Monday, January 3, 2011

Utusan buat mama...hati mama mungkin terluka kerana aku...


Tiada niat pun aku nak kecilkan hati mama, secara sengaja ataupun tidak.
Tapi aku tahu apa yang aku suarakan tu memang akan buat hati seorang ibu tersentuh.
Tersentuh bukan kerana terharu dengan kejayaan yang aku capai,
Tapi, tersentuh kecewa dengan apa yang aku luahkan,
Terguris luka dengan kenyataan yang aku lemparkan,
Betullah perumpamaan tu:
"Lidah yang mengeluarkan kata-kata itu lebih tajam dari sebilah pisau"


Aku seperti keliru, hatiku resah,
Kenapa kali ni terasa begitu berat untuk menerima orang baru dalam hidupku,
Kehadirannya seperti tidak memberi apa-apa makna kepadaku,
Terasa seperti aku menerima hadiah yang tidak berkenan  di hati,
Tapi aku tak boleh begini, pilihan mama pasti benar,
Lagipun itulah yang mama impikan dalam diam selama ini,
Cuma aku risau akan orang baru yang bakal hadir dalam hidup aku nanti,
Adakah seperti yang diharapkan oleh mama atau sebaliknya.


Hidayah!
Kau perlu redha dengan ketentuan Tuhan,
Terima dengan seadanya dan dengan hati yang terbuka,
Kau bukannya tak suka sebenarnya, mungkin kerana kau tak sangka,
Iyalah... benda berlaku dengan tiba-tiba,
Kau mungkin tak harapkannya, tapi mama pasti gembira,
Dan...kau pun harus turut berkongsi kegembiraan itu dengannya.


huuuh!!!
Astagfirullahalazim...
Bismillahirrahmanirrahim...


Buat mama, 
Walaupun along tak menyatakan ini semua secara lisan di depan mama,
Tapi along pasti jika mama tahu akan apa yang along fikir tentang kehadiran
orang baru ni dalam hidup kita pasti mama akan berkecil hati,
Tapi percayalah mama, along tak berniat nak mengguris hati mama,
Along akan cuba memujuk hati menyediakan diri menerima dia,
Along yakin bukan along tak suka tapi...
Mungkin kerana tidak menyangka akan kehadirannya di saat sebegini
Dalam lingkungan umur mama yang sudah meninggi.


Along sedar, walaupun mama tak tahu apa yang along rasa 
Tentang kehadiran dia dalam kehidupan kita,
Tapi along rasa bersalah,along mohon maaf seadanya,
Kerana along sedar, seandainya mama tahu pasti hati mama akan terluka.
Dan sesungguhnya, berdosa seorang anak itu andai mengguris perasaan ibunya,
Samaada dalam keadaan sedaratau tidak,
Along cuma mampu doakan orang baru itu seperti yang mama impikan,

-
-
-
-
-
-
-
-
-

Semoga dia adalah puteri, seperti yang mama inginkan.
Semoga kehadiran dia membawa lebih kebahagiaan kepada kita sekeluarga,
Dan semoga kehadiran dia akan menjadikan kita lebih bersyukur kepada-Nya
Amin!!!



Salam sayang dari along buat mama dan dia, my adik to be...:)


Saturday, January 1, 2011

Saya rasa seperti tulang saya da mula reput, cepat-cepat grab dutch lady fresh milk!


Saya rasa tulang saya macam nak reput, satu badan sakit-sakit. Adakah sebab penangan coffee mix super yang saya minum sampai 2 kali sehari. Dulu masa kecil-kecil, zaman pakai tudung senget sebelah, doktor selalu larang saya minum minuman ber-caffein sebab saya ada migrain. Saya yang baik terus patuh pada arahan doktor yang hensem itu. Tapi sekarang bila dah besar dah terbuang dah jauh-jauh migrain tu sikit, saya mula berjinak-jinak ngan coffeemix. Kalau sehari tak minum secawan  mesti terus rasa lain macam je cam tak bermaya.


Saya tak tahu apa masalah saya dua tiga hari ni asyik rasa lenguh badan je. Hari ni pun macam tu jugak. Nak kata buat kerja berat saya hanya kemas-kemas rumah, masak-masak, dan menghabiskan masa yang ada dengan online dan tonton tv. 


