yang betul semua rasa2 ni tak boleh buang tak best la rasanya nanti. Aku ada search kat encik goOgle tapi tak berapa yakin nak buat lagi. Korang yang pernah masak menda ni, share la resepi anda dengan cIk dayun. Kalau lobak merah tu aku tahu la macam mana nak kerjakan. Sayang weh.. nanti sayur ni rosak, bukannya ak ada icebox nak simpan lama-lama.


2-Sawi Ini Pahit



Sawi ni daun dia lonjong sikit. Kosmate aku cakap dia da masak tapi rasa pahit tak hilang. Belum masak pun dah dapat rasa bau pahit tu. Tak pernah pulak mama ke abah beli sawi yang jenis macam ni. Biasa-biasa kitaorang masak sayur sawi cina, sayur sawi yang batang hijau tu, takdelah pahit. Apa yang aku jumpa kat goOgle sayur ni biasanya orang buat jeruk. Perghhh!!! sayur pun buat jeruk. Kalau nak masak2 biasa goreng je nak buat macam mana ek biar rasa pahit dia tu hilang. 


Nak tanya mak aku pun ntah dia tahu ke tak..erm, nak tanya tok wan aku pun tak pernah nampak dia masak sayur-sayur ni. jadi aku tanya korang la...hehehe.

Monday, December 20, 2010

Sesi luah perasaan penyakit ingat rumah cIk dayun ngan cIk dayah!

Kenapa ko homesick ni dayah oii... be strong bebeh.
Aku rindu adik-adik aku la dayun.

Ekeleh...bukan kew diaorang selalu buat ko pening kepala ke. Suruh ko buat tu buat ni.
Aku tahu la..tapi dah namanya anak sulong biasalah tu adik-adik buli kakak kadang2.

Ala, kol jew la cIk dayah oii... kan ke free je ko kol family ko. apa susah
Ko cakap senang la cIk dayun, yang rasanya aku. Kalo aku kol lagi la aku  homesick..
sedih tak dapat balik umah.

Uikk! orang bila dah kol la leh ubat rindu..homesick ko tu
Tak! tak! Bila ako kol dapat cakap ngan si akem yang da pandai cakap tu lagila aku sedih, sedih tak dapat tengok dia membesar depan mata aku. Dia da pandai panggil nama aku wei.. along da jadi ayong. Si anis ngan buyi da merajuk taknak cakap ngan aku sebab tak balik cuti ni...waaa. bukan kak kong tok se balik yea adik2 sekalian.

Erm..sabarla je dayah, ko tengok je la gambar2, video2 famili ko tu leh ubat rindu sikit.
Yeala cIk dayun, itulah yang aku buat sekarang ni. homesick punya pasal sampai semua menda aku buat tak kena. Blog pun ak tak update.

Dah-dahla tu..p tido nuh..esok pagi2 ko nak p lab kan. Nanti lambat pulak bangun.
Erm..kla dayah nak tido la ni dayun... saje jengok2 ko kat sini, sesi luah meluah apa yang tak terluah 2,3 hari ni. mekasih la cIk dayun yea. nite

Takde apalah cIk dayah..tido tu jgn lupa alarm esok bangun solat subuh jangan subuh gajah pulak.k, nite dear...

Wednesday, December 15, 2010

Tag 2x5 dengan entri buka dan menang, dr iQapiQa



Bismillahirrahmanirrahim... tag  from iQapiQa, tq dear :)


Arahan dari kementerian daYah daYun small d big Y:
1- Baca soalan dengan teliti
2- Fikirkan dengan baik jawapan yang akan ditulis
3- Jika telah bersedia, boleh mula menjawab bermula dari sekarang
4- Tiada had masa untuk menjawab [tapi janganlah lama2 sangat]
5- Setelah siap sila publish jawapan anda ala2 publish journal setelah mendapat pengesahan blogger.com!


