Thursday, March 31, 2011

Dating ngan projek untuk konvo dulu, pastu baru ziarah blog korang yea.


Sempat lagi jenguk blog, tapi tak sempat nak update
Sempat lagi p baca entri baru kat blog kengkawan, 
Tapi tak sempat nak beri komen, 
Tinggalkan ayat2 cinta..
Maaf yea semua...


> teka gambar <





Nanti saya jenguk blog anda yea
bye2 mr. froggie..bye2 semua
shalalalala

Friday, March 25, 2011

DatoT & Anwar Conspiracy...baik punya editing


Video yang da diedit ni dayun dapat dari sorang kawan di fb.
memang terbaik punya editing la. macam betul2 pulak..hahaha
bukan bermakna aku menyokong mana2 pihak
sekadar ingin berkongsi gelak ketawa ngan korang.
selamat menonton...kalo nak gelak cover2 sikit
terkejut jiran sebelah..weeee =)




Tuesday, March 22, 2011

Top 6 penulisan dayun yang popular


salam semua
.: In a land of myth, and a time of magic
the destiny of a great kingdom rests on the shoulders of a young girl
her name...daYun :.
chihuahua


Tadi dok selongkar new entries kat GB pastu jenguk-jenguk STATS, terperasan la ada beberapa post dayun yang kena view sokmooo.. huhu. kiranya penulisan yang agak popular la. Some referrals tu datang dari uncle gOogle and da rest from blog-blog berjiran dengan blog katak hijau ni. =)


dah biasa dengar orang buat tOp10, tOp5, tOp4..erkkk,
now showing u top 6 of my popular posts
mean top 6 dlm GB dan top 6 from STATS
till 21 march 2011

analisis dari GengBlogger



Analisis Stats [klik untuk lebih jelas]


Yang tertempek kat GB ngan STATS ialah operasi serbu bilik tidur tanpa waran
Kenapa ek, maybe sebab ada banyak pic bilik tidur yang cantik kot
tak pun tajuk tu bikin panas jak..ngeh3



huh..jam menunjukkan 1:42 am
frenzyfm pun da takde dJ dah..so lagu je memanjang
sampai sini je.. jom stay up ngan dayun
kita buat FYP..huhu >.<

Saturday, March 19, 2011

Mari belajar bahasa sabah...



Jangan salah anggap yang bahasa sabah  ni sama ngan bahasa indonesia. Dialek diaorang ni kekadang bunyi cam bahasa baku. Jangan main hentam jugak letak 'bah' sesuka hati jak bila bercakap. Nanti diketawakan pulak..hehe. Sebenarnya, kalau korang dah lama berada dalam kalangan masyarakat sabah ni, bercakap dengan diaorang dengan sendirinya perkataan 'bah' tu akan terkeluar dan memang kena pada tempatnya la..


Kalau perkataan 'anu' biasanya untuk menunjukkan kata ganti untuk sesuatu, orang ataupun nak nyatakan sesuatu perbuatan. Macam mana r nak bagi contoh,erm.. lebih kurang gini la "anu..dengan si anu bah,eish lupa suda". ngeh3... sabahan kalo saya salah sila betulkan yea =)

Tapi kan dayun suka dengar sabahan speaking. Macam best je bunyi diaorang cakap omputih. Macam mana bunyinya? Segera la mendapatkan sabahan yang berdekatan untuk dengar diaorang speaking..hehe. Okla tuk entri kali ni sebenarnya dayun nak kongsi beberapa perkataan dalam bahasa sabah, yang merangkumi beberapa etnik jugak la. Jom kita ke kelas bahasa sabah..wink!wink!


Bahasa Sabah ----------> Bahasa Malaysia

Bidak = buruk/jelik
Mengolok = memperli
Tapuk = sorok
Mulau = gila
Kapayas = buah betik
Piasau = buah kelapa
Patak = kongsi
Miring = senget/sereng
Rombengan = lambak/ 
Bambongan = orang yang menganggur
Bilang = cakap/ beritahu
Paloi = lebih kurang bodoh la
Kontena = bekas [cam tupperware]
Piring = pinggan
Cewek = perempuan
Tsumandak = gadis sunti sabah
Ndak = tidak
Ping = minuman berais/sejuk [ contoh milo ais=milo ping]
Limpas = melintas/menyeberang
Syiok/siok = macam syok, seronok la


Sampai sini jak kelas bahasa kita kali ni
Tunggu cikgu belajar dulu nanti kita belajar 
lagi yea. Bersurai... jom ke surau >.<