Tetiba je saya salahkan coffeemix. Tetiba je saya mula terpengaruh dengan artikel-artikel pasal bahaya Nescafe 3 in 1. Tetiba pulak saya rasa saya tak patut minum coffeemix hari-hari. Tetiba saya mula rasa saya patut ikut nasihat Teacher Valar cikgu bI sekolah rendah saya supaya minum segelas susu sebelum tidur everyday. Sindrom tetiba ini hampir berakhir bila tetiba je saya rasa susu dapat selamatkan saya dari masalah ini.


Demi menyelesaikan masalah, saya ke giant berhampiran dan terus grab satu botol 450 mL dutch lady fresh milk yang berharga RM 3.20. Perghh!!! lagi mahal dari dutch lady full cream milk.


daYun : Kata tulang reput minum lah  Anlene. 
daYah : Anlene mahal lagi la dari dutch lady, lagi pun dutch lady lagi best. 
            [sambil tengok purse yang dah kempis]


Dah lebih separuh botol saya minum. Nampaknya sindrom tetiba datang lagi. Tetiba saya rasa segar lepas minum susu segar tu. Tetiba jugak saya rasa susu tu dah neutralkan partikel-partikel, toksin semua yang ada pada coffeemix dalam badan saya. Boleh percaya ke??? Dan akhirnya tetiba jugak saya terasa nak tulis entri ni dan cerita pasal kisah saya dan susu. Nak dengar cerita saya tak?  Amaran!!! ini bukan kisah lembu punya susu, sapi dapat nama yea hadirin-hadirat sekalian.


Promote Produk susu Dutch Lady. Lagi 3 perisa strawberi, coklat dan kopi saya
 tak suka sebab rasanya macam manis sangat. Yang tiga ni jugak yang best!

Saya dengan susu memang kawan karib dari kecil. Orang klate kata geng kacik! Sebelum p sekolah mesti saya makan roti gardeee....nia sungguh enak dimakan begitu saja dengan segelas air milo+susu tepung fernleaf. Kat sekolah cikgu bI saya Teacher Valar hampir setiap hari pesan,


"Hidayah, nanti balik sebelum tidur jangan minum susu satu gelas haa"

"Hidayah macam mana exam? Ok? Nanti balik belajar, tidur awal dan jangan lupa drink milk before you sleep haa"


Lebih kurang macam tu la kisahnya. Malam-malam sebelum tidur saya akan tarik kerusi makan kat dapur p almari tuk capai tin susu fernleaf yang mama saya simpan tinggi betul. Nak minum segelas susu pun perlu berusaha gigih. Tapi, bila dah lama-lama, mama sendiri yang tolong buatkan untuk saya, segelas susu setiap malam sebelum tidur takpun masa saya tengah study malam-malam, menda wajib. Patuhkan saya pada nasihat berbaur arahan dari teacher saya?


Tapi semua ni tak kekal lama. Bila saya diterima masuk ke mrsm masa F1, saya dah jarang minum susu. Saya dah mula belajar minum nescafemix dari kawan-kawan. Bila balik rumah pun saya dah tak berapa boleh minum air milo yang dicampur susu tepung fernleaf macam selalu mak saya buat tu sebab kat asrama dewan selera selalu hidang minuman bersusu pakai susu lemak berkrim dalam tin tu. Jadi, saya dan susu dah tak rapat sangat, kami jadi jadi semakin jauh, dan jauh, dan jauh sehingga la saya berada di uni.


Sekarang, saya rasa cam nak latih diri minum susu balik. Kalau sebelum-sebelum ni breakfast saya amik secawan coffemix dan secawan lagi pada waktu malam, saya rasa saya nak tukar salah satu tu kepada segelas susu. Biar seimbang...hehe. Jadi saya patut mula latih balik berdamping malam atau pagi dengan segelas susu.


Saya tak nak tulang saya reput, saya baru  21 tahun, 11 bulan k!
p/s: jangan lupa minum air kosong banyak-banyak jugak ya...oksigen! oksigen! hahaha:)

Friday, December 31, 2010

Coretan 2010 daYah daYun...