  • Benda yang paling penting dalam hidup
  • Dimanakah korang akan melangsungkan perkahwinan korang dan temanya
  • Adakah korang sedang bercinta sekarang
  • Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang
  • Novel, buku,majalah terakhir korang beli
  • Antara mak dan ayah, yang mana korang lebih mesra
  • Bila tarikh lahir dan dimana korang sambut tahun lepas

7 soalan kat atas ni cIk daYun dah pernah jawab dalam tag sebelum ni, so sila klik entri buka & menang untuk tahu jawapannya. tenkayu :)

  • Benda yang terakhir dibeli dengan duit sendiri: Air teh O peng kat cafe semalam

  • Dimanakah korang selalu jumpa kekasih korang: Takde bf nak jumpa watpe

  • Namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup: My future husband..haha getek

  • Dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi: Ibadat [Mekah], bercuti [Dublin,Ireland] terpengaruh dengan teletubbies.

  • Pilih salah satu peluk atau cium: jap nak baling syiling dulu

  • Beritahu 3 benda tentang orang yang tag kamu:
        budak ganu/ ex-schoolmate/ dulu suka main netball

  • 5 rakan blogger yang anda nak tag:
        Faiz Farish [kalo ko sudi yea mak]/ kyoo-reza/ nisa/ anith/ siapa2 je...


DoNe! sah! DoNe!

header lama blog dayun...suka header ni

Tuesday, December 14, 2010

Saya sangat gembira jumpa mereka semua semula di blog dari jumpa di facebook!


Mereka2 ini hot pada mata saya. Mereka2 ini kawan yang baik pada fikiran saya. Mereka2 ini saya sayang semuanya. Mereka2 ini dan saya... banyak kenangan sebenarnya. Kami makan makanan yang sama [dS], buat rutin harian yang hampir sama [go to class, lab,prep, rush to the field riadah], pernah kena denda sama2 [lari2 cumil pagi2 sebab takde kad matrix, denda sampai 2,3 pagi], outing tempat yang sama, coz we are students of MJSC Kuala Krai and MJSC Kuala Terengganu.... senang cite kami ni satu sekolah la. Berbunga-bunga dah saya rasa ayat entri ni.


Baik je saya rasa bila bahasakan diri sebagai saya... kekeke

Kalau dulu jumpa balik mereka kat laman maya ni di facebook, sekarang jumpa lagi mereka semua blog. Nampaknya mereka semua dah mula jatuh hati dengan dunia blog. Dan ada antaranya lebih awal dari saya. Meh kawan2 saya nak kenalkan mereka2 ni.... Ikut cIk dayun jalan slow2 k, dalam barisan lurus.




kami satu homeroom/kecik kurus/comel/berani/sprinter maktab/ kenangan manis dengan beliau
iaah jual meggi untuk tabung homeroom & satu team merentas desa.

ex-roomate yang sporting/cumil jugak/gila2 kadang2/ main netball/asal letak kepala mesti tidur/
ubat taknak cite pasal dia budak pharmacist..huhu

classmate F5/ mudah senyum & ketawa/ satu geng ngan eesyaheera/ apa lagi ek??? hehe




satu skolah F4 n F5/ nampak sombong tapi tak sebenarnya/ manis dan ayu/bakal jadi cikgu

hepi go lucky/satu2nya pompuan dlm kelas RC masa F5/skrunk sambung master uTm/ 
awek pasir mas ni/ lemah lembut tapi tegas gak

mesra alam/ baik hati/ kadang2 tegas/ sy panggil dia mc'sue



tinggi/budak volleyball/ jangan bising kalo dia tidur/ rajin study/ dulu agak skema skrang tak kot!

F1-F3/ talkative/ mek pasir mas/

takde la rapat sangat tapi dia baik/ kalo dia senyum manis/ sempat satu sekolah 2 tahun




one of mf BFF/adik-beradik dia semua pompuan/geng netball/budak akaun/suka pink
pernah jadi roomate setahun

3 tahun satu skolah/ budak depan bilik masa f1/suka menyanyi nak jd artis kot/
tahi lalat dalam mata/ cantik

zatil mokcik/suka buat lawak/geng netball/suara dia halus/bdk akaun/bff nisa dr
F1 sampai skrang kot



schoolmate F4, F5/ lemah lembut/orang ganu/da ada bf jgn kaco :)

banyak cakap/mesra  alam/ dia cakap dia bdk demok tapi dia comel la/ kalo tak
silap dia anak sulong/ bdk civil engnrng uMp