Thursday, March 17, 2011

Pembetulan ya..pompuan ini bukan pink lover


adoii..mentang-mentang layout blog ni warna pink
terus budak-budak ni ingat aku suka pink
ok! ok! memang la dayun suka pink but not totally like k
just 70/30 mean 30% je aku suka kaler pink ni


saya green lover ok!
haha..tak caya tengok katak-katak tu warna hijau kan?
mana ada katak warna pink..kekeke
jenuh dah dop main padan warna
balik-balik kaler pink jugak pompuan ni pilih
tak kan nak letak layout hijau kot, dah la my mr froggie
dah kalernya hijau... hehehe.


ingat lagi tak dayun ada cakap pasal laptop dayun
ada masalah ngan skrin Lcd tu kan, erm..
sebab takde duit lagi sekarang nak ganti Lcd tu
so, buat sementara ni begini la rupanya laptop saya
janji boleh buat kerja dan siapkan final year projek..hehe
taaraaaa...


LCD Samsung SME1920 - Ko ada??? hahaha

bebellagi: malam ni start satu lagi bisnes...hope ada sambutan. nanti kite ceghite lagi yea.

Monday, March 14, 2011

Follower misteri


Nama kami sama.. 
tapi identitinya masih jadi tanda tanya
aku cari link websitenya takde la pulak
Siapa la dayah dayun  si follower misteri ni
Specialnya, nama si dia sama je ngan nama blog ni
Kalo di baca la entri ni, mohon saudari perkenalkan diri
Bolehkan? hehe..


[ cam berpuisi la pulak ]


Btw, tenkiu sebab sudi follow blog picisan ni
sayang kamoo..=)


Thursday, March 10, 2011

Gegurl, u add i jadi kawan sebab u bimbang i kaco bakal bf u ke?


Subhanallah...

Aku yang buruk sangka ke apa ni. Husnuzon! Husnuzon! Huh..malam semalam aku buat kerja underground sikit. Maaf yea gegurl i terpaksa jadi stalker kejap sebab i rasa you dah silap faham tentang i. hehe. Aku bukannya nak buruk sangka atau apa. cuma rasa lain je bila si gegurl ni tiba-tiba add aku jadi kawan kat fb. dan aku dapat rasa dia add aku sebab ada kaitan ngan mamat sorang ni, bagus aku namakan mamat ni 'abang tagap' hahaha...

So aku terpaksa la buat kerja-kerja risikan sikit supaya aku tak terus bersangka buruk kan. 



Sebenarnya gegurl ni selalu la gak aku tengok dia komen kat wall abang tagap ni. Sekali lepas dia add aku sebagai kawan aku pun text la dia ucap terima kasih la kan sebab add aku walau tak kenal pun. Pastu dia buat status nak tulis pasal abang tagap tu kat blog dia. Dan hasil risikan aku jumpa lagi dia punya blog, Memang jadi stalker habis-habisan la aku malam tu. Ya ampun, maafkan aku ya gegurl >.<


Yang buat aku angin sikit, tapi nak tergelak pun ada, dia post la entri pasal dia jealous la coz ramai je pompuan yang komen kat wall abang tagap tu. Sekali ada satu ayat tu cam tuju kat aku. Bukan aku nak bersangka buruk ke apa la kan. Tapi selepas diselidik la kan memang part tu cam tuju kat aku. Ala sebenarnya gegurl ni bimbang je kot2 aku ada apa-apa ngan abang tagap tu. Kami kawan je k. Kawan satu malaysia...hahaha.


First tu aku ingat gegurl ni kapel ngan abang tagap tu, tapi hasil risikan seterusnya aku dapat tahu yang dia yang admire abang tagap itu sebab dia jealous semacam je. Takpe gegurl, aku faham sudah..biasalah tu kalau kita minat orang kan. Aku doakan korang ada jodoh la..lagipun lama sudah kan gegurl kenal abang tagap tu. amin!


Tapi kan kalo betul gegurl add i sebab nak tahu siapa i ni sebenarnya, apa la hubungan i ni ngan abang tagap tu... satu je i nak gtaw ngan you gegurl. Kami hanya kawan internet, sahabat laman sosial fb, teman plan Upax celcom. Takyah la nak jeles ngan i yea. huhu..and sebelum terlupa maaf jugak sebab buat semua ni...


AkuGumbira-KauGumbira-DiaGumbira...