Kita diberikan hari ini tetapi belum dijanjikan hari esok. 
" Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran "



Tinggal lagi beberapa jam nak masuk ke tahun baru 2011. Kalau ikutkan, kita yang beragama islam dah hampir sebulan menyambut tahun baru Hijrah,1432 kan. Sebagai penutup 2010, aku tinggalkan sedikit coretan 2010 suka duka aku, daYah daYun
  





November- Disember 2010

Korbankan cuti semester untuk final year project. Setakat ni baru prepare sampel. Cuci seaweed je dah separuh hari, jemur bawah matahari amik masa seminggu dua gak ngan cuaca yang kejap hujan, kejap panas. Then, disebabkan tajuk FYP yang lebih kurang sama ngan beberapa student yg lain,terpaksa tunggu turn tiap kali nak guna blender, nak guna sieve, memang menguji kesabaran la. Untuk tahun baru ni, azam aku nak belajar bersabar sikit, sebab aku ni kurang sabar, last2 hampeh..hahaha.





September- Oktober 2010

Fieldtrip at beaufort and Labuan. Boleh lihat sini. Ni kiranya lawatan sambil belajar la, tapi bagi aku ni lawatan makan angin...huhu . Tapi yang menyampahnya balik fieldtrip kena buat report. Tapi yang bestnya, aku suka dapat jalan p sana, at least sepanjang aku di sabah sampai la jugak kat Pulau Labuan tu. Yang aku paling suka dapat naik feri besar tu. Da lama tak naik feri besar weh, last aku ingat pun masa sekolah rendah p Penang :)




Ogos 2010

Buat pertam kalinya kos aku buat dinner' KI NIGHT. Sepanjang aku kat uMs ni tak pernah sekali pun aku ikut dinner. Dinner kolej ke, sekolah ke. Disebabkan aku da di tahun akhir [insyaallah], jadi bila kawan2 ajak aku ikut je la. Tu pun last minute la jugak aku setuju nak ikut. Main rembat je apa yang ada. Nak tahu cerita pasal dinner ni leh tenyeh sini. huhu





Julai 2010

Masa first year aku juz join sebagai peserta,and then bila dah masuk second and third year amik alih tugas AJK pulak. Program ni program berunsurkan islamik sebenarnya. Apa yang aku suka tentang program ni ialah setiap program atau aktiviti yang dijalankan,mesti last2 bawa kita berfikir tentang amal yg kita lakukan, muhasabah diri, dan aku rasa tenang walaupun awal2 tu ada je halangan untuk aku ikut program macam ni. 









Jun 2010

Time ni Semester Break.Ramai kawan-kawan aku yang kahwin time ni. Orang dah jemput kita p je la, amik berkat, amik berkat. hahaha... Tapi cam awal sangat la diaorang kawin, baru21, kalo aku la,erm...takyah cerita la. Apapun semoga diaorang kekal bahagia selamanya...




Mei 2010

Atas alasan final exam habis awal, dan jarak tiket flight aku yang agak lewat tuk balik klate, so aku join la program ni dengan budak2 rumah. Dapat makan free best pulak tu, dapat keluarga angkat yang baik, dan yang penting dapat jalan2 p keningau dengan mereka2 yang cun ni...hoyeaaa!




April 2010

Sempat join program Solat Hajat Perdana dan Forum Akademik yang memang mantop la. Yang ni under EKSAH dan Akademik.

"Hari ini kita selamat menyeberangi jambatan dunia kerana sempurna ciptaan manusia, Suatu
hari kita gagal menyeberangi jambatan akhirat kerana tidak meyempurnakan tuntutan dan kewajipan"


Febuari- Mac 2010

Bulan Febuari ni banyak agenda underground sikit. Meh kita skodeng satu-satu

1- Kimia Industri Family Day. 27.02.2010




2- My Kosmate and myx-chentahati celebrate besday aku yang ke_____tahun. 14.02.2010





3- Join sebagai AJK Makanan kali untuk Program Kembara Ilmiah Siri II, best owh tempat ni, sejuk coz kat kaki gunung kinabalu. Nampak tak gunung kinabalu dalam gambar tu? 12-14.02.2010





Januari 2010

Awal2 sem dah sibuk dengan pilihanraya kampus PRK. Sistem e-voting masa PRK kali ni banyak mencetuskan rasa tak puas hati kat kalangan mahasiswa. Korang baca paper tak? hehe.. Apapun walaupun penat, turun kolej tu, turun kolej ni untuk manifesto calon dan tolong meraih undi, tapi semuanya berbaloi la bagi aku sebab, most calon2 yang aku vote, dan promote menang. Alhamdulillah.. nak lagi baca sini.




"Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun, bila-bila masa ia akan pecah"






Selamat Tahun Baru 2011..
Hope azam yang 2010 dah tertunai, so jom kita sama2 tunaikan azam 2011. 

Wednesday, December 29, 2010

Monolog Cinta disebalik Indiana Jones



Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan,
Dua tangan untuk memegang,
Dua telinga untuk mendengar dan
Dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping
hati kepada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati 
pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah yang dinamakan CINTA...
Cinta bukan melemahkan hati,
Bukan membawa putus asa,
Bukan menimbulkan tangis sedu-sedan
Tetapi,
Cinta menghidupkan pernghargaan,
Menguatkan hati dalam perjuangan,
Menempuh onak dan duri penghidupan...


[Diari Cinta 2010]








Cinta adalah suatu keajaiban,
Ia mampu membawa manusia ke alam bahagia,
Mampu juga membawa episod derita,
Cinta adalah suatu pengertian,
Dengannya manusia mampu meninggalkan segalanya,
Dengannya manusia sanggup mengejar segalanya,
Cinta adalah anugerah,
Cinta adalah fitrah,
Cinta manusia tiada kekalnya,
Cinta kepada-Nya selamanya... Insyaallah!


[Nukilan penuh makna dari ukhti hidayah]




Cinta kepada Allah dengan ketaatan,
Cinta kepada Rasul dengan keperibadian mulia,
Cinta kepada jihad dengan perjuangan,
Cinta kepada makhluk denganmentaati Allah,
mencontohi rasul dalam berperibadi dan
Sentiasa hidup dengan perjuangan
yang pastinya menagih pengorbanan...




fyi: Indiana Jones hanya menjadi teman cIk dayun ketika menulis monolog cinta ini..hehe

Tuesday, December 28, 2010

New Year at Iban's Long House Sarawak




First of all, sila abaikan grammar error dan bahasa rojak dalam entri ini
 ^_____^




I was lucky to study in Sabah. Although at first somewhat reluctant to come here, but now it becomes common and i am enjoying myself leaving here. Since being here, I learned a lot of things that did not matter in term of foods, languanges, way of life and and other kinda of things. I found a lot of interesting stuff and unique things in this land of Borneo Island.


In this post, I want to share about the uniqueness of the community of Iban ethnic in the Sg. Strass Longhouse celebrate the new years. Here, i share with all of u some pictures that I got from my coursemate miss Janet Nicole Handcock.


Enjoy the beauty of these pictures...


Cuba teka Ikan apa ni.. aku teka ikan keli





Inilah rumah panjang tu..




Ikan ni bertelur ek?






Telur ikan beribu-ribu lemaon






Miss Janet cakap ini ikan tapah..jadi tekaan saya salah



Monday, December 27, 2010

Kenapa Ultraman? Tak boleh ke kamen rider/ power rangers ke?




Aku tertarik ngan satu gambar kat fb ni. Sebab pic tu terus mengingatkan aku pasal tragedi Stadium Terengganu yang runtuh dulu tu. Bila tengok gambar tu terus aku amik handset Nokia 2600 classic aku dan mula tekan2 keypad go to gallery --> graphics. Then, alhamdulillah pencarianku berhasil gambar tu masih aku simpan. 


Apa? Nak tengok jugak? Eish..sebuk je.. Tok soh dok ngaju, nak merajuk ke pe, meh kita tengok sama-sama yea.