Gembira jumpa mereka2 ini kat blog sebab leh tahu kisah hidup mereka sekarang dengan lebih details. Nanti kalo jumpa kat luar leh gosip2 sama2 [eish pompuan! xde kerja lain ko ni kan]. sayang kamooo..


p/s tuk mereka2 ini : 
sila nyanyi lagu mrsm dan sebutkan 10 budaya mrsm. hehe..jawab2 kan kena denda kan :)

Fotograf - Di Alam Fana Cinta Mu



Bila terpejam lena
Jasadku tidak berdaya
Mencari engkau di mana
Hanya dalam mimpi indah

Bila aku terjaga
Jasadku terus berdiri
Mencarimu tiada lagi
Berkubur di alam mimpi

Apakah aku yang terlupa
Antara lena dan terjaga

Di waktu malam pemisah
Yang nyata menjadi mimpi
Di sini engkau menanti
Bersama harum kasturi

Bagai mekarnya bunga cinta
Di alam nyata penuh rahsia

Pabila titisan embun pagi
Mimpi indah
Entah ke mana menghilang
Entah kenyataan
Engkau biarkan aku terbuang
Di alam fana cinta
Kau pula berdusta

Ku terpenjara di dalam lena

Aku terpenjara di dalam jaga


Wednesday, December 8, 2010

Pandangan pertama tak semestinya seperti yang disangka!


Jangan mudah percaya pandangan pertama korang... sebab nanti mesti ada jugak yang tak kena. Betul! percayalah aku cakap ni. Apa kes cIk dayun ko dop menghasut orang percayakan statement ko ni. Tapi memang betul apa..eish! Tak percaya,meh aku tunjukkan...



Tolong perhati menda dalam bakul tu... tilik jangan tak tilik!
Tilik lagi sekali...banyak kan? Kalau aku blend, grind semua menda yang berserabut dalam bakul tu, korang rasa total weight dia leh dapat tak dalam 40.00 gram? bukan kilogram k, ditekankan sekali lagi 40.00 GRAM. Nampak banyak kan? Tapi nanti bila dah dikeringkan, kasi hancus lagi... tak sebanyak tu pun.



Ini entri sakit hati sebenarnya. Sakit hati ngan seaweed kappaphycus ni. Macam mana tak geram, da la nak bagi bersih da amik masa kurang satu hari, then nak jemur bawah sunlight bagi kering kat seminggu dah sebab cuaca tak menentu, bila dah kering, kasi blend last2 yang dapat berat bersih la kiranya ni just 6.80 g je. Lum campur ngan yang dah tertumpah, terjatuh situ sini. Mana lagi nak cari yang 30 lebih gram yang tak cukup tu. Ini senanya kisah yang berlaku kat kawan aku, partner Final Year Project aku. Aku yang turut sakit hati kan.


Gambar kat atas tu senanya seaweed yang baru je aku lepas cuci tadi sebelum aku buat entri ni. Kitaorang punya projek sama je, cuma yang aku punya aku lum grind lagi. Aku da cuak ni takut esok lepas aku blender, sieve smua, dapat berat bersih cam kawan aku tu gak, 6.80 g tu baru leh run satu sample, sample ada 6 semua. Huh... jadi sebagai backup la takut2 nanti esok aku grind nanti tak cukup gak, kitaorang terus cuci yang baru...kena jemur lagi. huhu...



Ni seaweed yang aku cuci minggu lepas, bayangkan beaker 5000 mL yang beasr tu lebih separuh beaker yang aku cuci, last2 bila kering, separuh beaker ngam2 nak cecah takat tu je. Lum aku grind lagi. Erm... kalo grind esok banyak mana la aku dapat, ntah2 lagi sikit dari kawan aku tu...huhu :)



Tak sabar nak tunggu hari esok, nak blend seaweed tu,sieve and timbang tengok berapa yang dapat. Erm.. kalo tak sampai 40.00 g terpaksa la aku tunggu seaweed yang aku baru bersihkan tadi kering lagi. Pambaziran waktu betul. Harap je nampak banyak before grind... sekali grind ntah berapa je dapat. Pandangan pertama tak semestinya apa yang kita jangka. Betulkan! Dalam konteks projek aku ni la.