Tuesday, March 8, 2011

daYun-Ella-Retak:lagu tema kami hari ini


cintailah yang maha mencintai
happy-go-lucky dayun 


Berabad telah kita bercinta
Mengapa kini engkau berubah
Sedangkan aku masih kekal setia
Mengharap kasih menjadi bintang jiwa

Mana janjimu akan setia
Menyayangi ku siang malammu
Melindungi dari bara sengsara
Mempertahankan mahligai bersama

Kini tiada erti memberi janji
Janji manis mu dulu
Hingga jadi api membakar dada ini

Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Tergamak kau berpaling dan teguh memilih dia
Semenjak hatimu dicuri jelita

Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Seandainya ada lagi cinta di hati ini
Akan kubenamkan sepi hanya selamanya

Semalaman di cermin kenangan
Jari berdarah diretak setia
Menanggung luka di sebalik senyuman
Hanya kerana aku seorang wanita

Lemah dunia halanya
Hati kecewa dengan janji manismu
Kini jadi api membakar dada ini

Sunday, March 6, 2011

Which one is better LCD or LED monitor?

Kalo dulu punya la besar gedabak lagi berat monitor tu sekarang yang jenis macam tu dah jarang orang guna. Kalo p cyber cafe mana-mana pun sekarang kalau tak guna LED monitor pun paling-paling LCD monitor 18.5"-19" tu. Kalau tak silap aku ni la saiz paling kecil yang dikeluarkan sekarang, susah sudah nak cari yang saiz lagi kecil cam 17".

BenQ-LCD monitor 18.5"
Memandangkan Incik Lappy aku ni mata (skrin) dia dah rosak, dan aku pun fulus tak berapa nak ada, maka tak dapatlah nak tolong ubatkan Incik Lappy ni. Paling-paling kalo nak tukar skrin LCD baru pun, kena budget dalam RM450-600 mak oii, besar jugak bil perubatan kau ni Incik Lappy. Barang-barang tu pun kena order dari KL dulu, baik aku balik baiki kat semenanjung je nanti. Kau pun satu hal p sakit time orang tengah sibuk ngan Final Year Projek ni. Dahla hujung bulan ni nak kena hantar dah. Tapi sebab aku sayang kau aku belum berniat nak menduakan kau dengan membeli laptop yang baru..huhu.

BenQ-LED monitor 18.5"

Alternatif lain yang aku amik setelah mendapat nasihat pakar bedah laptop ialah sambungkan my Incik Lappy dengan external monitor. Jadi minggu lepas aku rajin-rajinkanlah p ushar-ushar monitor kat Karamungsing. Karamungsing ni leh kurang Lowyat la tapi Lowyat lagi high class la..hehe. Yang aku jumpa most LCD and LED monitor la dan yang paling kecil pun dalam saiz 18.5"-19" la. Aku ni bukanny jenis yang pro sangat pasal bab-bab perkakasan komputer ni, jadi memang aku gunakan khidmat promoter kat kedia tu semaksimumnya la.. huhu, sori la abg promoter.


Hasil pemerhatian dan soal selidik, aku:

LCD monitor 
> murah sikit la dari LED, beza pun dalam RM20-30 gitu la
> gambar dia ok, tapi LED lagi terang
> berat sikit dari LED la
> tak berapa jimat letrik

LED monitor
> lebih nipis, ringan
> gambar lagi clear memang nampak la perbezaannya ngan LCD monitor
> jimat letrik dalam 20% gitu..
> LED ni ada adapter, kalo adapter tu rosak monitor takkan berfungsi..kelemahannya la kira ni


Sekarang ni aku ngah fikir mana satu aku nak beli, LCD ke LED monitor. Dua-dua aku leh dapat ngan harga around RM300-350 saiz 18.5"-19" itupun untuk brand ACER-VIEWSONIC-BENQ. Kalau Samsung punya paling kurang pun RM400 dan ke atas la. Kalo korang ada pandangan yang boleh  membantu aku untuk buat pilihan amat dialu-alukan.. Nanti gua sayang lu lebih..hahaha >.<


bebellagi: hujung minggu ni ada PCFAIR kat 1Borneo..leh la ushar-ushar monitor kat sana pulak!

Syahirah Korean Secret Skincare, Facial Cleansing Foam Cosmoderm & Supplement Shaklee

Hi guys, Assalamulaikum.. Lama tak update blog. Singgah lalu je. Sejak wujud macam-macam media sosial sekarang ni macam instagram se...