1-Bising pasal laser-melaser masa final piala AFF Suzuki semalam




2- Stadium Sultan Mizan Terengganu Runtuh



Dah dapat cari persamaan dari dua gambar kat atas? Gambar kedua tu abah aku yang bagi masa tu dia kerja kat ganu. Biasalah nak kasi sedap cerita nampak menarik, kononnya stadium tu runtuh sebab ultraman ngan raksaksa syok bergaduh kat situ. Huh..memang cerita sensasi hiburan terkini argh. Leh ganti lawak kat Sembang Kosong tak rasanya? Tapi SK the best..huhu.


Gambar yang first tu pun ultraman tidak ketinggalan sekali lagi membantu menjadikan isu laser semalam jadi lebih menarik. Kalo ikut teori jOegrimjOw, laser tu adalah dari pihak suzuki sendiri dengan tujuan untuk menjadikan perlawanan nampak lagi menarik. Kalau ikut teori aku, dlmmasa sama menyokong teori bro Joe suzuki bayar ultraman la tuk provide laser tu kan... Teori diterima, gerenti, belum pasti, hahaha.


Walawe..tak perlu susah2 promote diri, memang ramai orang nak tolong ko jadi famous hemes encIk ultraman... Teringat kat buyi pulak, asal remote dapat kat dia, ultraman kat Astro Ceria mesti tak lepas punya. huhu...



fyi: Segala nukilan teori tanpa inferens dan data-data yang tidak banyak membantu adalah bertujuan menghiburkan hati, tiada kena mengena dengan sesiapa melainkan mereka yang terkena :P


Sunday, December 26, 2010

Satu bacin satu pahit. Jom tolong saya selamatkan kedua-duanya...


Jom Masak-Memasak  ^___^


Hai semua...lama tak mengarut kan sini kan. Bukan sebab homesick aku yg belum2 habis tapi sebab aku dah kekeringan idea untuk menulis entri. Faham2lah kalau lama dah tak menulis, takde idea nak menulis ditambah dengan mood yang asyik berubah-ubah. 


Samalah macam mengaji Al-Quran, kalau dah lama tak mengaji, nanti susah nak sebut ayat-ayat quran dengan betul, pelat, keras lidahla.. jadi rajin-rajinkanlah baca Al-Quran walaupun sepotong ayat. Dan kalau dianalogikan dalam dunia blogging ni, rajin-rajinkanlah update blog selalu barulah tak jadi penyakit kering idea macam aku nih. 


Sudah! Sudah! 


Ni ha nak habaq mai ni. Semalam kosmate aku bagi la aku sayur-sayuran fresh dari Ranau. Masalahnya ada dua jenis sayur ni memang aku tak pernah makan. My mama and my abah pun tak pernah masak sayur ni. Korang tahu tak macam mana nak masak 2 jenis sayur ni. Maksud aku cara masakan yang sesuai dan simple la. Sebab setipa satu sayur ni ada sifat buruk yang aku kerang suka.


1- Radish a.k.a Lobak Putih



Kawan aku cakap radish ni bacin dan rasa dia pahit sikit pastu berangin la dia cakap. Jadi kalau tak tahu cara masak yang betul semua rasa2 ni tak boleh buang tak best la rasanya nanti. Aku ada search kat encik goOgle tapi tak berapa yakin nak buat lagi. Korang yang pernah masak menda ni, share la resepi anda dengan cIk dayun. Kalau lobak merah tu aku tahu la macam mana nak kerjakan. Sayang weh.. nanti sayur ni rosak, bukannya ak ada icebox nak simpan lama-lama.


2-Sawi Ini Pahit



Sawi ni daun dia lonjong sikit. Kosmate aku cakap dia da masak tapi rasa pahit tak hilang. Belum masak pun dah dapat rasa bau pahit tu. Tak pernah pulak mama ke abah beli sawi yang jenis macam ni. Biasa-biasa kitaorang masak sayur sawi cina, sayur sawi yang batang hijau tu, takdelah pahit. Apa yang aku jumpa kat goOgle sayur ni biasanya orang buat jeruk. Perghhh!!! sayur pun buat jeruk. Kalau nak masak2 biasa goreng je nak buat macam mana ek biar rasa pahit dia tu hilang. 


Nak tanya mak aku pun ntah dia tahu ke tak..erm, nak tanya tok wan aku pun tak pernah nampak dia masak sayur-sayur ni. jadi aku tanya korang la...hehehe.

Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...