Tapi aku suka kerja aku [sila abaikan bebelan aku kat atas tu..huhu]



Okla, da ngantuk da senanya ni..penat seharian di lab hari ni, pastu tadi dok kerah urat tangan tenaga semua p cuci seaweed. Esok awal2 nak bangun p lab lagi. Cik dayun minta undur diri tuk tidur. Btw, gambar kat atas tu ialah Abalone masak kicap. First time makan menda ni best jugak cam cendawan butang pun ada...huhu. k, nite sweet sour dream :)


Tuesday, December 7, 2010

Korang mesti cakap aku tak up to date...


Bila korang baca entri ni komfem korang akan cakap yang aku ni pompuan yang tak up to date, kekampungan or wateva la. Sebab menda2 yang aku nak story kat sini ni banyak aku belajar dan aku tahu sejak aku mula berblogging. Not mean aku gadis kampung aku tak tahu semua ni, maybe sebab aku sendiri yang tak menyibukkan diri aku dengan benda2 yang aku nak story ni. Lagipun memang bab bergaya, berfesyen, berchantek2 ni aku kurang amik kesah sangat walaupun kadang2 nafsu untuk itu ada [ aku pun pompuan eh..] 


Maybe ada readers pompuan yang baca entri ni akan cakap aku ni pompuan spesis apa gak kan, bab2 macam ni pun tak tahu. Tapi aku nak berterima kasih la kepada blogger2 yang buat entri pasal menda2 ni sebab diorang la aku da tau pasal semua2 ni. Kiranya aku tak berapa ketinggalan jugak la kan..


Menda2 yang aku nak share ni ialah:


1- Rupanya ni namanya cardigan




Aku fes2 dulu panggil menda ni jaket/ sweater je.. Then, one day aku blogwalked kat blog miss eyda, dia buat entri pasal jenis2 cardigan yang dia nak, masa tu la baru aku tahu menda alah yg chantek pompuan suka guna skrang ni namanya cardigan. Suka hati aku je kan panggil jaket. hahaha


2- Rupanya ni namanya shade




Aku suka ngan minah kat atas ni, memang aku membesar dengan lagu2 dia.. tapi yang aku nak tonjolkan kat sini menda yang dia pakai tutup mata tu. Kalo bahasa melayu kita la kita panggil cermin mata. Dan aku juz kenal menda ni dalam bI pun sebagai glasses or spectacles. Then one day aku syok2 skodeng2 blog orang aku ternampak la satu kontes pasal Shades Contest. Bila jenguk entri contest tu baru la aku tahu yang shades tu rupanya glasses. erm...


3- Rupanya ni namanya clutch



Terima kasih kepada cIk pemilik blog Hentak Berlipat. Masa aku bW kat blog dia, selongkar entri2 dia yang menarik, sampai la ke satu entri tu pasal dia p kenduri. Dia cite pasal macam mana cara pemakaian dia ke tempat kenduri, but apa yang menarik perhatian aku adalah beg yang kecil chantek dia pegang tu. Dia cakap beg kecil tu mak dia punya clutch. Then, aku pun ter-oooo sendiri, " ooo..rupanya orang panggil beg comel ni clutch". Belum aku tau name dia clutch semua beg yang bawa di tangan aku panggil tas tangan/ handbag. huhu.. new thing i learnt there!


Dats all entri kasi malu diri sendiri, tapi aku tak malu pun..hahaha. bye2. Assalamualaikum w.b.t & Salam Tahun Baru Hijrah.


fyi: hajat tahun baru, nak cuba control sikap marah yang amat susah nak control ni. I sdey orang cakap i ni dahla mudah marah pastu tak pandai control marah tu plak....ishk3.


Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...